Lima

5 0 0
                                    

Tidak berhenti menguap mulut Sya ketika ini.

Dari satu persatu movie yang dilihat mereka sehinggalah jam sudah menjejak ke angka dua belas malam.

Usapan dirambutnya membuatkan matanya kian memberat. Tanpa sedar tangannya dilingkarkan ke pinggang Ayyash.

Kepalanya diletakkan di atas bahu dan disengetkan ke leher Ayyash.

Tidak lama kemudian, dengkuran halus keluar dari bibir itu.

Ayyash yang daripada tadi sudah tidak dapat menumpukan perhatian.

"Walaupun aku tak ada jantung, aku ada hati tau. Jangan buat hati aku berdebar malam-malam macamni" gumannya perlahan.

Tidak mahu wanita itu sakit leher keesokkan hari dengan postur tidur sebergitu.

Dia capai remorte televisyen dan mematikannya.

Tidak mahu mengejutkan Sya, dia bingkas bangun dan mengangkat tubuh yang lena itu ke bilik tidur.

Apabila dia membaringkan wanita itu di atas katil, Sya masih tidak melepaskan pinggangnya.

Perlahan-lahan dia rungkaikan pelukan itu sebelum Sya memanggilnya.

"Yayash erm..mememe" mengigau Sya dalam tidur.

Bibir Ayyash sudah tersungging senyum.

"Yayash" dia menyebut kembali gelaran wanita itu kepadanya.

Dia kemudian baring disebelah wanita itu.

Tanpa sempat dia menolak, terbuntang matanya ketika itu.

Sya mengiring dan mendaratkan kepalanya kelengan Ayyash, manakala sebelah kakinya diangkat dan diletakkan di atas kaki Ayyash.

Tidak lupa juga tangannya masih setia memeluk pinggang Ayyash.

"Haish, dalam tidur pun nakal kan" Ayyash mengulum senyum sambil tangannya menggosok lembut belakang Sya.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Sya menggosok-gosok matanya dan menggeliat kecil.

Apabila dia membuka mata, tiada orang disebelahnya tetapi masih ada bekas cadar yang kedut dan bantal yang terturun menandakan ada seseorang yang telah tidur di situ.

Fikirannya mula melayang pada layanan lelaki itu terhadapnya.

Sungguh baik, hatinya cair dan berdebar setiap kali memikirkan layanan lelaki itu.

Pandangannya terkalih pada pintu yang sedang dibuka dari luar.

Matanya terbeliak apabila Ayyash sedang mengangkat sebuat almari baju memasuki bilik itu.

Matanya sekali lagi terbuntang apabila almari yang dipegang itu adalah almari bajunya di rumah ibu.

Tanpa memikirkan pandangan Sya terhadapnya, dia terus membawa almari itu ke sudut bilik.

Sya yang masih tercengang hanya diam melihat Ayyash yang berpura-pura mengelap dahinya yang tiada peluh itu.

Ayyash kembali tersengih dan membengkokkan lengannnya untuk menunjukkan ototnya yang sasa itu.

Terangkat-angkat keningnya memandang Sya sambil menunggu pujian.

"Awa.. awak.. macam mana" tidak tahu lagi untuk menyambung kata dia hanya menggeleng.

"Kalau dikutkan hati aku, aku taknak pun jejak kaki dekat rumah kau tu lagi. Boleh ja aku belikan kau baju, tapi aku takut kau tak suka pulak baju yang aku belikan. Nak ajak kau keluar takut kau tak bersedia" jelas Ayyash panjang.

Sya hanya menggeleng.

Ni kalau aku kata aku nak pizza, gamaknya satu dapur pizzahut tu dia bawak balik.

Ayyash yang mendengar mula mengulum senyum.

Mengata aku dalam diam eyh.

Dia merapati Sya yang masih terduduk, lantas melabuhkan kepala di paha wanita itu.

"Cinta, janganla keraskan kaki kau tu ce rilex sikit" kata Ayyash sambil mencapai tangan Sya.

"Pastu, tangan ni kena la buat macam ni" sambung Ayyash sambil menunjukkan demo kepada tangan Sya untuk membelai rambutnya yang sampai ke dahi itu.

Sya tegakkan tubuhnya.

Tengkorak kau suruh rilex, main duduk je kan.

Walaupun kekok tapi Sya turutkan juga permintaan lelaki itu.

Mesti penat dah bawakkan SEBIJI almari. Boleh ja padahal ambil baju dalam tu.

Setelah Sya mula selesa dengan keadaan tersebut.

Tangannya mula bermain-main dengan rambut Ayyash.

Sekejap didendan nya sekejap di lurutkan rambut itu ke jarinya.

Ayyash mula menutup mata selesa. Suka dia dengan belaian itu.

"Awak" panggil Sya.

"Ya cinta" jawab Ayyash malas. Dia sudah selesa untuk tidur dalam keadaan itu.

Senyum sahaja Sya apabila setiap kali lelaki itu menggelarkan dia cinta.

"Awak makin lama, makin wangi la" puji Sya.

Ayyash mula membuka mata.

Wangi

Pelik, sedangkan sepatutnya manusia tidak dapat menghidu bauannya.

"Sya, kau tau aku siapa" Ayyash mulai bertanya.

"hrmm" Sya masih ralit bermain rambutnya.

Tidak berpuas hati dengan Sya yang masih termenung.

Tangannya menangkap tangan Sya kemas.

Barulah Sya tersentak sedar akan perlakuannya.

"App.. apa" terketar Sya bertanya, bukan kerana dia takut, tetapi tangan sejuk Ayyash yang menyentuh kulitnya membuat dia termalu.

"Kau tahu aku siapa" tanya Ayyash sekali lagi.

Puas Sya berfikir, dia kemudian menjawab.

"Saya tak tahu awak siapa, yang saya tahu. Awak bukan manusia, tapi..." terhenti katanya sebelum menyambung.

'Tapi saya langsung tak kesah. Malah, saya suka' sambung Sya dalam fikiran.

Ayyash sudah tersenyum sendiri, kalaulah perempuan ini tahu setiap kata dalam fikirannya memang akan didengari oleh Ayyash.

Mau meletup pipinya menahan malu.

Ayyash mulai meletakkan tangan Sya kerambutnya tanda ingin dibelai lagi.

Sya yang faham terus menerus mengelus lembut rambut itu.

Suka benar dia bermain dengan rambut lelaki itu.

Ayyash mula memejam mata dan berfikir.

Setiap syaitan mempunyai bau masing-masing dan mustahil untuk seorang manusia mampu menghidunya.

Aku patut siasat.

"Cinta, aku nak keluar petang nanti. Mungkin aku akan balik esok" bilang Ayyash.

Sya hanya mengangguk faham.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Devil's loveWhere stories live. Discover now