Part Five

81 7 0
                                    

     "I can show you guys around if you don't mind." Tawar Aireen.

     Jujur Aireen rasa berdebar-debar kerana dirinya masih tidak percaya bahawa dia akan berjumpa dengan Stray Kids.

     "Really? That would be fine." Felix kelihatan bersemangat kembali.

     Mereka semua terus mengheret Aireen masuk ke dalam van.

     "Wait, what about my bicycle?"

     "We take care of that later." Aireen terus memandang leceh ke arah Jisung. Macam tidak percaya sahaja dia cakap seperti itu.

     "Kita memang betul-betul nak bawa dia dengan kita ke?" Bisik Changbin kepada Chan.

     "Mana aku tahu dengan diorang."

     "Tak rasa macam menculik ke?"

     "Kau ni merapu la babi." Chan terus menarik Changbin masuk ke dalam van.

     Semakin dibiarkan semakin merapu.

     Semua sudah berada di dalam van. Aireen sekarang berada di tempat sebelah pemandu sementara Chan berada disebelah.

     Mereka meneruskan perjalanan dengan Aireen yang memberitahu ke mana Chan patut pergi.

     Hyung, Aireen memang tak kenal kita siapa ke?" Bisik Jeongin kepada Hyunjin.

     Sebenarnya, mereka perasan riak muka Aireen sewaktu kali permata mereka bertemu tadi.

     Mukanya cuak dan terkejut dan dirinya terdiam sejenak sebaik sahaja mereka menanyakan soalan kepadanya.

     Tetapi Aireen mengambil keputusan untuk menyembunyikan minatnya terhadap mereka.

     "Kau tanya la dia, hyung pun teringin nak tahu tau." Bisik Hyunjin kembali.

     Jeongin terus mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka google translate. Almaklum lah, dia sedang belajar lagi.

     "Aku patut panggil dia noona ke?"

     "Mana la hyung tahu. Kau tanya la dia."

     "Eh, aku pulak? Hyung la."

     "Pehal hyung pulak? Kau kan yang nak panggil dia."

     "Tapi hyung kan lebih tua."

     "Tak ada kena mengena pun la hanat."

     "Orang belakang! Senyap sikit! Kalau kau nak tanya Aireen tu tanya je la. Dia tak makan orang!" Jerit Chan dari depan dan terus menghentikan mereka dari bergaduh.

     Aireen terus berpaling ke belakang.

     "Are you guys okay? Is there anything that I can help?" Ucap Aireen lembut sambil memandang mereka. Tidak lupa juga senyuman manis yang terukir cantik pada wajahnya.

     Pipi Hyunjin dan Jeongin terus memerah melihat Aireen. Malu mungkin.

     "Urm..... Aireen, how old are you?" Soal Hyunjin.

     "I'm 20 this year."

     "Can I call you noona?" Kata-kata Jeongin itu membuatkan Aireen meletup di dalam.

     'Ya Allah, kenapa comel sangat. Aku rasa macam nak gigit dia dan masukkan dia dalam poket aku.' Bisik hati kecil Aireen.

     "Aireen?"

     Panggilan Hyunjin terus membuatkan lamunan Aireen menghilang.

     "Huh? Ouh yeah... sure." Senyuman Jeongin terus muncul sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.

     Ya Allah, tolong selamatkan Aireen Khairina daripada seorang Yang Jeongin.

Sᴛʀᴀʏ Kɪᴅꜱ Bᴀʟɪᴋ Rᴀʏᴀ? |Short Story| 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now