Prolog

8 0 0
                                    

"Kau dah dengar, kan? Sekarang berambus!" kata Aina sambil menolak kasar tubuh seorang pelajar perempuan sampai terjatuh.

Kelam-kabut perempuan tu bangun dan terus pergi. Risau kalau-kalau dia ditumbuk Aina.

"Hump." Aina merengus marah. Mood dia yang sentiasa kacau semakin tak stabil.

"Rileks la Aina. Kau marah-marah ni apehal?" Kawannya, Nana menepuk bahunya. Aina menjeling tajam.

"Kau memang nak makan penumbuk aku, hah?" kata Aina geram.

Nina tersengih. Bukan tak pernah rasa penumbuk kawannya, malah dah lebih 19 kali rasanya sepanjang mereka berkawan. Gila tak sakit? Tapi kalau dah banyak kali tu, rasa sakit tu makin kuranglah. Jadi kebal lebih kurang gitu.

"Apa pulak masalah kau kali ni? Sampai nak tumbuk budak tu?"

"Sibuklah kau."

Aina pergi begitu sahaja. Nina pula hanya tersengih. Dah biasa dengan sikap kawan dia tu.

Siapalah agaknya yang masih tak kenal Aina? Budak paling popular di universiti ni. Dia terkenal pun bukan sebab cantik. Jauh lagi sebab pandai.

Dia terkenal sebagai seorang kaki buli. Apa sahaja yang tak kena di matanya, terus dia ajak gaduh. Sifat panas baran dia menjadi penyebab utama. Sebab tulah ramai yang takut dengan Aina ni.

Kalau terserempak waktu dia dalam keadaan tak baik, mungkin boleh jadi kes bertumbuk. Ramai pelajar cuba mengelak berjumpa dengan Aina. Mereka tak mahu menjadi mangsa Aina yang ke berapa kali dah.

Pernah suatu hari, ada seorang budak baru tak sengaja duduk di tempatnya. Akibatnya, budak itu patah tangan dan terpaksa berpindah universiti kerana takut. Aina memang tak kenal erti kesabaran. Sikap panas barannya buatkan dia digeruni ramai pelajar.

Kenapa dekan tak ambil tindakan? Kes ini ramai yang tak tahu. Mereka tak tahu yang Aini ni... Seorang psiko! Kenapa?

Aina pernah mengugut dekan dengan berkata dia akan menculik keluarga dia. Mulanya dekan tak ambil pusing. Dia fikir Aina mengugut dia sebab gelabah je. Bila dekan tu balik dan sampai sahaja di rumah, dia terus dapat panggilan dan dia dengar suara isteri dan anaknya di hujung talian. Aina mengugut akan mencederakan keluarganya jika dia memanggil pihak berkuasa.

Dekan akhirnya terpaksa berjanji untuk metutup matanya atas apa yang Aina buat selama ni. Selagi tak melibatkan kematian, dia terpaksa berdiam diri. Mangsa Aina pun tak terlepas. Mereka juga diugut oleh Aina. Ugutannya lebih kurang sama seperti ugutan dia sebelum ni. Mereka tak berani ambil risiko, terpaksa berdiam diri dan menukar ke universiti lain.

Jadi, kalau taknak mencari masalah, jauhinya. Terutama sekali masalah melibatkan Aina.

»»»«««

"Weh Aina, Nana, korang pergi mana je tadi? Puas weh aku cari kau orang merata tempat," tegur Xio, seorang lelaki berbangsa Cina, satu lagi kawan Aina.

Kawan Aina cuma ada dua je, Nina dan Xio. Mereka berdua ni pun bukannya ada prestasi yang baik dalam universiti tu. Mereka nakal tapi tak senakal Aina sebab dia satu-satunya yang berani lawan dekan dan tak takut langsung dengan polis. Pendek kata, dia berani gilalah.

Mereka bertiga berkawan sejak kecil. Dulu mereka bertujuh, sekarang hanya tinggal mereka bertiga. Yang lain mula memutuskan persahabatan mereka sebab Aina. Nanaa dan Xio kekal bersama Aina sebab mereka tahu sebab kenapa Aina jadi macam ni.

"Mood aku tak baik hari ni."

"Asal?"

"Kau tak dengar ke pengumuman tadi? Dekan nak jumpa budak ni. Hah, mesti kena tegur, kan?"

"Hump, dah tahu asal tanya?"

"Saja," kata Nana bersahaja.

Aina mencekak kolar baju Nana. Muka dia yang dari tadi masam, kini menjadi sedikit bengis.

"Dah tahu tu, tak payah nak tanya. Buat sakit hati aku je." Dia melepaskan genggamannya sambil merengus.

Nana ketawa kecil. Xio pula hanya mengangkat bahunya.

Begitulah talian persahabatan mereka. Setiap kali ada masalah, semuanya mesti ada kena-mengena dengan Aina. Wanita paling nakal... Tak, nakal tak sesuai. Jahat! Ya, wanita paling jahat di universiti itu.


Love For PsychoWhere stories live. Discover now