Miya's POV
Habis sahaja majlis pertabalan Rayyan. Tiba-tiba sahaja Rayyan menarik tangan aku pergi ke belakang istana yang mempunyai taman bunga yang sangat cantik. Lalu mengajak aku duduk di sebelahnya di atas bangku.
"Kenapa bawa saya kat sini." tanyaku. Aku melihat riaksi Rayyan yang sedikit muram itu membuatkan aku makin ingin tahu kenapa.
"Ni taman bunga bonda aku. Aku akan lepak dekat sini kalau aku sedih." kata Rayyan sedikit sedih.
"Pastu kenapa awak sedih. Awak jangan la sedih nanti saya pun sedih. Awak sedih sebab jadi raja eh. " kataku menebak.
"Bukanlah budak. Aku nak bagitahu kau, yang aku akan sambung study dekat London." kata Rayyan. Dan ayatnya itu telah membuatkan air mata aku tiba-tiba bertakung.
Ha aku ada idea...
"Nak ikut. Kita boleh study sama sama." Kataku sedikit ceria. Yay boleh pergi London.
"Hey mana boleh." Kata Rayyan sambil menoleh sedikit ke arahku.
"Alaa kenapa. Bukan ke saya dah janjikan nak belajar dengan awak." kataku sedikit memberontak.
"Ish kau ni. Kau tu budak lagi. Mana boleh belajar dengan aku. Tahun depan aku form one. Sebab tu aku sambung belajar dekat London.Kau tu baru je 8 tahun. Faham, budak kecil." kata Rayyan dan membuatkan aku lagi mencebik.
" Ish sampai hati. Pastu nanti, nanti sapa nak berbual dengan saya. Sapa nak tengok saya terbang besar nanti. Sapa nak pujuk awak bila awak nangis." kata ku sambil menunduk dan bermain jari. Sedikit lagi air mata nak mengalir. Hingus yang sudah mengalir dikesat dengan tapak tangan.
"Sejak bila kau pujuk aku bila aku nangis. Kau nangis sekali ada la."kata Rayyan.
" Ala kalau awak nangis saya pun nangis. Saya tak boleh la tengok awak nangis." cebikku sambil menyilang tangan ke dada.
' haish budak ni.' kata Rayyan dalam hati.
"Nah." kata Rayyan lalu menghulurkan handkerchief kepada ku.
Aku ambil lalu mengesat hingus di hidung.
"Aku nak bagi kau something ni. Aku harap kau jaga benda ni elok-elok" tiba - tiba rayyan menghulurkan aku satu necklace cantik bewarna Sapphire. Aku hanya melihatnya dengan kerutan di dahi. Ya, rantai itu sangat cantik. Tapi adakah rantai itu untuk aku. Aku memandang Rayyan dengan mata berkelip kelip.
Tiba-tiba Rayyan memusingkan badan ku lalu memakaikan rantai yang cantik itu di leherku. Aku sedikit terpegun melihat kecantikan rantai itu yang berada di leherku.
" Untuk apa?" tanya ku sedikit pelik.
" Ni rantai arwah bonda aku. Nanti kalau kau rindu aku ke kau pegang la rantai ni. Bonda aku pesan suruh bagi rantai ni dekat orang yang hargai aku dan orang yang aku sayang." kata Rayyan menyebabkan aku sedikit terharu. Ni nak menangis ni. Sksksk
"Tuanku, kereta dah sedia untuk ke airport." kata pengawal istana Rayyan. Rayyan hanya mengganguk sedikit dan pengawal itu sudah pergi. Ish kacau betul lah.
" Kau jaga elok-elok rantai ni. Aku dah nak pergi ni. Jumpa lagi, Arisya." kata Rayyan lalu memeluk tubuhku dan mengucup ubun-ubunku. Aku membalas pelukannya dengan erat. Tetapi Rayyan telah memutuskannya pelukan ini.
" Ra..... Ra...Rayyan", aku meraung taknak lepaskan Rayyan. Dia sorang sahaja sahabat yang aku ada. Air mata yang mengalir hanya aku biarkan. Handkerchief masih erat digenggam di tanganku.
Tiba-tiba, ada seseorang menarikku ke dalam pelukannya. Rupanya ibuku menarikku menjauhi Rayyan kerana flightnya hampir tiba.
Rayyan memandangku dengan sayu.
Aku melihat dia pergi ke arah kereta bmw dan diiringi oleh beberapa lagi kereta yang lain.
"Sayang okay?" tanya ibu setelah melihat aku hanya menunjukkan riak sedih. Manakan tidak, sahabat aku pergi tinggalkan aku. Bukannya pergi dekat-dekat. Tapi London kut wey. Jalan kaki pun tak sampai lagi.
" Tsk...tsk.. Miya nak Rayyan, ibu. Sapa nak kawan dengan Miya lagi lepasni." kataku teresak-esak di dalam pelukan ibu.
"Takpelah Miya. Miya boleh kawan dengan Ayah dan Ibu. Ayah dan Ibu sayang Miya" kata ayah memujukku.
**********
Afnan's POV
"Tuanku, Puan Nenda pesan supaya call dia sebelum fly ke London." Kata pemanduku di hadapan. Aku hanya mengangguk.
Fikiran ku masih memikirkan budak kecil tadi. Melihat dia menangis membuatkan hati aku sayu. Tidak disangka pemergianku membuatkan Arisya menangis teresak esak.Entah kenapa aku terfikirkan budak itu.
'I promise, i will back.' detik hatiku.
"Tuanku, ada apa-apa lagi ke? Kita dah sampai airport." kata Penolong Setia DiRaja.
"Beta serahkan semua Royal World ini kepada kamu buat sementara. Selepas beta pulang, beta akan menjaga Royal World ini. Dan akhir sekali, pantau keadaan Damia Arisya dan inform kepda beta apa apa yang berlaku." kataku lalu terus keluar dari kereta dan check-in.
'Matched betul Raja sekarang. Tidak disangka pemergian Raja Adam dan Pemaisuri Maisarah telah mengubah perangai Afnan seratus peratus.' detik Penolong Setia DiRaja, Fauzan.
Wallpaper handphone ditilik. Melihat gambar Arisya di lock screen telah membuatkan aku rindukannya. Screen lock dibuka dengan password tarikh lahir Arisya. Aku juga tidak menyangka bahawa tarikh lahirnya hanya beza 2 hari sebelum tarikh lahirku.
Kehadiran aku di London akan disambut oleh The Royal King United Kingdom.
'Aku akan pulang kerajaan Glasgow. Aku janji akan pulang dan mentadbir kerajaan ini dengan cekap seperti ayahandaku' kataku lalu memejam mata untuk menunggu flight.
'Pembunuhan ayahanda dan bonda juga akan turut aku bongkarkan. YOU just wake up a lion' detikku dengan senyuman sini terukir di bibir
**********
YOU ARE READING
Tuanku Raja
RomanceThe necklace that holds promise. "It's you, it's always you" - DAMIYA ARISYA "I found you" - RAYYAN ARFAN DANIEL Menaiki takhta ketika berusia 12 tahun bukanlah suatu perkara yang ditunggu oleh Arfan.