CHAPTER 1 : KERAJAAN GLASGOW

70 10 13
                                    

2007

"Jaga diri "

Berita 10 pagi tadi telah menggemparkan seluruh kerajaan Glasgow. Kemalangan itu menjadi sejarah kepada kerajaan Glasgow dan telah menggejutkan semua rakyat. Semua orang bersiap untuk acara pengebumiaan yang akan dilangsungkan di istana. Ya, raja dan permaisuri Glasgow telah terlibat dalam kemalangan.

Penolong setia DiRaja sedang duduk menyandar di tempat kerjanya. Tugasan yang perlu dipikul sementara ini sangat memenatkan dan menyedihkan. Urusan pengebumian Raja dan Pemaisuri juga masih tidak dijalankan lagi. Tiba tiba pintu diketuk dari luar.

"Masuk"

Ketua Polis DiRaja masuk. Fail ditangannya dibuka lalu diletakkan di hadapan Penolong Setia DiRaja.

"Ini hasil siatan daripada kematian yang berlaku. Menurut siatan, kematian Raja Adam dan Pemaisuri Maisarah hanya bukan disebabkan oleh kemalangan antara lori. Tetapi terdapat juga kesan tikaman di dada Raja dan Pemaisuri. Selain itu, terdapat juga satu torehan yang ada dibahagian tangan kanan Raja dan pemaisuri. Ia juga berbentuk seperti lambang musuh kerajaan Glasgow" terang Ketua polis DiRaja lalu menundukkan sedikit kepala.

"Beritahu pihak polis dan hospital, jangan hebohkan kepada pihak media tentang ini"

"Baik" kata Ketua polis DiRaja lalu keluar dari bilik itu.

Penolong Setia DiRaja lekas keluar dari bilik kerjanya lalu pergi ke bilik Putera Mahkota.

Pintu bilik diketuk dahulu sebelum masuk ke bilik yang besar itu.

"Tuanku, ini adalah task petama Tuanku sebagai Raja." kata Penolong Stia iRaja lalu menunduk sedikit.

Melihat riaksi sedih Putera Mahkota telah membuatkan dia berasa sedikit sedih. Manakan tidak, umur 12 tahun telah menghadapi cabaran sebegini. Dengan Raja Adam dan Pemaisuri Maisarah meninggal dan Pertabalan Putera Mahkota sebagai Raja. Pasti tidak mudah untuk beliau menerima semua ini.

"Arahkan pihak istana mengadakan Pertabalan Beta dalam masa yang terdekat ini" kata Putera Mahkota sebelum turun untuk upacara pengebumian Ayahanda dan Bondanya.

Sedih. Itu yang dirasakan sangat ini. Ayat terakhir bonda dan ayahanda masih teriang-riang di kepala. Tidak sampai 2 jam beliau memeluk Ayahanda dan Bonda. Sudah berlaku perkara yang menyedihkan. Pelukan hangat bonda dan ayahanda tadi masih terasa hangat di tubuh. Air mata juga sudah cuba untuk tidak tumpah di hadapan berjuta juta rakyatnya kini.

Ya, kini dia akan memegang jawatan ayahandanya. Mampukah dia memegang jawatan yang sebegitu besar ini dengan umur yang baru 12 tahun?!

**********

Kedatangan Perdana Menteri dan ahli Kabinet disambut oleh Setiusaha DiRaja. Semuanya mengucapkan ucapan takziah.

Afnan masuk ke dalam bilik untuk menukar baju putih kosong yang disediakan. Afnan hanya mendiamkan diri sejak perkara ini sampai ke telinganya.

Tiba diruangan yang menempatkan kedua jenazah tersebut, kaki Afnan mula melembik. Semua yang berkerumun memberi laluan kepada Afnan dan Nenda. Dari tadi lagi ayat Al-Quran dipasang di seluruh istana. Bendera-bendera diturunkan setengah tiang.

Afnan mengambil tempat diruangan lelaki. Yassin diedarkan kepada yang hadir.

Suasana sepi sebelum bacaan Yassin dimulakan. Bermula sahaja bacaan Yassin, hati Afnan dipagut sebak. Kabur pandangan matanya. Bibir terketar-ketar membaca Yassin.

Usai sahaja orang lain beransur pulang dari ruangan tersebut. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga terdekat DiRaja sahaja.

Afnan mendekat apabila Nenda menggamit ke arahnya.

Tuanku RajaWhere stories live. Discover now