Bab 31

29K 647 24
                                    

HAZRIL IRFAN bersandar di kepala katil. Telefon dibelek-belek. Gambar-gambar bekas tunangnya direnung lama. Matanya mula berkaca-kaca. Hatinya dah sarat merindukan Mariam. Dia sering meletakkan harapan agar Mariam pulang semula ke dalam dakapannya.

Bunyi kuakan pintu menyedarkan Hazril Irfan yang jauh dibawa lamunan. Dikerling Syakilla yang melangkah ke dalam bilik tidurnya.

"Kau nak apa?" soalnya, dingin.

Syakilla menggetap kuat giginya. Ingat dia nak masuk sangat ke dalam bilik suaminya ni kalau tak disebabkan Hazril Irfan mencari masalah dengannya.

Hazril Irfan sengaja mencuri 'adik-adik kecil'nya. Entah apa motif suaminya buat begitu pun dia tak tahu.

"Mana kau sembunyikan adik-adik kecil aku?" soal Syakilla dengan suara yang tertahan-tahan. Dia memang dah betul-betul marah sekarang ni.

"Adik-adik kecil apa?" soal Hazril Irfan persis orang bodoh.

"Jangan berlagak bodoh, boleh tak? Mana pakaian dalam aku? Mana kau sorokkan? Kenapa tak ada dalam laci?" Bertubi-tubi Syakilla menyoal suaminya.

Hazril Irfan bersiul-siul kemudian telefon diletakkan ke atasmeja sisi. Dia bergerak ke almari pakaiannya kemudian laci ditarik.

"Maksud kau, pakaian dalam yang ini?" Hazril Irfan mencapai sehelai pakaian dalam isterinya kemudian dilayang-layangkan di depan wanita itu.

Membuntang mata Syakilla. Wajahnya berona merah menahan malu. "Kau... Kau buat apa dengan adik-adik kecil aku?"

"Tak ada buat apa-apa pun. Saja nak simpan buat koleksi," balas Hazril Irfan bersahaja. Laci ditutup semula.

"Bagi balik!" Syakilla membentak.

"Boleh, tapi ada syaratnya." Hazril Irfan dah tersenyum-senyum persis orang tak betul. Macam-macam idea menerjah mindanya ingin mengenakan Syakilla.

"Syarat apa?" soal Syakilla, bengang.

"Tidur sebilik dengan aku. Angkut semua baju-baju kau bawa masuk dalam bilik aku," jawab Hazril Irfan.

Syakilla tercengang. Jangan harap!

Dia menerpa ke arah suaminya. Laci ingin dibuka tapi, Hazril Irfan terlebih dahulu menghalang tindakannya.

"Hazril, kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau buat macam ni? Kau tak malu ke?" Dada Syakilla berombak kencang mengawal amarahnya yang semakin meluak-luak.

"Buat apa nak malu sedangkan kita husband and wife. Arahan aku senang, kan? Kau follow kau dapat semula adik-adik kecil kau. Kalau kau beli baru, aku rembat lagi. Bukan susah."

Syakilla menyebak rambutnya ke belakang. Boleh gila dia melayan sikap tak betul suaminya tu. Tiba-tiba pula buat perangai.

"Deal tak deal?" soal Hazril Irfan.

Syakilla mengelak apabila Hazril Irfan ingin memeluk tubuhnya. Sebelah. Cepat-cepat tangannya ingin menyambar adik kecilnya yang berada di dalam genggaman suaminya tapi, tidak berjaya.

Sesi tarik-menarik pun mula. Hazril Irfan bersungguh-sungguh menarik adik kecil isterinya sehinggalah...

Prak!

"Opss! Terputus pula. Esok aku belanja yang baru ya, sayang?" Hazril Irfan menghamburkan gelak. Kuat.

"Apa masalah kau, huh? Kalau nak jadi perempuan, pergilah beli sendiri. Tak payahlah curi adik-adik kecil aku!" Herdik Syakilla.

"Tak teringin pun nak curi adik-adik kecil kau tu. Aku cakap dah tadi, kan? Kau nak semula kau kena tidur sebilik dengan aku." Hazril Irfan tersengih.

"Aku tak nak sebilik dengan kau!" Syakilla memekik.

"Kenapa tak nak?"

"Suka hati aku lah!"

"Mana boleh suka hati sedangkan tempat seorang isteri di sisi suami."

Sakit hati Syakilla dibuatnya. Dia mula termengah-mengah kerana penat menjerit. Punggung dihenyak ke birai katil. Nafas ditarik kemudian dihembus.

"Alah, cian... Semput ya, sayang?" Hazril Irfan ketawa lagi.

"Bak sinilah, Hazril." Syakilla terkapai-kapai. Nada suaranya berubah lemah.

"Tidur sebilik dengan aku. Then, kau dapat pakaian-pakaian kecil kau ni. Amacam?"

"Tak nak!" Syakilla menjerit lagi.

"Haip! Jangan jerit-jerit kat suami. Kau tu tengah semput. Tapi bagus juga kau semput. Boleh aku bagi CPR." Hazril Irfan tersengih nakal.

Syakilla mengalah. Dia tak larat hendak bertikam lidah dengan suaminya lagi. Bergaduh dengan Hazril Irfan tak mendatangkan sebarang keuntungan buatnya pun.

"Fine!" putusnya.

"Jarang perempuan nak mengaku kalah. Bagus! Kau tipu aku, siap kau." Hazril Irfan melebarkan sengihannya.

"MUKA kau tu hodoh. Penuh dengan jerawat. Berminyak pula tu. Macam mana aku nak setia dengan kau? Tak syoklah hot stuff sekolah bercinta dengan perempuan hodoh." Hambur seorang lelaki tinggi lampai yang kelihatan sungguh kacak di mata para gadis-gadis.

Si gadis bersandar di dinding kantin sambil menangis tersedu-sedu. Hatinya bagai disiat-siat dengan pisau belati yang sungguh tajam.

"Tapi kenapa awak pilih untuk bercinta dengan best friend saya sendiri?" Suara si gadis semakin lemah menahan perit di hati.

"Sebab dia lebih cantik daripada kau!" Hambur si jejaka tanpa reaksi.

"Kalau begitu, kenapa awak usyar saya? Kenapa awak nak bercinta dengan saya?" soal si gadis. Tidak berpuas hati.

"Sebab aku nak jadikan kau sebagai tempat lepaskan bosan. Faham tak?" Si lelaki berpeluk tubuh memandang teman wanitanya yang tak dianggap.

Si gadis semakin kecewa. Air mata yang semakin galak mengalir diusir pergi. Tidak lama lagi dia akan menduduki peperiksaan besar. Dia tidak mahu menjadikan perkara remeh seperti ini sebagai penghalang untuk dia berjaya.

"Tak apa, Daus. Kalau awak dah cakap macam tu saya tak boleh nak buat apa. Saya doakan suatu hari nanti awak rasa apa yang saya rasa," ujar si gadis sebelum beredar.

Bayangan silam menampar minda Firdaus yang sedang berdiri tegak di hadapan cermin dinding. Satu keluhan berat dilepaskan. Dibelek-belek tubuhnya yang semakin gemuk dan perutnya yang semakin boroi. Wajahnya pula penuh dengan jeragat dan kelihatan sungguh kusam. Ditambah pula dengan 'double chin' yang sangat ketara.

"Nak ke Syakilla terima aku? Yalah, aku yang dulu bukan aku yang sekarang." Firdaus menggumam perlahan.

"Aku bukan lagi lelaki kacak. Aku bukan lagi hot stuff sekolah yang boleh bangga diri bila ramai perempuan sukakan aku. Sekarang, satu perempuan pun susah nak lekat. Macam ni ke yang dia rasa dulu?" sambungnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

Terlalu banyak dosanya kepada Syakilla. Disebabkan terlalu mengejar kesempurnaan, dia hilang yang terbaik.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now