Again

35 7 0
                                    

Hyeri mengeliat di atas katilnya. Bunyi telefonnya tidak dihiraukan. Dia terlalu mengantuk dan tidur semula.

Hyeri ah~

Hyeri terkejut lantas bangun dari pembaringannya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Tiada siapa disitu.

"Siapa tu?", dia menyoal dirinya sendiri

Dia hampir menjerit bila terasa tangannya menggeletar. Dia mendengus kasar kerana telefonnya berbunyi menandakan ada yang membuat panggilan. Nama Tae Jung tertera pada telefonnya.

Butang hijau pada skrin telefon ditekan lalu ditekap telefon pada telinga.

"Hyeri awak kat mana? Saya tunggu awak dekat depan rumah, tapi awak tak ada", tanya Tae Jung dihujung talian

Hyeri berkerut. "Jung aku dah bagitau kau kan yang aku balik Ilsan. Takkan kau lupa kot?", balas Hyeri bersahaja. Walaupun Tae Jung bercakap sopan dengannya

"Ouh..Kalau macam tu saya jumpa awak dekat sana ye?", balas Tae Jung

Hyeri terkejut. "Apasal kau datang sini? Ada apa apa ke nak bincang pasal assignment masa tu?"

"Bukan pasal tu", balas Tae Jung dengan sengihan malu

"Kalau tak ada benda penting, tak payah la Jung. Aku balik sini aku nak rest. Dengan Jin Na yang tengah bengang ngan aku", Hyeri meluahkan perkara sebenar

"Ouh..Kenapa dengan Jin Na?", tanya Tae Jung perlahan

"Entah la aku tak tau nak cakap macam mane. Dia kata kalau aku nak tau kenapa dia marah sangat dekat aku, dia suruh aku tanya kau", balas Hyeri tanpa selindung

"Yeke..tapi Hyeri-", Tae Jung diam bila Hyeri menyampuk

"Aku taknak dengar apa apa penjelasan. Aku penat. Aku nak release stress yang melanda sekarang ni. And by the way, aku balik Seoul 2 minggu lagi. So bye bye", Hyeri terus menamatkan talian.

Hyeri menggulingkan matanya. Makin hari dia makin meluat dengan Tae Jung yang terlalu ambil berat pasal dia. Lagi lagi bila rakan sekolej dia memberitahu yang Tae Jung menyukainya. Lagilah Hyeri meluat. Baginya kawan tidak boleh berubah kepada cinta.

"Haish pagi pagi dia dah bagi aku stres", ujar Hyeri lalu menuruni dari katil.

Siapa suruh kau angkat call mamat tu?

Sekali lagi suara misteri itu berkata. Hyeri dapat menangkap suara itu dengan jelas. Suara seorang lelaki. Kedengaran marah.

"Siapa tu? Baik kau keluar sebelum aku pukul kau hidup hidup!", ugut Hyeri

Suara itu diam kembali. Suasana menjadi sunyi. Hyeri ingin mencari suara itu lagi selepas dia menyiapkan diri.

🌈

Hyeri mengenakan seluar jeans pendek dan tshirt hitam. Rambut coklatnya diikat ala ala Elsa.

Dia berjalan ke arah bilik pakciknya. Sekali lagi dia ternampak kotak muzik itu. Tetapi diatas lantai. Hyeri mengambilnya dan duduk di kerusi dalam bilik itu.

"Eh..semalam ade. Kenape--", Hyeri keliru bila kali ini, nombor pada jam itu tiada.

"Haish..semalam jarum. Harini nombor? Takkan aku nak cari?!", Hyeri buntu

Dia menongkat mukanya diatas meja lalu berfikir. Dia menggeleng laju. "No Hyeri! Kau balik sini nak hilangkan stres. Bukan nak settlekan masalah music box ni", ujar Hyeri pada dirinya.

Dia menyimpan kotak muzik itu di dalam laci dan keluar dari situ. Sekali lagi tanpa dia sedar ade yang memerhati dengan perasaan marah yang meluap luap.

Arghhh

Langkah Hyeri terhenti bila terdengar suara itu lagi. Dia cepat cepat berlari ke arah bilik pakciknya tadi. Bunyi itu datang dari dalam laci. Cepat cepat dia buka dan mengeluarkan kotak muzik itu. Dia hairan apabila kotak muzik itu bertukar kepada warna hitam

'Takkan music box lain kot?', tanya Hyeri

Dia buka kotak itu. Ya, itu kotak yang sama dia pegang tadi. Jika semalam dan tadi dia berwarna biru muda, kini bertukar kepada warna hitam.

Hyeri membawa kotak muzik itu ke beranda. Kotak itu bersinar apabila terkena pancaran matahari. Hyeri melindung matanya bila terlalu silau.

Selang beberapa minit, Hyeri melihat kotak muzik ditangannya. "What--WOW magik apakah yini?!", Hyeri terkejut bila kotak muzik itu disaluti berlian yang bersinar terang.

Hyeri membawa masuk ke dalam semula. Nombor pada jam itu hanya mempunyai nombor satu. Hyeri diam seketika

"Macam mana boleh ade? Eh kejap", Hyeri melihat jam di dinding.

Jam menunjukkan pukul 1 petang. Hyeri tergamam. Dia tersengih sendiri.

"Sekarang aku faham"

Bersambung...

The Secret Tale [°astro°]Where stories live. Discover now