Bab 4 ✔

685 40 15
                                    


"HANA!!!" Jeritan Kina hampir sahaja membuatkan mug yang dipegang Hana terhempas. Terkejut dan terkedu. Apa yang budak ni buat dekat sini?

Kina berjalan laju mendekatinya.

"Kau... apa dah jadi ni?"suara Kina sedikit mengendur berbanding tadi. Tangan Hana digenggam lembut. Kina merenung penuh tanda jadi. Namun Hana masih diam.

"Aku jumpa budak ni luar rumah. Dekat setengah jam dia duduk situ so aku heret dia datang,"ujar Zahra yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Siapa tu?" bisik Kina perlahan.

"Dia..."

"Bukan urusan kau," Zahra sekali lagi menyampuk sebelum merebahkan dirinya di atas sofa panjang di penjuru bilik. Matanya dipejam. Cuba untuk lena. Kina menjeling sekilas sebelum mengalihkan pandangannya kembali pada Hana.

"Maaf susahkan kau. Lupa nak bagitau aku jatuh haritu." Ujar Hana tersenyum kecil. Namun Kina hanya membalas dengan tatapan tajam. Hana mengetap bibir. Rasa lemas dengan tatapan itu. Seakan menembus otaknya. Dia laju-laju melarikan anak mata.

"Look at me,"tegas Kina bersuara. Bahu Hana dipegang erat. Membuatkan mata mereka Kembali bertaut. Kina merendahkan sedikit badannya agar ketinggian mereka setara.

"Betul... aku tak tipu. Aku memang jat..."

"Sudah sudahlah dengan alasan jatuh kau tu. Harini jatuh. Esok rebah. Lusa terlentang. Minggu depan? Tergolek???"

Aku diam. Cuma mampu tersengih.

"Jangan tipu aku Hana. Aku bukan budak kau nak gula gulakan. Aku ni..."

"Gila sape nak kasi kau gula? Kau dah manis. Nanti diabetes kang aku tak tanggung."

"Kau!!!" Tangan Kina laju mencubit lembut pipi Hana. "Aku serius ni..."

"Aku pun,"Balas Hana tersenyum senget.

"Kau ada rasa nak tambah hari dekat sini ke?"soal Kina serius.

"Tak nak! Sekarang pun dah cukup terseksa aku kat sini. Kau nak suruh aku tambah hari lagi? Erghh terima kasih jelah."

"So jawab soalan aku betul-betul. Ni mesti kerja perempuan tu kan?"

"Perempuan mana?"

Kina mengetap bibir. Kesal. Pandangannya dialihkan.

Namun Hana hanya tergelak kecil. Pinggang Kina dipeluk erat sebelum ditarik kuat. Membuatkan gadis itu terduduk di pinggir katil. Hana menyembamkan kepalanya pada perut Kina.

"Biarlah perempuan mana atau apa sekalipun yang jadi. Yang penting aku still hidup. Dan still... dapat jumpa kau,"ujar Hana seraya mengangkat kepala. Menautkan pandangan mereka. Membuatkan wajah Kina yang masih terkedu itu bersemu merah. Dia kelu. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Entah hantu apa yang menyampuk Hana. Tiba-tiba sahaja gadis itu bertingkah begitu. Kina tak tahu bahagian otak mana yang terjejas. Mungkin Hippocampus, mungkin Amygdala atau Cingulate Gyrus dia tak tahu. Yang pasti jantungnya sekarang tak keruan. Lebih-lebih lagi dengan aksi manja gadis yang selama ini begitu sukar di dekati.

"Hmm," Hanya itu respon yang dapat diberi.

"Kalau tu yang kau nak baiklah. Aku hormat privasi kau..."ujar Kina melarikan pandangan. Namun sebelah tangannya mengelus lembut kepala Hana.

"Terima kasih, Kina."

"Hmm... So berapa hari lagi kau dekat sini?"

"Tak pasti. Dr kata dah okay Cuma msih dalam pemantauan. Maybe sehari dua lagi boleh keluar."

"Baguslah kalau macam tu. Sunyi aku kau takde."

"Hehehehe rindu aku lah tu."

"Iya..." ringkas Kina menjawab. "Jangan risau. Tak lama lagi aku keluar."

"Yup... Can't wait."

Hana tersenyum. Pelukan tadi dipererat. Rasa hangat Kina meresap ke dalam tubuhnya. Rindu untuk rasa sebuah pelukan. Entah bila kali terakhir dia memeluk seseorang begini. Ahh begitu suram hidupnya.

"By the way... Kita ada pensyarah baru."

"Huh?" serta merta pelukan tadi terlerai. Hana mengangkat kepala.

"Yeahh ganti Puan Diayana."

"Puan pergi mana?" soal Hana semakin hairan. Rasanya belum setahun dia tinggal kelas kenapa banyak betul yang berubah.

"Puan kemalangan. Tapi tak teruk. But still perlukan cuti untuk beberapa bulan ni."

"Wuish sieslahh? Habis yang ganti di ani macam mana? Llelaki perempuan? Garang?"

Kina tersenyum. Tngannya mencuit lembut hidung Hana.

"Tu kau tunggu dan tengok sendiri. Tak jadi surpriselah kalau aku spoil." Ujar Kina mengenyit mata.

"Rasanya aku balik dulu ya. Sebab hari nampak dah gelap. Aku bagitau Mak Mah nk keluar kejap jer tadi. Takut nanti dia tercari-cari pulak."

"Okay, hati-hati drive."

Sebaik sahaja bayang-bayang Kina hilang dari pandangan, Hana menghempaskan badannya pada katil. Penat dan banyak benda yang membebankan fikirannya. Namun malas mahu difikir.

"Girlfrined kau dah balik?" soal Zahra tiba-tiba menyentak lamunan Hana.

"Huhh... girlfriend siapa?"

"Kau."

"Eiiii sejak bila pulak. Hana straight okay."ujar Hana mencebik bibir. Namun hanya dibalas dengan senyuman sinis Zahra.

"Suka hati kaulah." Wanita itu bangun meregangkan uratnya.

"Ahh sakit betul pinggang aku. Seronoknya kalau ada orang peluk."

"Eiii menganjing betul!" Hana menjerit geram. Namun Zahra hanya gelak mengejek.

"Untunglah..."

"DIAM!!!"



Mistress Cik Pensyarah [In Editing]Where stories live. Discover now