Bab 34

29.5K 596 37
                                    

HAZRIL IRFAN mencelikkan mata sebaik saja dia berasa tempat di sebelahnya tidak berpenghuni. Sinaran cahaya matahari yang menusuk ke dalam matanya menyebabkan matanya kuyu.
Dengan bermalas-malasan dia bangkit dan terus keluar dari resort. Kelihatan seorang perempuan seksi sedang bergelak ketawa bersama seorang pelancong yang berasal entah dari mana.

"Kau sengaja nak cari pasal dengan aku," gumamnya. Diperhatikan saja tingkah isterinya bersama pelancong itu dari jauh. Api cemburunya meluap-luap.

Syakilla tersenyum-senyum memandang mat salih di hadapannya. Dia nak jalan-jalan tapi, tak sangkalah pula kena jadi model tak berbayar mat salih itu. Ditadahkan sajalah tubuhnya kepada lelaki asing itu.

"Where are you from?" soal mat salih bermata biru itu. Kameranya disangkutkan ke leher putih melepaknya.

"I'm from Malaysia," jawab Syakilla, ramah.

"Okay, then. My name is Isaac. Maybe, we can be friend?" mat salleh itu tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.

"Of course!" Syakilla mengangguk.

Hazril Irfan mendekati isterinya. Lengan Syakilla dicengkam kuat. Tajam matanya merenung sepasang mata berwarna biru milik mat salih itu.

"Who are you?" soal Isaac kepada Hazril Irfan.

"Hazril. Her husband," jawab Hazril Irfan. Dingin. Cengkaman semakin dikuatkan lagi.

"Oh, really? Sorry. I thought she was alone." Senyuman Isaac terus memudar. 

Syakilla mendesis kesakitan. Cengkaman Hazril Irfan terlalu menyakitkan dan terasa sehingga ke tulang hitamnya.

"Hmm, okay. I got to go. Bye! Kella." Isaac terus memeluk pinggang Syakilla beberapa detik sebelum beredar meninggalkan Syakilla berdua-duaan dengan Hazril Irfan.

Membulat besar mata Hazril Irfan dibuatnya. Suka-suka hati saja lelaki tidak diundang itu menyentuh haknya.

"Seronok kena peluk dengan mamat mata biru?" Sinis Hazril Irfan menyoal. Diheret Syakilla sehingga ke dalam resort.

"Lepaslah, Hazril. Kau ingat aku lembu ke nak heret ke sana, ke sini!" Marah Syakilla. Tangannya yang dicengkam ditarik-tarik.

"Aku dah warning masa dalam flight, kan? Kalau nak pergi mana-mana, pergi dengan aku. Kau pekak ke apa? Telinga ni dah berapa lama tak korek?!" Tengking Hazril Irfan. Telinga kiri isterinya dipulas sekuat hati.

Syakilla menjerit kesakitan. Kali terakhir dia kena pulas telinga pun masa tingkatan tiga. Itu pun sebab dia malas nak pergi kelas tambahan untuk PMR.

"Sakitlah! Kau ingat aku budak-budak ke nak pulas-pulas telinga?" Syakilla menepis tangan suaminya.

"Memang! Kalau nak, minta kat aku. Bukan minta kat lelaki lain." Bentak Hazril Irfan. Tahap kesabarannya dah semakin menipis.

"Kau merepek apa ni?" Mata Syakilla membuntang besar.

"Kau pakai seksi-seksi. Kau saja nak goda mat salih tadi, kan? Kalau kau nak, minta dekat aku bukannya minta dekat lelaki lain!" Herdik Hazril Irfan.

Syakilla terus duduk di birai katil. Mencerlung matanya memandang Hazril Irfan. Kalau seminggu mereka menetap di sini, rasanya dia dah boleh kena sakit jiwa. Lagipun, tempat ni pernah jadi saksi cinta kotor Hazril Irfan bersama Mariam. Jijik rasanya hendak memikirkan perihal itu.

"Tak boleh ke satu hari je kau dengar cakap aku. Hormat aku sebagai suami? Apa yang kau nak sebenarnya?" bebel Hazril Irfan. Tirai putih ditarik.

"Nak kau," balas Syakilla bersahaja. 

"Kau dah dapat aku. Kau nak apa lagi?" soal Hazril Irfan, tak puas hati.

"Hati kau. Bukan jasad kau semata-mata," balas Syakilla lagi.

Hazril Irfan mendengus kasar. Hatinya istimewa buat Mariam. Hanya untuk Mariam. Syakilla sudah memiliki jasadnya.

"Hati aku hanya untuk Mariam. Tapi, kau dah dapat jasad aku."

"Aku tak nak jasad kau semata-mata tapi, aku nak hati kau juga. Semua yang ada pada kau, hak aku. Termasuk hati kau," ujar Syakilla.

Hazril Irfan terdiam kelu. Mustahil untuk dia memberikan hatinya kepada Syakilla. Isterinya tu tak layak langsung memiliki hatinya.

"Dahlah, tak guna aku bebel banyak-banyak. Kau bukan ada hati dan perasaan pun. Aku lapar. Jomlah, keluar makan." Syakilla bingkas bangun dari duduknya.

EUSOFF memimpin tangan seorang wanita seksi yang kelihatan sungguh menawan ditambah pula dengan dandanan wajah serta rambut yang kelihatan sungguh cantik. Pinggang wanita itu dirangkul. Mereka memilih untuk duduk terlebih dahulu sementara menunggu seseorang.

"Kenapa you bawa I datang kat tempat macam ni? I nak balik," ujar Mariam separuh menangis. Dia tidak selesa.

"Aik, dulu bukan tempat ni ke yang jadi pelepas tekanan you? Bukan tempat ni ke yang jadi favourite you? Maybe, you lebih suka night club kat Kuala Lumpur agaknya." Eusoff tersenyum sinis.

"Itu dulu bukannya sekarang!" Mariam membentak.

Eusoff tidak membalas sebaliknya dilambai-lambaikan tangannya untuk menggamit seseorang. Tidak lama kemudian, dua orang lelaki separuh abad menghampirinya.

"Wah, bawa perempuan." Salah seorang daripada lelaki itu mengujar sambil melirik nakal ke paha putih mulus Mariam yang terdedah.

"Huh, dia ni sugar baby I merangkap teman seranjang I," ujar Eusoff bersahaja. 

"I see. Untung you dapat pucuk muda." Lelaki yang memakai kot berwarna hitam itu ketawa besar. Dagu Mariam dicuit kemudian beralih pula ke peha Mariam.

Eusoff membiarkan saja teman-temannya mengusik Mariam. Lagi dia suka adalah. Dia nampak Mariam tidak selesa. Ah, kisah apa! Yang penting perniagaannya berjalan dengan lancar.

"Minum." Eusoff menghulurkan segelas air kencing syaitan kepada Mariam. Bersungguh-sungguh Mariam menggeleng tak mahu.

"Minum!" Herdik Eusoff. Rahang Mariam dicengkam semahu-mahunya.

Mariam mendesis kesakitan. Macam mahu tanggal tulang rahangnya dibuatnya. Dipaksa mulutnya untuk menerima air kencing syaitan itu.

"Wah, syok I tengok you paksa-paksa dia macam tu. Kalau dah masuk sini, tak payahlah acah suci." Lelaki yang memakai kot berwarna hitam itu bersuara lagi.

Mariam melepaskan tangisan. Wajahnya yang basah akibat tumpahan arak itu dikesat menggunakan telapak tangan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now