Alahamdulillah...Sudah hampir 2 bulan dia diberikan peluang untuk menjadi guru mengaji di kampung tersebut.Bersyukur dengan keizinan dariNYA,dia dapat mengajar anak-anak kampung tersebut kalam-kalam Allah yang begitu bermakna.Humaira duduk sejenak di ruang tamu rumahnya sementara menunggu ayahnya seleasai melakukan solat isyak.Tiba-tiba,fikirannya melayang teringatkan kata-kata umpatan orang kampung tersebut terhadap dirinya beberapa hari yang lalu sewaktu dia mahu masuk ke dalam masjid untuk menghadiri kelas mengaji.
beberapa hari yang lalu...
"Pstt...Ainaa...kau nak tau tak?Haritu aku dapat 1 info menarik tentang si budak Humaira tu."kata Puan Amelia kepada Puan Ainaa sewaktu mereka sedang siap berkemas untuk pulang ke rumah setelah siap menunaikan solat fardhu asar.
''Ish...kau ni Amelia.Nanti-nantilah kau cerita.Kita kan dekat dalam masjid ni.''tergeleng-geleng kepala Puan Ainaa melihat tingkah laku rakannya itu.
''Alaa...ni cerita best kau tau tak...cerita ni cerita paling hangat dekat kampung ni kau tau tak.''kata Puan Amelia kepada Puan Ainaa.
Puan Ainaa hanya terdiam seketika mendengar balasan rakannya itu.Teringin juga untuk dia tahu apa berita hangat tentang Dahlia Humaira binti Hafiz itu.
''Ni,kau tau tak?Haritu aku adalah terdengar beberapa orang kampung kita ni bercakap tentang mereka.Kau tau,waktu mula-mula diaorang datang sini,aku ingatkan mak si budak Humaira tu dah mati.Yelah,sebab waktu mereka berdua datang pun dua beranak je.Kau tau,rupa-rupanya mak bapak si budak Humaira tu dah bercerai.''
Dengan nada sinis,Puan Amelia menceritakan apa yang didengari oleh telinganya sendiri.Mata Puan Ainaaa terbeliak seketika kerana tidak percaya dengan apa yang baru mereka dengar.
''Ish kau ni Amelia.Kau biar betul.Aku tengok si Hafiz tu baik je.Takkanlah sampai dia sanggup ceraikan bini dia tu.Kau ni fikirlah dulu.''kata Puan Ainaa yang seakan-akan tidak percaya dengan kisah yang diceritakan kepadanya itu.
''Ish apa pulak tak betulnya.Sakan kau tau orang kampung ni bercerita.Takkanlah orang kampung ni nak menipu aku pulak.Diaorang kata,mak bapak si budak Humaira tu bercerai berai sebab mak dia tu sanggup tinggalkan anak dengan laki sendiri semata-mata nak ikut jantan lain.Pastu si Hafiz tu pun apalagi,ceraikan jelah bini tak guna dia tu.''jelas Puan Amelia.
''Kau ni biar betul,Amelia.Kang salah mati kita dikerjakan oleh si Hafiz tu.Kau tahulah rang tua tu,kalau pasal anak dia yang kita bawangkan,memang dia cari kita sampai lubang cacing.Dia tukan bapak emas,Humaira.''kata Puan Ainaa kepada Puan Amelia.
''Ish...betullah.Takkan kau tak percaya dengan aku kot.Kau tengok perangai Humaira tu.Semua lelaki dalam kampung ni gika-gilakan dia.Dengan muka yang tak tau cantik ke tidak.Menyampah aku.Aku syak dia tu guna ayat pengasihlah,Ainaa.Kalau tak,takkanlah ramai lelaki sukakan dia.Kau tengok mak dia tu,takkanlah perempuan tu sanggup tinggalkan si Hafiz yang alim tu.Nak kata si Hafiz tu tak berduit,aku tengok berduit je dia tu.Aku dengar mak dia tu dulu ustazah.Pergh,terdiam aku bila dengar.Yelah,tak sangka ustazah gila jantan sampai sanggup tinggalkan anak dengan suami sendiri.Kalau mak dia dah perangai macam tu,kau rasa anak dia macam mana?Mestilah sama,Ainaa oii.Yelah,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.''kata Puan Amelia kepada Puan Ainaa dengan nada seperti jijik sewaktu menceritakan kisah ibu Humaira.
''Ish kau ni.Kisah yang kau cakap tu macam betul je.Tapi aku tak beranilah nak cakap apa-apa dulu.Kena pastikan betul ke kebenarannya.Kang kalau salah,memang kena bunuh kita berdua ni oleh si Hafiz tu.Kau tau jelah Hafiz tu macam mana.Ehh...jomlah kita balik.Aku dah lewat ni.''kata Puan Ainaa kepada Puan Amelia.
Tanpa mereka berdua sedar,sepasang mata seseorang sudah mengalir air mata dengan deras di luar pintu masuk masjid.Dia hanya mampu menangis dan tersandar lemah di dinding mendengan umpatan Puan Amelia keatas keluarganya.Terasa mahu sahaja dia mengoyak-ngoyakkan mulut Puan Amelia itu tetapi sedikit sebanyak ada betulnya tentang kata-kata Puan Amelia bahawa kedua ibu bapanya bercerai kerana ibunya sanggup memilih lelaki lain berbanding dirinya dan ayahnya.
Ibunya sanggup meninggalkan dia sewaktu dia berumur 17 tahun hanya kerana terlalu tak'sub dengan ''cinta'' yang dihulurkan oleh seorang lelaki kaya yang menjanjikan kebahagian dengan harta.Dia tidak sangka ibunya sanggup berubah kerana harta.Nyawanya terasa bagai hilang apabila dikhabarkan bahawa ibunya yang tercinta meminta cerai daripada ayahnya beberapa hari sebelum dia menghadapi Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) .
Hatinya bagai dihiris dengan pisau yang tajam apabila mendengar berita tersebut.Ibunya langsung tidak kisah akan perasaannya.Kerana terlalu tertekan selepas penceraian ibu bapanya itu,selepas tamat sahaja Humaira menghadapi STAM,ayahnya membawa dirinya jauh dari pandangan manusia kerana terlalu risaukan dengan keadaan dirinya.
Berbekalkan semangat dan dorongan dari ayahnya itu,dia kembali tabah menghadapi ujian dariNYA dan mula berubah menjadi wanita yang ''mahal maruahnya'' kerana tidak mahu menjadi seperti ibunya itu.Dan sejak peristiwa itulah,Humaira mula mengenakan sehelai purdah untuk menutupi kecantikan wajahnya dari pandangan nakal ajnabi.
Baginya,biarlah hatinya itu hanya dimiliki oleh Sang Pencipta.Dia sungguh takut untuk memberikan sekeping hatinya kepada insan yang bergelar ''lelaki'' waima suaminya sendiri.Dia sungguh takut jika lelaki itu akan meninggalkan dirinya seperti ibunya meninggalkan ayahnya.
Bagi Humaira juga,sebesar mana sekalipun kebenciannya terhadap ibunya,dia tetap sedar bahawa wanita itu jugalah insan yang paling dia sayang suatu ketika dahulu.Wanita itulah yang telah melahirkannya dan mendidiknya.Oleh itu,dia ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di dalam hidupnya dan membuatkan ibunya berasa menyesal kerana telah meninggalkan dirinya terkongtang-kanting semata-mata mahu berkahwin dengan seorang lelaki kaya.
Humaira tersedar dari lamunannya yang panjang.Teringat akan kisah lalu.Tidak sangka sudah beberapa tahun kejadian yang merobekkan hatinya itu berlalu.Bagaimanakah keadaan ibunya sekarang?Bahagiakah mereka?Ibunya masih ingatkan diakah?Pelbagai soalan terlintas di fikiran Humaira.
''Humaira,termenung jauh anak ayah ni.Dah sampai mana tu?''tegur Encik Hafiz kepada anaknya,Humaira.Tergeleng-geleng kepalanya memperhatikan anaknya yang sedang termenung itu.
''Eh,ayah.Tak adalah.Humaira teringat dekat budak-budak tu je.Rindu pulak dengan mereka.''kata Humaira sambil tersenyum memandang wajah ayahnya itu.Dia tidak mahu ayahnya sedih jika dia berkata kepada ayahnya bahawa dia teringat akan peristiwa ''lalu''.
''Oh ya!Ayah kata haritu,ayah ada benda nak cakap dengan Humaira.Apa dia?tanya Humaira kepada ayahnya dengan bingung.
''Hah,nasib baik kamu ingatkan ayah.Haritu ada posmen datang.Dia hantar surat kepada kamu.Jadi ayah bukalah.Rupa-rupanya itu adalah surat tawaran untuk kamu menyambung melanjutkan pelajaran.Surat ni kata,kamu perlu melapor diri 3 minggu dari sekarang,Humaira''kata Encik Hafiz kepada Humaira dengan nada yang gembira.Terkejut Humaira mendengarnya.
Tidak sangka permohonannya untuk menyambung pelajaraannya dalam bidang syariah dan undang-undang itu diterima.Bersyukur ke hadrat illahi kerana telah dilimpahkan rezeki yang amat bermakna kepadanya.Tersenyum Encik Hafiz melihat wajah anaknya itu.
''Tapi...kamu bukan dapat sambungnya di Malaysia,Humaira.''kata Encik Hafiz dengan nada yang sedikit sedih.Sedih untuk melepaskan satu-satunya permata yang disayanginya itu terbang jauh dari sisinya.Terdiam sejenak Humaira mendengar kata-kata ayahnya itu.
''Humaira dapat di mana,ayah?''tanya Humaira kepada ayahnya apabila melihat riak wajah ayahnya yang sugul itu.
''Korea''terdiam sejenak Humaira mendengar kata-kata ayahnya itu.
Tidak sangka tawaran tersebut dapat menjauhkan dia dari seorang ayah.Separuh hatinya terasa ingin pergi untuk menyambung pelajarannya walaupun bukan di dalam Malaysia tetapi separuh lagi hatinya tidak mahu kerana risau tiada siapa yang menjaga ayahnya.Baginya,ayahnya adalah segala-galanya.Hatinya berbelah bahagi.
''Ayah izinkan?''tanya Humaira kepada ayahnya yang membisu seperti sedang memikirkan sesuatu.Humaira redha jika dia harus melepaskan peluang tersebut jika ayahnya tidak memberinya keizinan.Baginya,restu ayahnya itu lebih penting dalam setiap hal yang akan dia lakukan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kuharapkan
RomanceAku?Aku Dahlia Humaira binti Al-Hafiz.Aku hanyalah seorang pendosa yang sentiasa berusaha dalam mencari cinta dan redha-NYA. . Dahlia Humaira . Sedap namanya,secantik tuannya.Dia merupakan seorang wanita berpurdah yang sering dikejar oleh hamba alla...