Let me know typos.
* *
AKU MENARIK TUALA biru gelap yang elok terlipat di atas meja bersebelahan katil.Cahaya matahari kuat sangat punya hal,aku tak tunggu lama sebab dah rimas pun dengan hoodie ni.
Baunya dah semacam dah.Dari Canada pulak tu aku pakai baju ni.Ish ish ish.
Selesai mandi dalam keadaan half hidup,half mati,aku keringkan rambut dengan tuala kecil.Kerja pengeringan aku terhenti apabila telefon di atas katil aku berbunyi.Muka licin aku dipandang sekilas pada pantulan cermin sebelum mencapai telefon di atas katil .
Mana tahu tiba tiba muka aku bertukar jadi Margot Robbie ? Alah , Margot yang berlakon jadi Harley Quinn tu la.Ye geng,awek Joker.Atau ex for now .
Telefon aku pagi pagi lagi dah buat muka aku berkedut . Nama pemanggil tak diundang yang tertera seperti malam semalam menghasilkan kerutan di dahi lima lapis .
Ish la Akid ni .
Button hijau aku tarik .
"Hell-"
"YO DENIZ !"
"Denizzz ~"
"Niz-chan !"
"WOoWoowooOo !"
Bernanah telinga aku dengar suara suara gaya terlebih estrogen . Nampak gayanya aku kena tolong beli pil hormon jantan lah untuk mereka ye ?
Aku silap bila fikir Akid yang terhegeh hegeh call aku tapi rupa rupanya , beruk semua sama . Huhuhu .
"Uh . Korang ada apa ni ?" Karang aku terjah bahasa bff aka bestfriendforever nanti terkejut pulak sekawan ni.Silap silap terjahit sendiri mulut setiap sorang dengan kata kata manis aku .
"Ada apa kau cakap?Sekarang dah pukul 9:00 pagi au."Addi menjelaskan .Tapi aku still tak faham apa masalahnya dengan pukul sembilan itu .
"Okay , pastu ?" Telefon aku diletakkan di atas meja solek dengan membuka loud speaker . Tuala kecil di kepala aku sambung keringkan rambut macam tadi .
"Wow,blurnya kau ."Gosokan tuala aku terhenti dengan bahasa yang dikeluarkan Firash bersama kening kanan terangkat . Tapi aku diam dan angguk perlahan . Okay , teruskan .
Aku tahu anggukan aku siapa je boleh nampak sekarang ni . Sambutan aku yang tiada respond menyebabkan mereka bersuara .
"Deniz , harini kan sekolah ?" Akid mengetap bibir berharap agar Deniz dah faham dengan apa yang disampaikan .Tapi hampeh , diam . Akid berpandangan dengan Daus.Addi berpandangan dengan Firash dan diikuti Seth yang tak kisah , hanya membuang pandangan ke langit .
"Kau tak nak sekolah ke ?" Eh soalan dia ni mintak tong sampah betul la . Buat apa aku bersusah payah daftar kalau taknak sekolah .
Toner Himalaya aku diletakkan kembali ke tempatnya selepas aku selesai sapu ke muka.Kemudian , aku capai moisturizer pula sambil menjawab .
"Sibuk je korang.Dah la , pi belajar sana !"Aku mematikan call serta merta . Penyibuknya diorang ni!Aku baru balik rumah doe,mestila rehat kat rumah sekejap . Apa kes terus pergi sekolah ?
Selepas keringkan rambut,aku turun ke tingkat bawah ke dapur untuk bersarapan.Senyuman aku melebar bila bau nasi lemak .
Ini mesti mama yang buat ni !
Jujur cakap , aku rindu masakan mama.Kalau masakan melayu tu boleh je aku goreng sendiri tapi versi mama punya tak boleh lawan la .
Aku duduk di kerusi meja makan seorang diri dek kerana bangun lewat daripada semua orang . Lagipun aku off , hehe . Nasi lemak dicedok dua senduk dengan kuah sambal dan ikan bilis goreng . Kepala aku terangguk angguk apabila rasa kuah menyentuh saliva aku . Mata aku terpejam , eeee sedapnya !
YOU ARE READING
On Stage
Teen Fictionmalay | - " You know the feeling of running from a problematic ' you ' and ended up in the different but a same trap ? " | Deniz . Tapi, Dia lalui juga walaupun dengan bantuan lima makhluk terputus wire otak. " Tak apa,what are friends for if not fo...