Hyeri menolak kuat pintu biliknya. Jin Na terkejut. Dia berdiri tegak.
"Hyeri ah.. Bile kau balik?", Jin Na ketawa gugup
Hyeri menyilangkan tangannya. Dia menghampiri Jin Na. "Kau buat apa kat bilik aku?"
"Ouh aku tolong..kemaskan. Bilik kau bersepah sangat", Jin Na mencari alasan
Tamparan kuat terkena pada pipi kiri Jin Na. Jin Na kaku.
"Tak payah nak tipu aku lah! Aku tau kau nak sabotaj assignment aku kan? Kau fikir aku bodoh ke!", jerit Hyeri
"Ye memang aku nak sabotaj kau!! Puas hati kau?", jerit Jin Na pula
Hyeri terkejut dengan pengakuan rakan serumahnya itu. Baru beberapa minit lepas, dia ingin bergerak ke Ilsan. Kampung halamannya. Hati dia kuat mengatakan Jin Na membuat sesuatu yang tidak baik di belakang nya. Sebab itu dia terpaksa patah balik ke rumahnya.
"Kenapa kau dengki sangat dengan aku?", soal Hyeri
"Kau nak tahu sangat kan? Kau tanya Tae Jung sendiri!", Jin Na keluar dari bilik Hyeri.
Hyeri pelik kerana nama orang lain yang disebut Jin Na. Hyeri mengikut langkah Jin Na.
"Kenapa dengan Tae Jung? Apa kena mengena dia dengan aku? Apasal kau ni?!", tanya Hyeri bengang.
Jin Na tidak membalas. Dia menolak Hyeri keluar dari biliknya dan menghempas pintu dengan kuat.
🌈
Hyeri keluar dari keretanya. Rumah lama dihadapan nya buat dia tersenyum. Kenangan lampau mengimbas kembali dalam kepala.
Dia masuk ke dalam. Dia merebahkan badan pada sofa. Rumah itu rumah tinggalan pakciknya. Dia telah meninggal 2 tahun lalu.
Hyeri akan datang ke situ setiap kali dia rindu akan pakciknya. Kerana pakcik dia ialah ibubapa dia. Dia tiada sesiapa selain pakcik dia.
Rumah itu dipenuhi dengan buku. Setiap cerita, setiap kisah ada didalam rumah itu. Yang ditulis oleh pakciknya kerana dia seorang penulis.
"Kalau la ahjusshi ada lagi", ujar Hyeri pada dirinya.
Segala luahan dia hanya luahkan kepada pakciknya sahaja. Kini, dia tiada orang yang boleh dipercayai.
Tik Tok! Tik Tok!
Hyeri bangun bila terdengar bunyi jam dari atas. Dahi dia berkerut.
"Sejak bila dalam rumah ni ada jam? Kalau ade pon, mana boleh berfungsi lagi", ujar Hyeri sendiri
Bunyi itu semakin kuat. Hyeri berlari ke atas. Setiap bilik dimasukinya tapi tiada pon bunyi itu.
Akhirnya dia masuk ke dalam bilik pakciknya. Bunyi itu semakin dekat. Hyeri cuba menangkap bunyi itu tetapi tidak dapat kerana telah hilang.
"Mana erk", Hyeri masih lagi mencari walaupun bunyi itu telah hilang.
Hyeri menjongketkan bahunya. "Imaginasi aku je kot"
Lagi selangkah dia ingin keluar, bunyi itu datang balik.
Hyeri diam. Dia menyiarap di bawah katil. Dia terkejut bila nampak kotak muzik sebesar tapak tangannya.
Hyeri mengambil kotak muzik itu. Ia berwarna biru. Hyeri membuka kotak itu. Bunyi Tik Tok terhenti.
"Macam mana boleh berbunyi?", Hyeri menelaah kotak itu.
Kotak muzik itu nampak lama. Di dalamnya menunjukkan jam tanpa jarum.
Hyeri keliru. "Mana jarum dia?", Hyeri tercari cari.
Tanpa dia sedar, seekor rama rama mendarat di atas katil. Ia bertukar kenapa dua jarum jam kecil.
"Ha ni pon! Sejak bila ade kat sini?", Hyeri masih menyoal dirinya
"Lantak ah", Hyeri terus memasang jarum itu kepada masa yang sepatutnya.
"Siap!", Hyeri letak kotak muzik itu diatas katil dan dia keluar semula tanpa rasa curiga dalam diri.
Tanpa dia sedar, ada yang memerhatikannya.
Bersambung...
YOU ARE READING
The Secret Tale [°astro°]
Mystery / ThrillerHyeri seorang perempuan yang suka mencari sesuatu kebenaran. Dia semakin curiga apabila terkurung dalam salah satu buku yang ditulis pakciknya. Buku itu tidak pernah diterbitkan walaupun pakciknya seorang penulis. Hidup nya lagi mencabar bila berada...