02🌈 Pantai Malecon

30 6 17
                                    

Akhirnya Shin Young tiba di tempat yang dituju..dan dia mendapat sambutan yang baik

Seorang wanita berdiri di podium memberitahu hotel Donghwa, perusahaan rakan kongsi dari Havana  hotel, adalah jenama Asia pertama yang melakukan perkembangan di Amerika Latin dan Selatan.. Ia pun meminta agar CEO Park Shin Young untuk memberi sambutan..

“Ini adalah hal yang sangat wajar sudah memilih hotel Donghwa menjadi rakan kongsi untuk membangun hotel terbaik di Havana. Alasannya adalah kerana kita di Donghwa,tahu bahawa keindahan bersejarah adalah daya tarik havana” ucap Shin Young

Akhirnya Shin Young dan CEO hotel tersebut melihat iklan bersama..

Shin Young bertanya kepada CEO hotel tersebut..

“Di sini, dimanakah tempat yang menarik boleh saya pergi untuk menenangkan diri” soal Shin Young

“Di sini terdapat sebuah pantai yang bernama malecon..awak boleh tengok pemandangan cahaya matahari terbenam di sana..itu perkara yang harus awak lihat..warna matahari terbenam berbeza setiap hari..saya juga akan membawa isteri ke sana nanti” jawab CEO hotel tersebut

Shin Young hanya memberikan senyuman manis kepadanya..

«»

Di bawah pohon

Jungkook membaca sebuah buku bertajuk “Akhir Dunia Kekasih” lalu tiba tiba ada seorang kanak-kanak menariknya untuk mengajak menari bersama.. jungkook menolak kerana jungkook tidak pandai menari.. tetapi budak tersebut tetap mengajaknya..

Akhirnya jungkook menuruti budak itu dan menari bersama beberapa orang Cuba yang lain dengan penuh senyuman

Sementara itu di dalam kereta,Shin Young bertanya kepada Hyeri

“Sudah settle dengan masalah kamera lelaki tadi?” soal Shin Young

“Saya sudah memberikan kad saya dan akan menelefon jika sudah berada di Korea nanti” jawab Hyeri

“Ouh,dah tawarkan dia dengan duit sebab takut nanti jadi masalah pula..” kata Shin Young

“Dah tapi dia nih pelik sikit daepyonim.. kameranya cukup tampak tua,dan dia menolak tawaran untuk kita ganti kameranya dengan model yang sama..” jawab Hyeri..Shin Young berasa pelik dan ingin tahu alasannya..

“Dia malah tidak tertarik dengan model kamera yang baru..saya rasa kalau kita bagi dia 100jt won mungkin dia akan lupakan insiden kereta tadi..tapi lupakan 100jt won.. sekiranya kita bagi 10jt won pun mesti dia akan puas dengannya dan melupakan insedin tadi..” ucap Hyeri lagi

Shin Young membuka tingkap kereta dan memandang ke arahnya dan ternampak jungkook sedang menari dengan seorang kanak kanak dengan penuh ceria..

“Rasanya dia tak akan mengambil duit kita..” kata Shin Young yang nampak jungkook seperti orang yang sederhana.. setiausaha park berasa hairan..

Setibanya mereka di hotel, setiausaha park meminta Shin Young utk berehat di biliknya dan akan menjadikan makan malam sejam dari sekarang..kerana sedang memikirkan tempat utk makan..

Shin Young memutuskan utk berehat sahaja dan membiarkan Hyeri makan malam dengan tenang dan nyaman..

“Apa awak akan makan ubat tidur lagi dan tidur lebih awal?” soal hyeri

HOLD ME TIGHTWhere stories live. Discover now