Bab 16

19.4K 496 99
                                    

HAZRIL IRFAN menarik kerusi untuk bakal tunangnya. Senyuman tidak lekang di dua ulas bibirnya yang merah merekah. Menandakan dia tak pernah menghisap rokok.

Dua batang lilin dibenamkan ke dalam kek red velvet yang dipilihnya. Tak boleh benam lilin banyak-banyak, penat Mariam nak tarik satu-satu nanti. Sumbu lilin berwarna pink berbelang putih itu dibakar menggunakan lighter.

"Selamat ulang tahun, sayang. Saya harap awak sukakan kejutan yang saya buat ni. Saya dah pelan benda ni awal-awal lagi untuk awak," ujar Hazril Irfan seraya duduk di hadapan Mariam.

"Saya suka sangat. Terima kasih awak sebab sudi buat kejutan macam ni. Saya hargai sangat." Air mata Mariam mengalir deras membasahi pipinya. Dia terharu.

"Sama-sama, sayang. Tiuplah lilin tu. Saya ada surprise lain nak bagi." Hazril Irfan tersenyum lagi. Kek yang letak duduknya di tengah-tengah meja ditolak merapati Mariam.

Api di sumbu lilin ditiup. Diangkat anak matanya merenung ke dalam mata Hazril Irfan. Bahunya tersentak kecil tatkala melodi indah menampar halwa telinganya.

Hazril Irfan menghulurkan sebelah tangannya kepada Mariam. Mereka kemudian bersama-sama berdiri. Sebelah tangan Hazril Irfan menyauk pinggang Mariam manakala sebelah tangan Mariam memegang lembut bahunya.

"Saya nak baby rasa happy malam ni. Terima kasih sebab ada di sisi saya selama dua tahun dan support saya. I love you so much, Mariam. Hanya baby yang saya cinta," luah Hazril Irfan.

"Kita nak buat apa ni?" soal Mariam, terpinga-pinga.

"Menari," balas Hazril Irfan sepatah.

Mariam terdiam kelu. Dibiarkan saja Hazril Irfan mendominasi tarian mereka berdua. Hazril Irfan melangkah ke belakang, dia maju ke depan. Dia melangkah ke belakang, Hazril Irfan pula yang maju ke depan. 

Redup pandangan dihantar ke dalam mata Hazril Irfan. Malam ni dia sungguh bahagia. Dia bersyukur kerana Tuhan telah mengirimkan seorang lelaki yang sempurna sifatnya seperti Hazril Irfan kepada dirinya. Dia akan hargai setiap detiknya bersama Hazril Irfan sehinggalah kematian yang memisahkan mereka.

Dua puluh minit menari, Hazril Irfan mendudukkan Mariam di tempatnya. Kepala Mariam yang ditutup dengan tudung dikucup sekilas. Dia melabuhkan punggung di kerusinya semula.

"Tak lama lagi kita akan bertunang kemudian menikah. Saya harap baby boleh jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita," ujar Hazril Irfan. Steak daging disuakan ke dalam mulutnya

Reaksi wajah Mariam berubah persis orang sedang dilanda keresahan tatkala Hazril Irfan membangkitkan isu anak-anak di depannya.

"Anak-anak kita?"

"Ya, anak-anak kita. Kenapa?" Berkerut dahi Hazril Irfan memandang Mariam.

Setiap pasangan yang berkahwin mestilah mahukan anak. Mana ada pasangan yang tak mahukan anak. Anak tu pengikat kasih sayang suami isteri.

"Tak ada apa-apa," balas Mariam. Lembut. Makanannya dikunyah tapi, fikirannya melayang jauh menerawang ke tempat lain.

SATU bungkusan mini yang dibalut dengan plastik berwarna hitam diberikan kepada Syakilla. Dia masih mencari sebab yang kukuh, kenapa Syakilla menyuruhnya membeli metafetamine di kelab malam. Dah tentulah seumur hidupnya pun dia tak pernah menjejakkan kaki di tempat syaitan bertendang tu.

Disebabkan Syakilla memberikan jaminan bahawa mereka akan berkahwin sekiranya Reza akur dengan arahannya, Reza ikutkan juga kemahuan Syakilla. Ditebalkan juga mukanya membeli dadah perangsang nafsu seks di dalam kelab malam. Semunya dilakukan kerana dia amat mencintai Syakilla.

"You nak buat apa dengan dadah ni sebenarnya? You tahu, kan benda ni bahaya?" Bertubi-tubi Reza menyoal. Brek tangannya ditekan turun. Keretanya laju membelah jalan raya.

Syakilla melepaskan keluhan berat. Kalau dia beritahu sebab sebenar dia ingin membeli Metafetamine, dah tentu-tentulah Reza akan menghalang rancangannya. Lebih baik dipancing saja Reza dengan harapan perkahwinan palsu yang diutarakan semalam.

"Maaflah sebab I menyusahkan you." Syakilla menarik muncung sedepa. Berpura-pura merajuk untuk mengelak daripada soalan cepumas yang diajukan oleh Reza.

Reza berdecit. "Bukanlah, Kella. I cuma curious sahaja. Apa sebenarnya sebab you suruh I beli meth di kelab malam tu?"

"Kawan I yang nak." Laju Syakilla membentangkan jawapan palsu.

"Mariam?" Duga Reza. Siapa lagi kawan yang Syakilla ada selain Mariam?

"Bukanlah, orang lain. Dia perlukan meth ni untuk rangsang suami dia. Dia minta tolong dekat I. Bukannya I tahu sangat pun pasal meth ni. I tahu pun sebab selalu tengok drama Melayu."

"Ada-ada ajelah you ni, Kella. Sebab I sayang you I sanggup tebalkan muka tau! So, you dah setujulah ni nak kahwin dengan I sebab you cakap semalam, kalau I belikan you meth, you akan kahwin dengan I." Reza tersengih-sengih.

Gulp!

Air liur yang ditelan terasa berpasir. Ah, kau ni pun, Kella. Lain kali bagilah harapan palsu lain. Kahwin juga yang kau bagi. Tengok, dia dah tuntut!

"Kella, dengar tak I cakap?"

"Ya... Ya... I dengar," sahut Syakilla. Dibuang pandangannya ke luar tingkap kereta. Dahi ditepuk perlahan.

Setibanya di D'Popcornz, Syakilla terlebih dahulu melangkahkan kakinya ke dalam perut lif manakala Reza sibuk berceloteh dengan Pak Naim.

Jam tangan dikerling sekilas. Lagi sepuluh minit masuk pukul sembilan setengah pagi. Reza terus meminta diri untuk naik ke pejabatnya. Butang open ditekan bertalu-talu.

"Kau masih marahkan aku lagi ke?" soal Hazril Irfan yang tiba-tiba muncul dari tepi.

Reza mendengus kasar. Malapetaka betullah kalau dia bertembung dengan Hazril Irfan. Butang open ditekan lagi dan lagi. Pintu lif pun  satu hal. Pagi-pagi dah nak cari gaduh. Bukalah pintu tu cepat sikit!

"Takkanlah disebabkan cinggey, kau nak putus kawan dengan aku? Kita kawan dah lamalah, Reza." Sebelah kening Hazril Irfan terangkat.

"Sudahlah, Haz. Aku tahu nak urus diri aku macam mana. Kau tak payahlah nak sibuk-sibuk pasal aku dengan Kella. Kau uruskan Mariam kau dan aku uruskan Kella aku!" Bentak Reza.

"Masalahnya, Kella tu tak layak untuk kau. Aku tak nak kau sakit hati. Dia cuma nak guna-gunakan kau demi kepentingan diri dia sendiri. Kalau dia ikhlas dengan kau, dia takkan goda aku sekalilah," bidas Hazril Irfan dengan suara yang tertahan.

Rahang Reza bergerak-gerak. Semakin berat tuduhan yang dilemparkan oleh Hazril Irfan. Dia percayakan Syakilla. Tak mungkinlah Syakilla nak menggoda Hazril Irfan sedangkan Syakilla tak sukakan sahabatnya tu pun. Buktinya masa kes Syakilla menyimbah Hazril Irfan dengan jus tembikai di kafe.

"Dahlah, Haz. Aku malaslah nak gaduh dengan kau. Last aku cakap, jangan sibuk urusan aku dengan Kella!" Reza terus memboloskan dirinya ke dalam perut lif.

Hazril Irfan berdecit. "Kella, apa yang kau dah buat dekat kawan aku ni?"

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now