Empat hari berlalu dengan cepat, dan segalanya telah dilupakan Ayreen memandangkan kerjanya sebagai pelayan di Cafe Optimus Prime semakin sibuk. Cafe yang kecil macam ini pun ramai orang datang, bayangkan Puan Ilya cuma ambil dua pekerja sahaja untuk uruskan kedai kopi itu.
Haih
" Reen, kau pulak lah yang lap meja dengan angkat gelas gelas itu, biar aku yang ambil order " minta Emma yang sudah penat mengemas, giliran dia pula jaga kaunter
Ayreen hanya mengangguk tanpa berbalas apa-apa. Apron yang baru saja Emma letak di atas meja diambil dan dipakai oleh Ayreen sekelip mata
Entah kenapa sepanjang hari ini Ayreen berasa tak sedap hati. Macam ada benda yang tak baik akan menanti dia. Ini ke yang orang selalu panggil 'women instinct' ?
Lonceng pintu berbunyi lagi menandakan pelanggan sedang memasuki cafe itu, serta merta suara Emma yang mesra itu mula didengari sebagai tanda menghormati dan menjemput kehadiran pelanggan
" Selamat datang, nak minum apa?" soal Emma dengan nada mesra
" one latte, please "
Tubuh Ayreen yang sedang membongkok sambil mengelap meja di penjuru kedai terus terkedu bila terdengar suara lelaki yang baru saja memesan.
" hot latte atau iced latte?" soal Emma lagi
" iced latte "
Suara garau yang membalas itu membuatkan Ayreen memusing laju ke belakangnya sebelum dia berpaling semula selepas terbuat pandangan tak terduga bersama lelaki tersebut.
mamat itu lagi?!
Ayreen ketap bibirnya kuat sambil memejamkan mata.
kenapa aku rasa dia datang sini cuma nak balas dendam? or nak report dekat Puan Ilya?
Perlahan lahan Ayreen cuba mengundurkan diri dan sembunyi di ruangan belakang, tapi langkahnya terhenti kerana kata-kata lelaki itu.
" Saya nak iced latte, tapi bukan dari awak."Kata Ian lalu tersengih membuatkan Emma berkerut
" maksud encik?" tanya Emma kurang pasti, apa ingat aku buat air tak sedap ke? hmph
" I want that girl,"
Ian menggerakan bebola matanya ke arah Ayreen yang hampir saja mahu menyembunyikan diri di belakang. Dia ingat kisah dia dan lelaki di hotel itu berakhir empat hari yang lepas. Tapi tidak
matilah aku
" Tapi encik-"
" I want that girl," Ian memotong.
Jebon ni cari pasal betul lah
Emma terdiam lalu menoleh ke arah Ayreen yang macam dah tak nampak masa depan dia.
" weh, buat iced latte satu " kata Emma hampir berbisik
Perlahan lahan Ayreen menjatuhkan kepalanya. Penyesalan apakah ini wahai tuhan?
Ian dan pengikutnya mula membuka langkah dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi, sementara pengikutnya berdiri mengelilingnya.
Satu aje nak tanya, tak serabut ke?
Ayreen mengeluh berat lalu mengambil cawan khas berlogo Optimus Prime sebelum dia mula membancuh air yang baru dipesan.
Emma yang dari tadi memerhatikan Ayreen dari kaunter pesanan mula rasa gelisah bila perasan air muka Ayreen yang berubah mendadak selepas dapat 'special order' tadi .
YOU ARE READING
Blue Moon
Любовные романыAYREEN SOFYA; dia punya berangan sampai tiang lampu pun dia langgar. Tanam impian nak kahwin dengan anak raja, pak guard jaga tepi rumah pun halau dia sebab salah anggap dia sebagai gelandangan. Kesian, tapi Itulah Ayreen, hidupnya sekadar impian ya...