✗ 14

534 92 37
                                    


❝ arhhh ! penuh perut aku , thanks taehyung ehe ❞ ujar hyunji sebaik saja menolak pintu restoran dan keluar bersama taehyung

❝ jom , kita pergi taman , ambil angin sejuk malam ❞

❝ tapi aku dah ngantuk lah , lagipun hari ni memang aku penat sangat , tapi sebab kau nak belanja makan , aku terpaksa ikut hehe ❞ sengih hyunji

❝ nak pergi funfair ? kau nak main apa ? semua aku belanja , amacam ? ❞

hyunji menggeleng kepala tanda tidak setuju

❝ aku dah ngantuk nak tidur , perut pun dah penuh , esok jelah kau ajak aku pergi funfair , dah lah ajak aku waktu aku penat , sebelum ni takde pula kau ❞

taehyung mengeluh , kepalanya juga digaru walaupun tidak gatal

❝ dasar perempuan tak kenang budi , banyak benda aku tolong kau tau ❞

❝ haa mengungkit lah , kau pun entah-entah tak ikhlas tolong aku , mesti ada udang disebalik mee , ingat juga eh aku pernah belanja kau ❞ cebik hyunji memandang taehyung

❝ eh cantik peribahasa kau , lagi satu , mana kau tahu keikhlasan hati aku ?❞

❝ nak gaduh ke ? ❞ ujar gadis itu sambil mengangkat keningnya

❝ nak gaduh dengan aku ? dengan pembunuh bersiri tu pun hampir mati , inikan pula nak gaduh dengan aku , aku ni lelaki tau ❞

❝ ish annoying lah cakap dengan kau ni taehyung ! dah lah aku tetap nak balik ❞ hyunji terus berjalan meninggalkan taehyung , langkahnya dipantaskan

sempat hyunji menoleh ke belakang kembali melihat taehyung yang santai berjalan memandangnya

bbuk !

tanpa sedar , hyunji melanggar susuk tubuh badan lelaki agak gemuk dan besar , air coke di tangan lelaki itu tertumpah kena pada bajunya sendiri akibat hyunji melanggarnya

lelaki itu seperti ketua gangster dan seangkatan dengannya

❝ YAH ! MICHISEO ? ❞

❝ s-saya minta maaf , tapi saya terpaksa pergi dulu ❞

hyunji menunduk hormat dan mula melangkah kembali meninggalkan lelaki itu , namun serta merta lelaki menarik bahu hyunji kasar menyebabkan gadis itu terpusing 360° memandang kembali lelaki itu

❝ oi kau ingat aku boleh lepaskan kau macam tu je ? bayar lah ganti rugi baju aku , atau aku jual kau ❞

❝ a-aniya aniya ! janganlah macam ni tuan , saya ni pelajar senior sekolah , saya pun ada masa depan , tolonglah lepaskan saya , saya betul-betul tak sengaja ❞ hyunji menunduk hormat berkali-kali , lalu matanya terpandang taehyung yang tersenyum sinis melihatnya

tolong aku , palli ❞ hyunji membuat isyarat mulut pada taehyung , namun lelaki itu hanya mengangkat bahu dan membuat gaya tangan tidak tahu

like this

mata hyunji memandang tajam lelaki itu dan membuat isyarat mulut ❝chugulle ? ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


mata hyunji memandang tajam lelaki itu dan membuat isyarat mulut ❝chugulle ?

❝ tu boyfriend kau ke budak ? ❞ soal gangster itu

hyunji dalam dilema ingin mengangguk atau tak , jika dia tak angguk , takde siapa lagi yang boleh bantu dia selain taehyung

❝ IYE TU BOYFRIEND SAYA ! kalau tuan nak minta bayaran , minta kat dia , boyfriend saya tu orang kaya ❞ ujar hyunji , jari telunjuk dituding ke arah taehyung

taehyung seperti buat-buat tak nampak apa yang berlaku dan teruskan melangkah , penumbuk di tangan hyunji dikepal kerana geram

❝ taehyung ah ! kau tak kesiankan dekat girlfriend kau yang lawa ni ke ? sampai hati kau ! selama ni kau selalu mempergunakan aku untuk kebaikan kau , macam ni balasan yang aku dapat ? ❞ hyunji membuat drama tak berbayar disitu , taehyung mula memberi riaksi muka menyampah

tiba-tiba entah dari mana orang ramai kebetulan berkumpul disitu dan bergosip antara mereka melihat adegan drama tak berbayar hyunji

❝ huuu sampai hati kau , aku cintakan kau sepenuh jiwa dan raga aku , kau layan aku macam sampah !❞

taehyung memaling kembali memandang hyunji dengan riak muka marah tapi masih terkawal

❝ sejak bila kita ni couple ? kau sendiri yang nak balik , jadi aku benarkan kau pergi ❞

❝ tengok tu ! sampai hati kau ! dah berbelas tahun kita bercinta , sekarang kau buang aku macam tu je ke ? malah kau tak mengaku kita bercinta dulu ? ❞ hyunji mula keluarkan air mata palsunya secara paksa , taehyung mengeluh panjang

❝ yah sekya , cepatlah aku malas nak layan drama kau ni , oi jantan baik kau bayar ganti rugi girlfriend kau ni sebelum aku jual perempuan ni ❞

❝ jual jelah , bukan masalah aku ❞ ujar taehyung selamba

❝ YAH ! TAEHYUNG ! ❞ jerit hyunji

lelaki yang seperti ketua mafia datang mendekati taehyung lalu pergi ke telinga taehyung berbisik ...

❝ kau memang sengaja kurang ajar dengan aku ke ? takkan kau tak boleh bayarkan baju aku ni ? yah sekya , sebelum aku marah , jangan sampai perempuan tu dengan kau sekali aku angkut dan sidai korang ❞ pipi taehyung turut ditampar tampar perlahan oleh lelaki gangster

serta merta taehyung menahan tangan lelaki gangster dari menamparnya , lalu taehyung mendekati ke telinga lelaki itu

❝ kau nak tahu tak siapa aku ? ❞

❝ siapa kau sekya ? muka pun macam sotong , apa kau fikir kau mafia ? aku ni ketua mafia kat seoul ❞

❝ aniya , kau bukannya mafia , tapi kau cuma banjingan gangster yang lembik ❞

❝ kau siapa sebenarnya ? ❞

❝ aku ... pembunuh bersiri yang bunuh manusia kat lorong gelap sebelah sekolah tu ❞

100% berubah pucat lelaki gangster namun dia cuba berdalih

❝ tch pembunuh konon , sembang je lebih ❞

❝ kat leher kau , aku boleh ambil nyawa kau dengan satu pukulan pada salur pernafasan kau , baru aku tikam kau sepuas hati aku , amacam tak percaya lagi ? perhatikan muka aku baik-baik , ada iras psychopath tu kan ? report lah polis sekarang ❞ taehyung membuat riak muka menyeramkan

lagilah bertambah cuak lelaki gangster tu ,

❝ kau nak kacau perempuan tu , itu masalah kau , jangan libatkan aku , silap besar kau cari masalah dengan pemangsa sebenar macam aku ❞ bisik taehyung lagi ke telinga lelaki gangster

❝ o-okay okay , aku pergi , baju aku ni pun free tak perlu bayar , aku pergi dulu ❞ dengan gelabah lelaki gangster itu lari meninggalkan taehyung , sepertinya lelaki itu menuju ke Balai polis

lantas taehyung menarik tangan hyunji dan berlari

❝ kajja ! kita lari sebelum masalah lebih besar akan jadi ❞

• • •

done chapter 14 √ .

maaflah hambar n klishe
sikit hehe

[ C ] weird tears + kth ✅Where stories live. Discover now