✗ 10

584 106 17
                                    

pakaian hoodie dan berseluar panjang yang dikenakan hyunji pada pukul 10 malam , dia membawa lampu suluh , kamera dan telefon pintarnya pergi ke jalan singkat yang sunyi berdekatan dengan sekolah

matanya melilau dan menyuluh dengan lampu suluh yang dibawanya di jalan itu untuk mencari sesuatu

❝ ish mana pulak taehyung ni , waktu macam nilah dia takde , dah lah aku ponteng kelas malam , huh takpe hyunji , demi permintaan followers aku kat twitter aku sanggup ❞ gumamnya sendirian

❝ oi rambut pendek ! ❞ suara itu kedengaran dari arah belakang

terus hyunji memusingkan badannya 360° dan menyuluh ke susuk tubuh pemilik suara itu ,

❝ argh ! terkejut aku , taehyung , kau ni sebelum tegur aku , tegur lah baik-baik janganlah muncul macam tu , menyeramkan kau tahu tak ? ❞

❝ ada apa kau cari aku ni ? nak tolong kau lagi ? cari misteri disebalik suara menangis tu ke ? ❞ tangan taehyung diseluk ke dalam poketnya dan berjalan mendekati hyunji

❝ hehe macam tahu-tahu je kau , jangan risau macam biasa aku akan belanja apa je yang kau nak , janji kau tolong aku , kajja kita cari sesuatu yang menarik ❞ hyunji meneruskan langkahnya sambil menyuluh , taehyung mengikuti hyunji dari belakang

setelah 1 jam berpusing-pusing di kawasan jalan itu , taehyung mula tampak bosan melayan karenah hyunji yang sikit pun tidak mengeluh mencari sesuatu yang berkaitan pembunuh bersiri itu

suasana pula sepi sebab dari tadi mereka tidak berbicara apa-apa malah sikit bunyi pun tiada

taehyung hanya ikut saja ke mana saja hyunji berjalan , batu kecil di jalan di sepak oleh taehyung dan keluhan dilepaskan

kejap dia memandang langit kejap dia menunduk ke bawah sambil berjalan , maka taehyung mulakan bicara ...

❝ hyunji , kau tak bosan ke ? aku muak lah ❞

❝ diam boleh tak ? kalau tak nak tolong aku baik kau balik jelah , jimat duit aku ❞

❝ aku pelik lah dengan kau , kau tak takut apa-apa ke ? lagi-lagi kau perempuan pulak tu ❞

langkah hyunji di berhenti , lalu dia memandang taehyung dengan riak muka menyampah

❝ aku tak takut , sebab aku tak percaya hantu-hantu ni , merepek semua tu , aku buat page creepypasta kat twitter pun sebab nak followers , tak sangka ramai suka percaya benda-benda karut macam tu ❞

❝ tak tak , maksud aku kau tak takut ke nyawa kau diancam oleh manusia , bukan hantu , kau patut takut dengan tindakan manusia , mana tahu dalam diam , waktu kau tengah cuba cari bahan bukti macam sekarang ni , ada seseorang sedang memerhatikan kau ❞

❝ alah rilek lah taehyung , orang tu perhatikan aku je , dia tak buat apa-apa pun kat aku ❞

❝ perhatikan kau dan BUNUH kau , kau masih tak takut ? ❞

❝ tak , sebab aku tak percaya , takkanlah pembunuh tu nak bunuh aku , yelah sebab aku sekarang ada dengan kau kan ? haa berani dia beraksi , aku ada kamera , aku ada phone boleh buat fb live haa viral viral ! lagilah polis senang tangkap dia❞  taehyung menggulingkan matanya menyampah dengan hyunji

❝ ...aku ni bukan apa , aku nak tolong polis juga siasat kes ni , senang kerja diorang nanti , mana tahu aku dapat tanggungan biasiswa sampai aku habis belajar , takyah aku cari duit sendiri nak bayar duit kolej ❞ sambung bebelan hyunji

❝ mana omma , appa kau ? takkan diorang tak jaga duit belanja kau ? ❞

hyunji menghela nafas panjang dan menatap ke langit

❝ omma appa aku dah lama takde , aku tinggal dengan nenek aku dari umur 6 tahun sampailah umur aku 14 tahun , dan nenek aku pun meninggal juga faktor usia , aku pindah seoul cari kerja sambilan dan sara hidup sendiri , nasib baik tuan rumah sewa aku tu baik hati bagi separuh harga sewa rumah aku tu , ringan sikit bebanan duit , lagipun duit insurans omma dan appa aku ada lagi ❞

❝ patutlah kau kuat , takut dalam diri kau tu mesti dah terlalu sebati kan ? ❞ taehyung tersenyum kelat memandang hyunji

❝ eh dah lah , kenapa nak sembang pasal hidup aku ni ? paling penting sekarang pasal pembunuh bersiri tu , aku patut record sesuatu kalau tak aku bagi fake hope kat followers aku❞

plinkk

bunyi kaca yang dipecahkan kedengaran ,

❝ HUARGHHHHHH ! hukk hukk ❞ bunyi esakan atau lebih tepat suara lelaki menangis kedengaran , hyunji dan taehyung memandang antara satu sama lain dengan riak muka terkejut

❝ p-palli taehyung ah kita pergi ke sana ! ❞ lantas hyunji terus berlari mencari arah suara esakan itu

❝ YAH HYUNJI ! KAU NAK LARI MANA ! JANGAN BUAT TINDAKAN MELULU ❞

• • •

done chapter 10 √ .

maaflah agak hambar
kerana ini baru permulaan

[ C ] weird tears + kth ✅Where stories live. Discover now