✗ 1

1.9K 184 97
                                    

★彡 hyunji 彡★

aku menoleh ke luar tingkap kelas melihat langit gelap , bulan purnama nian indah , angin malam bertiup melintasi wajahku , aura mengantuk mula merasuki aku lagi-lagi sekarang kelas tambahan malam sejarah

bosan lah belajar sejarah dengan Lee saem , suara umur 50 an sememangnya merdu membuatkan ramai dalam buaian mimpi , arghh aku dah penat

sejak jadi senior nih hari-hari wajib hadir kelas malam , serabut aku

ttap !

arghh ! sakit gila kepala aku , tak pasal-pasal cikgu ni baling kapur tepat kena pada kepala aku

❝ Jung Hyunji ! berani kau mengantuk dalam kelas aku ? ! pergi basuh muka sekarang ! jangan terlalu bermalasan , tahun ni tahun akhir kamu ❞

❝ arraseo saem , saya minta maaf  ❞

• • •

10:00 p.m

weyhh kelas dah habis ! leganya aku , aku meregangkan badan yang keletihan , struggle gila aku tahun ni belajar macam nak mati

❝ yah hyunji ! ❞

haa dah sampai budak terencat ni , apalah nasib aku , kelas malam aku berpisah dengan minah senget ni , takdelah mengantuk sangat kalau ada dia sekelas dengan aku

❝ minji ah , jom lah balik terus aku dah penat sangat ni , kalau nak ajak aku makan ramen kat 7E , esok jelah , aku nak balik awal , penat ❞

❝ bukan tulah hyun , aku nak cakap benda lain , aku pun tak nak lepak makan ramen kat 7E , penat weh harini dengan kelas malam lagipun duit aku tak bawa harini ❞

❝ haa kau nak cakap apa cepatlah  ❞

❝ kau biasa balik guna lorong gelap tepi sekolah ke ? ❞

aku menggelengkan kepala

❝ tak lah selalu tapi kalau aku nak cepat balik aku guna lorong tu dekat juga dengan rumah aku ❞

❝ hari ni kau nak balik guna lorong gelap tu ke hyunji ? ❞

❝ mungkin akan guna jalan tu , aku betul-betul penat sekarang nih , nak balik awal , kenapa minji ? kau nak lalu situ juga ke ? jomlah satu hala dengan aku ❞

❝ JANGAN DOWH ! AKU TAK BENARKAN KAU LALU SITU ! sebab semalam aku lalu jalan gelap tu , aku terdengar suara orang menangis ❞

pffttttt minji kenapa duh ? overthinking lah dia tu

❝ HAHAHA kau kenapa minji ? haa ni mesti kau terlalu penat belajar , alah chill lah ❞

❝ eh bukan aku sorang jelah dengar , ramai yang pernah lalu situ mesti dengar esakan orang menangis , dan yang paling menyeramkan suara tu bukan suara perempuan tapi suara lelaki , eiii seram duh ❞

❝ kau merepek apa , alah setakat bunyi lelaki menangis bukannya seram sangat , biasalah tu maybe baru putus cinta ¿ whatever ❞

❝ dah lah suka hati kau , aku nak balik lalu jalan biasa , tapi hyun , lebih baik hati-hati sebab aku ada dengar yang suara lelaki menangis tu serius menyeramkan , bye hyunji anyeong ❞

minji terus pergi meninggalkan aku sendirian , ceh bukan nak teman aku balik , jahanam punya member tinggalkan aku

tanpa membuang masa aku mengemas barang-barang alat tulis dan buku ke dalam beg , tali beg di sarung ke bahu

lampu dan kipas kelas tak lupa untuk aku tutup sebelum keluar dari kelas

aku berjalan keluar dari perkarangan sekolah , dan langkah aku terhenti seketika

nak ke tak nak guna lorong gelap tu ? alah aku dah penat betul ni , argh guna jelah jalan ni

aku meneruskan berjalan memasuki lorong gelap atau jalan pintas balik ke rumah , earphone di pasang dan lagu Fake Love didendangkan pada mp3 milikku

i'm so sick this fake love !

❝ love you so bad , love you so bad ,

jujur lah aku kata jalan ni memang gelap dan menyeramkan , nasib baik aku bawak phone , ada touchlight terang sikit

❝ HUARGHHHH ! ❞ *sobbing

bulu roma aku mula merinding , bunyi suara orang menangis , ye aku dengar sangat jelas bunyinya padahal volume mp3 tinggi aku naikkan

betul kata minji , suara lelaki menangis ni bukan biasa-biasa tapi
ianya terlalu lain , bunyi yang begitu jelas dan kuat dan nada yang menyeramkan

menyesal pulak tak dengar cakap minji , arghh baik aku jalan cepat , palli hyunji jalan !

done chapter one ✓


cam ne okay tak storyline aku

insecure duh nak publish
story ni

keep comment and vote !

support dari anda amat
dihargai

[ C ] weird tears + kth ✅Where stories live. Discover now