No one pov
BAMM!
"Hyung,kitorang dah balik!"jerit Tae selepas menendang pintu
Nasib tak pecah jer pintu tu...
Tae terus berlari ke arah Taehyung yang berada di atas sofa.
"Hyung,mana makanan? Kitorang lapar la..."rengek Chim mengusap perut
"Tunggu hyung ambikkan."ujar Hoseok berlalu ke dapur
Mini-mini terus bersila di depan meja menunggu makanan. Tak lupa jugak bangtan hyung. Hoseok kembali dari dapur dengan makanan yang dibelinya tadi
Mereka makan dengan berselera sekali,maklumlah makan sikit pagi tadi tapi main banyak
Skip•
Kedengaran dengkuran-dengkuran halus di atas sofa setelah menghabiskan makanan tadi
"Aip,dah tertidur?"soal Taehyung setelah keluar dari dapur membersihkan sisa makanan di atas meja. Kelihatan mini-mini dan membernya tidur di ruang tamu
"Penat sangat tu agaknya."balas Hoseok yang duduk di atas sofa membelai perlahan rambut Hobie di sebelahnya
"Hyung,jom bawak diorang dalam bilik."ajak Taehyung
"Jom."jawab Hoseok pendek mengangkat Hobie perlahan ke dalam biliknya
Taehyung mengejutkan Jungkook yang sedang melelapkan mata di atas sofa bersama Kookie di sebelahnya. "Kook,pergilah tidur kat atas."
Jungkook perlahan-lahan tersedar membalas dengan anggukan dan mengangkat Kookie yang terlena di dalam dakapannya lalu menaiki tangga menuju ke biliknya
Taehyung mengangkat Tae yang tidur memeluk Chim di atas lantai perlahan. Rengekkan kecil dari Chim kedengaran setelah pelukan mereka terpisah. "Tae hyung nak bawak Taetae pergi mana?"
"Hyung nak bawak Taetae tidur dalam bilik. Jom,ikut sekali?"ujar Taehyung menghulurkan tangan ke arah Chim
Chim menyambut tangan Taehyung lalu berjalan bersama menuju ke bilik namun langkah mereka terhenti apabila Chim yang masih mamai jatuh terlutut selepas tersepak tangan Jinnie yang terjulur di atas lantai
"Mhmm~"rengek Jinnie kecil kerana tidurnya diganggu. Matanya terbuka perlahan-lahan
"Jinnie,jom tidur dalam bilik hyung."ajak Taehyung. Jinnie mengangguk perlahan lalu mengikut langkah Taehyung dan Chim ke dalam bilik Vmin
Bilik Vmin-
Taehyung meletakkan Taetae perlahan ke atas katilnya. Chim terus melemparkan dirinya ke atas katil bersaiz king yang dikongsi bersama Jimin
"Hyung,Jinnie nak tidur mana?"soal Jinnie dengan mata separuh terbuka
"Tidur dengan Chim,boleh?"ujar Taehyung.
"Boleh,hyung."balas Jinnie pendek lalu memanjat katil dan tidur di sebelah Chim yang sudah terlena
Taehyung keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu untuk mengejutkan dua lagi hyungnya yang masih ternganga di sana
Ruang tamu-
Seperti yang disangka,Namjoon dan Yoongi masih diulit mimpi di atas lantai ruang tamu bersama mini masing-masing di sebelah
Taehyung mengejutkan Namjoon perlahan. "Hyung,naik la tidur atas,sejuk kat lantai ni."
Namjoon menggosok matanya perlahan. Matanya masih terkebil-kebil memandang sekeliling. "Mana yang lain?"soal Namjoon
"Semua kecuali hyung,Yoongi hyung,Joonie ngan Yoonie dah naik atas. Hyung pun pergilah tidur dalam bilik biar Tae yang bawak Joonie."balas Taehyung sambil mengangkat Joonie namun dihalang Namjoon. "Biar hyung angkat Joonie. Pergilah kejutkan Yoongi hyung tu."halang Namjoon mengangkat Joonie lalu melangkah pergi ke biliknya
Taehyung menuju ke arah di mana Yoongi dan Yoon tidur bersama lalu menggoncang badan Yoongi. Namun seperti yang dijangka,tiada balasan daripada Yoongi. Taehyung mengangkat badan Yoon lalu menuju ke bilik Yoongi. Sesampainya di bilik Yoongi,Taehyung meletakkan Yoon perlahan ke atas katil. Sempat Taehyung mengambil sehelai selimut untuk Yoongi di ruang tamu memandangkan hyungnya itu tidak akan tersedar.
Tetapi,sejurus Taehyung menutup pintu,dia terserempak dengan Yoongi. "Hyung dah sedar?"
"Mhm. Hyung tak jumpa Yoon masa tidur tadi sebab tu hyung naik."balas Yoongi
Taehyung meng'oh'kan sahaja jawapan Yoongi lalu menghulurkan kembali selimut yang diambilnya tadi. Yoongi mengerutkan mukanya. "Apa ni?"
"Ni selimut hyung,Tae ambil tadi ingatkan nak selimutkan hyung kat bawah tadi tapi hyung dah sedar."ujar Taehyung. Yoongi mengambil selimut itu lalu berlalu masuk ke dalam biliknya. Sempat Yoongi berterima kasih kepada Taehyung.
Taehyung terus menuju ke biliknya setelah semua orang di dalam bilik. Dia mengambil tempat di sebelah Taetae dan perlahan-lahan diulit mimpi
....
Hai....
Sorry kalau buat korang tunggu- ada ke yang tunggu story ni?? hahaha
Thanks yang support💜Vote✔️
Comment✔️
Share✔️200617
659 words
YOU ARE READING
Mini us??
FanfictionKisah abangtan yang hidup bersama dengan diri mereka tetapi versi yang lebih muda