Part 6

3 0 0
                                    

Flashback masa SZLN dan HBNRO berumur 8 tahun


"Jumpa kau!"jerit HBNRO, mencuit rakannya yang bersembunyi di dalam terowongan gelongsor

"Alaa~cepatnya!"balas SZLN.Gadis itu segera merangkak keluar dari tempat persembunyiannya.HBNRO tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih.

"Aku pulak jadi! 1..2..3.."

HBNRO segera bergegas mencari tempat persembunyian sehingga dia terdengar suara seorang gadis yang mengaduh kesakitan.SZLN juga mendengarnya.Mereka berdua bergegas mencari arah di mana suara itu datang.

Perncarian mereka akhirnya terhenti apabila melihat seorang gadis yang sebaya mereka sedang menggosok lututnya yang luka.Mukanya berkerut menahan pedih

SZLN dan HBNRO saling berpandangan dan bergerak menuju ke arah gadis itu.

"Nak kami tolong?" tanya SZLN yang menghulurkan tangannya bagi membantu gadis itu untuk berdiri namun gadis itu menepis kasar tangan SZLN.

"Aku tak suruh kau tolong pun" balas gadis itu.Gadis itu bingkas bangun lalu menepuk bajunya yang kotor.Dia menyilangkan tangannya ke paras dada.Dia menjeling ke arah mereka namun selepas beberapa saat dia mula menatap wajah dua orang manusia dihadapannya itu.

"Thanks"ucap gadis itu dalam nada perlahan(dia malu)namun kemungkinan mereka tidak mendengarnya.Gadis itu memuncungkan sedikit mulutnya.

SZLN dan HBNRO saling berpandangan lalu SZLN seperti membisikkan sesuatu kepada HBNRO.HBNRO hanya mengangguk kepalanya dan mula mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pensel.Dia sedang menulis sesuatu

Gadis itu cuba mengintai namun SZLN menghalangnya

"No,no,no" kata SZLN menggoyangkan jari telunjuknya.

"Kedekut"

"Eii,biadab"bidas SZLN.Dia lalu mengambil ranting kecil dan membalingnya pada gadis itu.

Ranting itu tepat mengena kepala gadis itu.Sebelum sempat gadis itu berbuat apa-apa SZLN telah berlari meninggalkan dia

"Sekarang HBNRO!"jerit SZLN

"Catch!"

HBNRO membaling kertas yang digumpal olehnya kepada gadis itu.Gadis itu terpiga-piga menangkapnya.HBNRO tersenyum kemudian melarikan diri.

Gadis itu memandang mereka kepelikkan dia lalu membuka kertas itu dan membacanya.


Kepada Cik Biadab,

Yow, aku HBNRO dan gadis itu kawan baik aku,SZLN.Sorry kalau terasa kitaorang panggil kau cik biadab, kitaorang tak tau nama kau.Let's be friends? kalau nak kejarlah kami!

Daripada lelaki paling handsome dan adorable SZLN.


"Pfft!"

Gadis itu menekup mulutnya,cuba menghalang dirinya dari ketawa.Dia lalu tersenyum dan menjerit kepada SZLN dan HBNRO.

"Nama aku CT,bukan Cik biadab lah!"

SZLN dan HBNRO berhenti berlari lalu menoleh kebelakang melihat CT yang bercekak pinggang.Mereka ketawa kecil lalu membalas

"Kejarlah kami CT!" jerit mereka dengan riang lalu kembali berlari.

CT tersenyum sinis lalu mula mengejar mereka.

"Siaplah korang!"

HBNRO dan SZLN tersenyum melihat kawan baru mereka, CT.

FRIENDS TO ???Where stories live. Discover now