| AK 03

1.7K 206 8
                                    

Pintu rumah itu dibuka lalu ditutupnya kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu rumah itu dibuka lalu ditutupnya kembali. ❝ Eomma, Jihyo dah balik ! ❞ jerit Jihyo tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Langkahnya mula dibawa menuju ke dapur.

Selalunya petang begini, pasti eommanya sedang memasak untuk makan malam mereka berdua di dapur.

❝ Jiji, macam mana sekolah hari ini ? Okay ? ❞ soal Puan Song sebaik Jihyo tiba di dapur. Tangannya pula ligat memotong bawang merah itu.

❝ Macam biasa, takda apapun yang menarik. Eomma pulak macam mana ? Diaorang ada datang minta hutang appa lagi ke ? ❞ soal Jihyo pula. Jelas kelihatan yang dia risau dengan keadaan Puan Song tika itu.

Mendengar soalan Jihyo, Puan Song mengeluh perlahan. ❝ Macam biasalah, Jiji. ❞

Pantas sahaja Jihyo melangkah mendekati Puan Song. Lengan eommanya dipengang erat. ❝ Diaorang ada cederakan eomma tak ? ❞ soalnya risau.

❝ Ani, tadi eomma sempat sorok. Lagipun tadi ada orang datang minta eomma jahitkan. Jadi, dapatlah duit sikit nak bayar hutang appa kamu itu, ❞ balas Puan Song.

❝ Jiji dah katakan yang Jiji boleh cari kerja sambilan lepas habis masa sekolah. Eomma yang taknak kan. Sekarang ini tengok lah banyak lagi hutang appa yang kita kena selesaikan. ❞

❝ Eomma tahukan kalau kita tak selesaikan hutang appa dalam masa sebulan ini, rumah kita mungkin akan dibakar. Habis itu nanti kita nak tinggal dekat mana ? Baik Jiji pergi kerja sambilan waktu malam, ❞ balas Jihyo lebar.

Dia sudah penat dengan peminta hutang yang datang untuk meminta hutang appanya itu. Appanya pula tidak ingin membayar, malah melarikan diri entah kemana.

Jadi sekarang semuanya perlu ditangguh oleh Puan Song seorang diri untuk menyara dirinya dan Jihyo serta membayar hutang suaminya itu.

❝ Eomma taknak susahkan Jiji. Pagi Jiji dah pergi sekolah, petang pula kadang-kadang Jiji ada kelas tambahan, kan ? Takkanlah malam Jiji nak kerja pula. Jiji kena berehat. Lagipun Jiji masih muda, jangan risau tentang benda ini. Eomma akan cuba selesaikannya, ❞ balas Puan Song. Dia tidak ingin anak perempuannya yang seorang itu risaukan tentang dirinya

❝ Hurm, baiklah eomma. Kalau itu yang eomma nak, Jiji ikut. Jiji naik atas dulu, nak rehatkan badan. ❞ ujar Jihyo.

Puan Song hanya mengangguk lalu Jihyo berlalu dari situ dan naik ke atas menuju ke biliknya.

+++

Busan High School

Selepas meminta izin untuk keluar pergi ke tandas, langkah Jihyo dibawa menuju ke tandas sebelah blok bangunan kelasnya.

Setiap kali subjek Sejarah, pasti dirinya akan meminta izin pergi ke tandas. Walhal, bukan dirinya menuju ke tandas.

Dia pasti akan melencong ke tempat lain seperti court bola jaring ataupun ke tempat lain.

Sedang dia menyanyi kecil sambil menuju ke blok bangunan sebelah, tanpa sengaja dia terserempak dengan Jungkook.

Sepanjang laluan koridor itu lansung tiada pelajar dan hanya mereka berdua. Jungkook pula kebetulan baru balik dari bilik guru tidak disangka yang dia akan terserempak dengan Jihyo.

Mereka berdua membuat eye contact. Tetapi Jungkook memandang Jihyo dengan riak tiada perasaan dan hanya memandangnya sekilas sahaja.

Seperti tiada apapun yang pernah berlaku diantara mereka berdua.

Jihyo pelik. Takkanlah Jungkook itu tidak malu berjumpa dengan dirinya ?

Malah lelaki itu membuat seperti tiada apa yang berlaku.

Dia mengeluh perlahan. Entah mengapa dia rasa dia sudah terjatuh hati dengan Ketua Pengawas itu.

Ya, dia tahu yang agak sukar untuk Jungkook notice dirinya walaupun ciuman pertamanya telah dirampas oleh Jungkook tanpa sengaja.

Dia sedar yang dia tidak layak untuk mencintai Jungkook. Lihatlah, Jungkook ramai peminat, kaya, good looking, bijak, atlit, ketua pengawas dan antara pelajar terbaik di sekolah itu.

Sementara dirinya hanya hidup bersederhana dan hutang appanya pula masih belum dibayar. Dirinya juga kadang kala selalu dijadikan bahan ejekan dan dia tidaklah terlalu bijak seperti Jungkook.

Memikirkan tentang nasib dirinya, Jihyo mengeluh perlahan. Niatnya yang ingin pergi ke tandas blok sebelah dibatalkan dan dia kembali menuju ke kelasnya.

+++

to be continued.

[ ✔️ ] Accidentally Kisses | JungHyoWhere stories live. Discover now