Bab 5 ✔

2.4K 87 33
                                    

"Kad matric... Ada. Dompet, beg, buku, laptop...complete. Okay cun semua ada. Jom gerak,"ujar Hana tersenyum melihat semua barang-barangnya lengkap. 

Zahra yang melihat hanya menggeleng perlahan. Rokok di tangan disedut perlahan . Rambut wolfcutnya di ikat kebelakang gaya pony tail. Cermin mata hitam yang  terletak elok di atas batang hidung dibuka. 

"Finally after three hours..." Zahra menjulingkan mata.

"Chill la akak. Normallah sekali sakala,"ujar Hana tersenyum manis. Finally lepas bertahun hidup dalam neraka ciptaan dia dibebaskan untuk seketika. Terima kasih pada Zahra. Sehari selepas keluar dari hospital wanita itu membawanya mencari barang-barang keperluan. Termasuklah laptop dan segala jenis barang. Buat masa sekarang hidup Hana aman tanpa gangguan perempuan tua tu. 

"Suka hati kaulah'"ujarnya malas peduli. Zahra menapak keluar. Tangannya membuka tombol pintu namun belum sempat dia melangkah keluar, figura gadis tinggi lampai itu sudah terpacak di depan pintu. Hampir melompat Zahra melihat kehadiran Kina di situ.

"Kau kenapa setan tegak macam baca rukun negara?"dengusnya sambil mengurut dada. Hampir sahaja dia pindah alam gara-gara Kina.

"Sorry I erm takde niat nak kasi sesiapa terkejut. Just I thought that I taknak kacau korang pagi-pagi ni. Jadi I tunggu jelah sampai korang keluar. Tak sangka pulak ada yang lemah semangat,"ujarnya sambil mengerling ke arah Zahra namun wanita itu hanya mendengus kasar. 

"Grumpy..." ujar Kina perlahan namun cukup untuk didengari Zahra.

"Apa kau cakap?"Zahra mulai melenting.

"Nothing," balas Kina cepat-cepat memasang senyuman manis. Tangan Hana dirangkul erat. "Gerak dengan I jom. I hantar balik nanti".

Hana memandang Zahra. Menanti kebenaran dari wanita itu.

"Tengok aku kenapa? Kau yang nak pergi kelas."

"Yelah kot-kot akak tak kasi ke ."

"Even budak ni macam tak boleh percaya tapi sebab dia kawan kau so pergi je. Jimat minyak kereta aku."

"Okayhh thanks akak." 

"But kau,"Zahra menatap Kina tajam.

"Jaga dia. Kalau apa-apa jadi sampai kubur aku cari lagi." ujar Zahra seraya berjalan masuk kembali ke rumah. Kina hanya menelan liur. Seram.

"Hurm jangan takut. Dia memang macam tu. Jomlah dah lewat." Ujar Hana seraya menarik lengan Kina ke kereta. Masih berbaki 30 minit sebelum kelas bermula dan dia taknak lewat.

*********

Krikkk

Bunyi handbreak ditarik menyentak lamunan Hana. 

"Kita dah sampai. You ready nak masuk kelas?" soal Kina. Dia menatap lama wajah Hana. Gadis itu terlihat anggun hari ini. Gaya rambutnya diubah dipadankan dengan solekan tipis di wajah cukup buat Kina terpukau. Pertama kali dia melihat Hana mengenakan solekan. Biasanya hanya lebam dan luka sahaja yang menghiasi wajah Hana namun harini sangat berlainan. Dia diam seketika mengamati wajah gadis itu.

"Something on my face?" soal Hana menyedarkan Kina.

"Nope. Just you're.. so beautiful today. I hampir tak kenal you tadi."

"Harini jer? Nampaklah I ni tak cantik hari-hari."

"Bukannn I mean hari biasa you cantik. Just harini cantik yang teramat. I can't quite describe it, but you truly take my breath away".

"Hyperbolanya. You kalau mengayat memang nombor satu ehh. Nampaklah buaya tu." Hana mencuit hidung Kina perlahan namun tangannya laju digengam. Kina mengucup tangan gadis itu lembut .

"Dengan you jer,"mata dikenyit sebelum cepat-cepat dia melangkah keluar. Hana terpempan namun segera membontoti gadis itu. Wajahnya memerah. Dari mana Kina belajar benda benda macam  ni dia tak pasti. Yang pasti ajaran tu sangat bahaya. Bahaya untuk kesihatan jantung.

"Goshhh nasib sempat" ujar Kina sebaik sahaja mereka berdua duduk di kerusi. Masa hanya berbaki 2 minit shaja sebelum dimulai. Namun bayang pensyarah masih belum kelihatan. Hana mengeluarkan buku dari beg yang dibawa. Namun tangannya terhenti sebaik tersedar akan tatapan dari Kina.

"Kenapa?" soalnya hairan. Kina menongkat dagu sambil padangannya tidak lepas dari Hana.

"Nothing just menghayati keindahan ciptaan Tuhan." Sebelah tangannya mencubit lembut pipi Hana namun matanya tertacap erat pada bibir merah mekar itu. Ada satu keinginan liar di hatinya untuk mencicip rasa dari seulas bibir yang terletak sempurna pada muka Hana. Namun cepat cepat ditepis keinginan itu.

"By the way,class harini dengan lecturer baru tu tau."

"Yang ganti Puan Diayana?"

"Yup...Dia..."

"Morning class." Celah satu suara menghentikan perbualan mereka. Segera Hana mengalihkan pandangan namun apa yang dilihat hampir membuatkan jantungnya gugur. Wanita itu...

"Sorry class I lambat. Ada..." 

Dan seketika dua manusia itu saling bertatapan. Lama. Tiada sepatah kata yang terkeluar dari bibir Naufa namun senyuman sinis itu drastik tercarik di bibirnya.

"Welcome back..."

"Fuck I'm screwed" Dan sesaat kemudian segalanya  berubah gelap.

Mistress Cik Pensyarah [In Editing]Where stories live. Discover now