JANTUNG Syakilla berhenti berdegup sebaik saja sepasang matanya tertancap pada satu sosok tubuh besar yang sedang membersihkan bilik kerja suaminya. Pautan pada lengan Hazril Irfan terjatuh. Dunianya seakan-akan kelam. Wajahnya pucat lesi.
"Sayang, why? Nampak hantu ke?" soal Hazril Irfan. Bahu Syakilla dirangkul kemas.
"Tak, tak ada apa. Abang masuklah dalam bilik. Selamat bekerja." Belakang telapak tangan suaminya dikucup mesra.
"Sayang nak ke mana?" Hazril Irfan melelar pergelangan tangan isterinya.
Syakilla memalingkan muka sebaik saja Firdaus memandangnya. Syakilla berdiri di hadapan Hazril Irfan sekali gus membelakangi Firdaus.
"Sayang nak duduk kat pantry. Mana boleh sayang duduk kat bilik abang. Sayang tak nak ganggu abang kerja." Syakilla tersenyum. Lidahnya ringan saja memanggil suaminya, abang.
"Bukan semalam cakap nak berada kat sisi abang ke?" Hazril Irfan tersenyum sinis.
"Ya, betullah tu. Habis tu, abang okey ke kalau sayang duduk kat bilik abang?"
"Duduk ajelah. Bilik tu luas. Ada sofa lagi. Sayang jadi tea lady untuk abang seorang. Staff lain tu pandai-pandai layan diri," balas Hazril Irfan.
Luluh hati Firdaus melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Hatinya bagai dicarik-carik. Dendam kesumat mula tumbuh di dalam hati buat Hazril Irfan.
"Eh, pekerja baru ke?" soal Hazril Irfan setelah melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Adik Kak Dotty ke? Sama saiz. Kutuknya pula di dalam hati.
"Ya, baru kerja hari ni. Saya dapat tugas untuk bersihkan bilik tuan." Firdaus membalas sambil menunduk.
"Okey, then. Dah bersihkan ke?"
Firdaus mengangguk. Dia mengangkat wajah. Bertentang mata dengan Syakilla tetapi wanita itu enggan memandangnya.
"So, tunggu apa lagi kat sini? Keluarlah." Halau Hazril Irfan sambil bercekak pinggang.
Firdaus mengangguk. Pembersih hempagas ditolak. Sengaja dia melagakan lengan dengan Syakilla sewaktu ingin keluar dari bilik kerja Hazril Irfan.
"Sayang duduk kat sofa. Kalau abang haus nanti abang minta air," arah Hazril Irfan.
"Boleh tak sayang keluar sekejap?"
"Nak pi mana?"
"Makan biskut. Lapar."
"Yalah. Nanti masuk bilik semula." Hazril Irfan mengangguk. Sebaik saja bayang Syakilla tidak kelihatan, dia terus menghempas punggung di meja kerja. Pelipis diurut perlahan.
Syakilla berjalan lenggang-lenggok menuju ke pantri. Segelas cawan dicapai bersama sebalang biskut coklat. Sengaja dia mengekori langkah Firdaus. Dia ingin menyakitkan hati lelaki yang pernah menghina fizikalnya suatu ketika dahulu. Dendam harus dibalas!
"Eeeww! Bau apa yang busuk sangat ni. Macam bau sampah. You tak bersihkan ke pantry ni? Baru kerja satu hari dah pemalas," sindir Syakilla sambil berpeluk tubuh.
"Syakilla. Awak Syakilla, kan?" Firdaus tetap tersenyum walaupun hatinya sakit. Dia melangkah setapak mendekati bekas teman wanitanya.
"Yes. You siapa, ya? You kenal I ke?" Sengaja Syakilla buat-buat tidak kenal. Seronok dapat menyakitkan hati lelaki itu.
Firdaus melangkah lagi satu tapak. Lincah tangannya ingin memegang tetapi Syakilla lebih laju menepis tangannya. Pudar terus senyumannya.
"Saya Firdaus. Awak ingat lagi tak? Firdaus Muhamad. Lelaki hot stuff yang awak gila-gilakan dulu. Awak kenal saya lagi, kan?" Beria-ia Firdaus memperkenalkan dirinya kepada Syakilla. Dia yakin, Syakilla tidak akan melupakannya.
"Firdaus Muhamad yang mana, ya? Maaflah, I tak bergaul dengan badak sumbu." Syakilla menghamburkan gelak. Sinis.
"Sampai hati awak hina saya. Syakilla, saya kerja kat sini sebab awak. Saya nak tebus salah saya. Awak dah cantik, sayang. Awak masih cintakan saya, kan?"
"You cermin diri you boleh tak? You tu gemuk. Tak mungkin I suka kat you. Taste I lelaki tegap. Macam suami I. Kalau I hidup dengan you, penyeklah I. You sesuai dengan gajah," hina Syakilla lagi.
Firdaus diam tidak berkutik. Beginikah rasa sakit apabila dihina oleh orang yang kita cintai? Beginikah yang dirasakan oleh Syakilla suatu ketika dahulu?
"Syakilla, awak bukan Syakilla yang saya kenal." Firdaus kecewa lagi.
"Memanglah sebab I sendiri tak nak kenal you siapa. Perasan!"
Hazril Irfan mencuri-curi dengar perbualan antara isterinya bersama lelaki tukang cuci itu. Hatinya sakit. Jadi, itulah Firdaus Muhamad? Dia terus menerpa ke pantry. Tajam matanya merenung Syakilla bersama lelaki itu.
"Abang..." Mendayu-dayu nada suara Syakilla memanggil suaminya. Tubuh Hazril Irfan dipeluk erat.
Tertutup mata Firdaus melihat Syakilla yang selamba memeluk Hazril Irfan di hadapan matanya. Hatinya sungguh sakit.
Ehem!
Dehaman seseorang membuatkan Firdaus mencelikkan matanya kembali. Dipandang wajah tenang Hazril Irfan.
"Setahu aku, tempat kau bukan kat sini, kan? Buat apa di pantri?" soal Hazril Irfan bernada dingin.
"Saya nak bersihkan pantri," jawab Firdaus. Gugup.
"Tak payah. Pantry ni dah bersih pun. Kau pergi cuci tandas sana." Arah Hazril Irfan.
Firdaus mengangguk dan terus berlalu bersama peralatan mencucinya. Semakin membuak-buak rasa dendamnya kepada Hazril Irfan. Dia akan berusaha gigih untuk memenangi hati Syakilla kembali.
Sebaik saja jasad Firdaus hilang dari pandangan matanya, Hazril Irfan mengepung pergerakan Syakilla di dinding.
"Seronok berdua-duaan dengan lelaki di pantri? Lelaki gemuk pun berselera, ya?" Sarkastik. Lengan Syakilla dicengkam.
"Mana ada. Sayang nak minum air lepas tu dia datang. Janganlah cemburu sangat. Hati sayang untuk abang seorang." Syakilla mencuit hidung suaminya.
"Bak hati tu. Bagi abang." Hazril Irfan mengucup sekilas dahi Syakilla.
"Ambillah."
"Betul ni?"
"Ya. Ambillah."
Hazril Irfan melorekkan senyumannya yang paling menggoda. Diusap-usap pinggang Syakilla kemudian naik ke rusuk kiri isterinya pula. Belum sempat bibir mereka bertaut, suara dehaman Dato' Imran terlebih dahulu menyapa.
"Eh, papa."
Hazril Irfan terus menjauhkan dirinya daripada Syakilla. Dia tersengih persis kerang busuk. Terkantoilah pulak!
"Seminggu honeymoon tak cukup ke?" sindir Dato' Imran sambil bercekak pinggang.
"Tak. Eh... Cukup!"
"Mana satu ni?"
"Err, tak." Hazril Irfan tersengih.
Syakilla turut tersengih. Kedudukan bajunya dibetulkan sedikit. Sebelah tangan naik memaut lengan Hazril Irfan.
"Haih! Dekat rumah nanti sambunglah honeymoon. Sekarang waktu kerja. Masuk bilik kamu."
"Baik, papa. Jom, sayang." Hazril Irfan melelar lembut pergelangan tangan isterinya. Mereka beriringan masuk ke dalam bilik kerja.
Dari jauh, sepasang mata memerhatikan kemesraan itu dengan perasaan yang membara. Buku lima dikepal kuat.
"...You cermin diri you boleh tak? You tu gemuk. Tak mungkin I suka kat you..."
"Sabar, sayang. Sikit lagi awak akan jatuh dalam dakapan saya." Firdaus tersenyum penuh makna.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...