Part 2

24 1 0
                                    


"Kriukk.."SZLN mengusap perutnya yang sudah merayu meminta makanan.Matanya meliar ke arah pelajar-pelajar lain yang sudah keluar menuju ke kantin.

"Lambat lagi ke?"ujar gadis itu lagi.Kakinya terasa lenguh kerana terlalu lama berdiri menanti seseorang di situ.Dia mula bermundar-mandir,membuat satu bulatan.

"Yo, wassap bro"satu suara menyapanya dari belakang.Dia adalah HBNRO,kawan baiknya.Mengabaikan sapaan lelaki itu,mereka berjalan beiringan menuju ke kantin.

"Lambatnya keluar, jenuh aku tunggu kau" kata SZLN.Mukanya berkerut seribu,menati reaksi dari HBNRO

"Cikgu denda aku tadi,Sorry okay?"

balas HBNRO dalam nada memujuk.

"No"

"Ala.."HBNRO menunduk sayu.

Comelnya.Bisik hati SZLN yang sedang membayangkan HBNRO sebagai seekor kucing yang didenda tuannya.

"Kecuali.. kau belanja aku hari ni" kata SZLN dengan senyuman sinis yang sengaja diukir

"Okay!" balas HBNRO yang kembali ceria.

"Bro, Aku gurau je"kata SZLN yang mula rasa bersalah.

"Alaa, takpe.Bukan selalu~"

"Okey..Thanks handsome!"

"Aww,welcome♡.Aku memang handsome!" balas HBNRO sambil membuat hair flip berserta isyarat mini love.

SZLN menggelengkan kepalanya

"kenapa lah aku puji tadi"

"itu adalah fakta okay!" bidas HBNRO

SZLN dan HBNRO ketawa serentak.Saling bertolak-tolakkan seperti kanak-kanak di sepanjang koridor tanpa mempedulikan pelajar-pelajar yang melihat mereka.

"YK!"

"Oi, YK! kau tengok apa tu? jomlah keluar rehat!"jerit JAE, yang berada tidak jauh dari YK yang telah memerhatikan kemesraan diantara SZLN dan HBNRO.Hati YK dikuasai perasan ingin tahu tentang duo itu namun dia meminggirkan perasaannya itu setelah memutuskan mereka hanyalah 'kawan' dan tidak ingin dianggap 'penyibuk' yang menjaga tepi kain orang.Walaupun begitu hatinya masih berdebat kerana keputusannya tadi.Cemburukah aku? menyedari kata hatinya,pipi YK menjadi hangat.Mindanya kini dipenuhi dengan SZLN

Time skip

Aktiviti Petang:Kelab Fotografi

"Bosannya"HBNRO menguap kebosanan.Ini sudah kali sepuluh dia menguap pada hari ni.Tangannya mula bergerak mengacau CT yang sedang melukis anime di atas sehelai kertas.

"Aiip!" CT mengetuk tangan HBNRO dengan pensil miliknya.Dia mengalihkan karyanya itu ketepi, mengelakkan ia dari diconteng oleh HBNRO.HBNRO merampas pensil CT,cuba menghalangi gadis itu dari menyambung lukisannya semula.

SZLN memerhatikan gelagat kawannya itu di suatu sudut.Dia juga sama seperti HBNRO, kebosanan.Dia tidak tahu ingin berbuat apa, dia memerhatikan CT sampai suatu ketika baru dia sedar.

"Kejap,CT.Kau bukan kelab Seni?" tanya SZLN,kehairanan.Pertanyaannya itu mendapat anggukan dari HBNRO

yang juga baru tersedar perkara yang sama.Mereka berdua melihat CT dengan muka tanda soal

"La,baru perasan? hari ni Kelab aku Off sebab takde cikgu.Tu yang aku ambik peluang ni untuk lepak dengan korang" balas CT bersahaja sambil mengambil pensilnya dari tangan HBNRO.

"Ooo" mereka mengangguk.Mereka senyap buat seketika sehinggalah HBNRO membuka topik.

"Aku dengar ada orang pindah masuk kelab kita.Lelaki."kata HBNRO,menjongketkan sebelah keningnya kepada dua gadis dihadapannya itu.

"Okay..so?"balas CT,tidak berminat dengan pernyataan itu.

"Ala..mana tau lelaki tu soulmate antara korang dua"usik HBNRO

"Eh silap,sepatutnya soulmate CT je,sebab yang sorang tu hatinya sudah berpunya"sambungnya lagi,mengalihkan pandangannya kepada SZLN.Dia tersenyum sinis

"Ha'ah,lupak pulak aku.Siapa tah?umm YK kan?"Ct menyambung lagi.Mereka berdua membuat HIGH FIVE

Mendengarkan usikan dua sahabatnya itu,SZLN merasakan pipinya menjadi hangat.Keningnya dikerutkan.SZLN memandang mereka dengan tatapan yang tajam,memberi isyarat agar mereka senyap supaya tidak didengari oleh orang lain terutamanya peminat setia YK.

"A-aku tak suka dialah!" balas SZLN,cuba menafikan sesuatu yang terang-terangan kelihatan jelas bagi mereka berdua.

Mereka tersenyum,memandang antara satu sama lain.Sebelum mereka sempat menjawab,bunyi ketukan di pintu memberhentikan mereka...

FRIENDS TO ???Where stories live. Discover now