Dengan sekelip mata Syaitan itu telah sampai di hadapan sebiji rumah banglo dua tingkat.
Kedengaran bunyi bising dari dalam rumah itu, seperti sedang menyambut suatu majlis.
Langkahnya mula diatur kedalam rumah itu.
Memang tepat sangkaannya, di ruang tamu terdapat ramai orang yang sedang bergelak tawa.
Pandangan mereka semua terarah pada pasangan sejoli yang sedang bergelak tawa.
"Oh majlis sambut menantu ke ni" guman syaitan itu perlahan.
Fikirannya pula melayang pada wanita yang terdampar di atas katil.
Sedangkan mereka disini bergelak tawa.
Kalaulah manusia dapat melihatnya pasti sudah mati kejung mereka sekarang ini.
Pandangan syaitan itu mulai terarah ke lampu chandelier yang tergantung mewah di atas kepala pasangan dua sejoli itu.
Menggunakan kuasanya, besi yang menggantung lampu mewah itu bagaikan melebur dan terputus.
Sebelum lampu itu jatuh menghempap mereka, pandangan Nick tiba-tiba terarah ke atas.
Laju dia menolak Sofiyya supaya tidak menghalang laluannya untuk berlari.
Sofiyya yang terkejut tidak dapat mengimbangkan badan dan terjatuh.
Nasib menyebelahnya, lampu itu jatuh disebelahnya dan jatuh berderai.
Menyebabkan mukanya terhiris kaca lampu itu.
"Wow, such a gentelman" kata ibu kepada Sofiyya yang masih terkejut.
Dia yang baru ingin merapati anaknya untuk mengucapkan tahniah termati apabila melihat tindakan Nick itu.
"Aun.. aunty.. Nick tak sengaja, you know refleks. Out of control" tiada lansung rasa bersalah di wajahnya.
Syaitan yang memandang itu mulai tersenyum.
Stupid human.
Dia menyandar di bingkai pintu sambil memeluk tubuh melihat kakak wanita tadi dan teman lelakinya bergaduh.
"You memang sanggup nak bunuh i kan" Sofiyya geram.
Harapkan muka saja kacak, tapi pengecut.
Kalau chandelier itu terkena Nick pun, takkan mati. Badannya besar, tegap.
Ataupun, kalau betul pun. Boleh saja Nick menarik dia sekali.
Tega sungguh lelaki itu menolaknya untuk dihempap chandelier.
"You , i tak sengaja. Look, i need to save myself right. Kalau tak macam mana i nak jadi model, i ada shooting esok" balas Nick tak mengalah.
"Blah la jantan pengecut" jerkah Sofiyya lalu menampar wajah tegang Nick.
"Bodoh punya perempuan, jalang. Kau ingat aku tak tau kau tu jalang. Jual badan.. huh" mengejek dia memandang Sofiyya lalu berlalu pergi.
Baru sahaja dia melangkah, dengan sengaja Syaitan itu menumpahkan air dalam cawan yang dipegangnya.
Lalu tergelincirlah dia bagai nangka busuk.
Terkejut dan ketawa tiada kasihan semua yang berada di situ.
Baru sahaja Nick ingin bangun, pantas Syaitan itu berdiri di atas perutnya.
"Argh, Sofiyya tolong i. I think i hurt my back" merayu dia kepada Sofiyya yang tersungging senyum.
"Guys, harini party is over. So let's blah cause i dont have any special relations with that stupid guy" Sofiyya dibantu oleh ibunya berjalan untuk ke hospital.
Mana tau melarat lukanya, dahla badannya penting untuk hidupnya.
Lalu tinggallah Nick keseorangan yang tidak mampu bangun.
|||||||||||||||||||||||||||||||||
Seperti hari-hari sebelum ini, setiap hari Syaitan itu akan melawat Sya.
Sudah sebulan wanita itu terlantar.
Luka-luka di wajahnya mulai kering.
Susut badannya, tidak terkejutlah kerana badannya hanya diisi susu dari saluran hidung.
Setiap hari Syaitan itu memandang, tiada niat untuk menghampiri.
Dia hanya berada jauh dari katil wanita itu. Tapi hari ini, entah apa yang difikirnya. Dia merapati wanita itu.
"Dunia ini terlalu kejam untuk kau cinta, kenapa kau tak melawan" dia duduk di kerusi sebelah katil itu.
"Tiada siapa yang datang melawat kau, hatta ibu kau sekalipun"
"Aku tak tau apa yang berlaku pada aku, fikiran aku selalu tertumpu pada kau. Well it takes three seconds for person to falling love. But aku bukan manusia" ketawanya perlahan.
"Hidup kau terlalu banyak luka dari bahagianya. One day mungkin kau akan jumpa orang yang akan jadikan kekurangan kau selama ini sebagai satu kelebihan kau"
"Persoalan yang selalu keluar dari fikiran kau adalah apa dosa menjadi gemuk right. Well cinta, there's no mistake for being fluffy"
Tapi badan wanita itu sudah semakin cengkung.
Dia terdiam sebelum menyambung.
"Love yourself okey cinta" katanya sebelum mulai melangkah pergi.
Baru sahaja kakinya mahu melangkah, bunyi mesin di sebelahnya berbunyi kuat.
Dia kalih memandang El yang sudah megalirkan air mata tapi matanya masih tertutup.
Lalu datanglah doktor dan nurse yang terpusu-pusu datang.
Mereka yang berbaju putih itu mulai mengelilingi katil Sya.
Tanpa membuang masa, Syaitan itu pantas menghilangkan diri.
Terbuntang luas mata Sya, tapi jantungnya masih berdegup laju.
"Cik, please calm down" ujar doktor itu sambil menyucuk sesuatu cecair melalui picagari.
Sebelum mata Sya tertutup, dia pandang ke sisi katilnya dan menghalakan tangan kearah tempat yang syaitan itu duduk tadi.
Doktor dan nurse itu mulai mengerut dahi memandang ke arah yang ditunjukkan pesakit mereka.
Perasan akan ketiadaan orang disitu, mereka mulai meremang bulu roma.
YOU ARE READING
Devil's love
FantasyKisah seorang syaitan yang terjatuh cinta pada seorang manusia biasa. Sehingga sanggup dihukum demi cintanya kepada wanita tersebut.