| AK 08

1.4K 193 16
                                    

Langkahnya dibawa memasuki kelas 6-D itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkahnya dibawa memasuki kelas 6-D itu. Lalu tempat duduknya, dituju.

❝ Hyo, kau okay tak ? ❞ soal Minji risau melihatkan keadaan gadis itu. Sungguh serabut. Kain gadis itu senget sebelah dan rambutnya turut serabai.

❝ Aku okay, cuma aku geram dengan mamat itu ! ❞ balas Jihyo. Mejanya ditumbuk perlahan.

❝ Mamat mana pula yang kau geram ini ? Yugyeom ke ? ❞ soal Minji.

❝ Bukan anak Kim itu tapi anak Jeon, ❞ jawab Jihyo. Rambutnya yang kusut, dibetulkan.

❝ Anak Jeon ? Siapa ? ❞ soal Minji sekali lagi. Sungguh dia pening dengan jawapan yang diberikan Jihyo dari tadi.

❝ Jeon Jungkook. Ketua Pengawas kita yang poyo itu, ❞ balas Jihyo.

❝ Dia buat apa dekat kau ? Aku dengan Yugyeom sudah tahu yang dia reject kau, tapi kali ini dia buat apa dekat kau ? ❞

❝ Kau tahukan yang rumah aku terbakar sebab hutang appa aku tak bayar lagi ? ❞ soalan dibalas soalan oleh Jihyo.

❝ Tahu, dan aku risaukan kau. Jadi, apa kena mengena dengan Jungkook ? ❞ tutur Minji.

❝ Kalau aku bagitahu kau ini kau jangan bagitahu sesiapa ya kecuali Yugyeom. Janji ? ❞ soal Jihyo. Jari kelikingnya dikeluarkan.

❝ Janji. Kau ini macam tak biasa pula cerita rahsia kau dekat aku dengan Yugyeom. Kitorang pandai simpan rahsia tau walaupun reaction kitorang melebih, ❞ balas Minji lebar lalu dia dan Jihyo membuat pinky promise.

❝ Rumah aku terbakar dan sekarang ini aku tinggal dengan keluarga Jungkook. Macam mana ? Sebab eomma aku dengan eomma Jungkook itu rupanya kawan rapat, ❞ cerita Jihyo.

What the hell ? ❞ carut Minji selepas mendengar cerita Jihyo. Sungguh dia terkejut.

❝ Lepas itu pagi tadi aku pergi sekolah dengan dia naik motor dia tapi boleh pula dia suruh aku turun dekat pertengahan jalan. Fikir aku tak sakit hati ke ? Geramnya ! ❞ cerita Jihyo lagi.

❝ Tak gentleman lansung Ketua Pengawas kita ini, ❞ balas Minji. Jihyo mengangguk setuju.

❝ Tapi seriuslah yang kau sekarang ini serumah dengan Jungkook ? ❞ soal Minji inginkan kepastian.

❝ Seriuslah, ❞ balas Jihyo.

❝ Wah, ini kalau Yugyeom tahu mesti dia terkejut teruk, ❞ tutur Minji meneka reaction yang akan diberikan Yugyeom nanti setelah Jihyo cerita padanya.

❝ Tapikan Jihyo, memandangkan sekarang ini kau serumah dengan dia. Kau dapatlah peluang untuk goda dia, ❞ ujar Minji sambil tersenyum sinis memandang Jihyo.

❝ Mestilah, ❞ balas Jihyo sambil membalas senyuman sinis Minji itu.

+++

Tamat sahaja sesi persekolahan pada hari itu, langkahnya laju sahaja dibawa keluar dari sekolah itu.

Kali ini dia tidak balik bersama Jungkook, dia hanya berjalan kaki seorang diri pulang ke rumah keluarga Jeon.

Lebih kurang sepuluh minit berjalan, dia akhirnya tiba di rumah agam keluarga Jeon itu. Kasut sekolahnya ditanggalkan lalu pintu rumah itu dibuka dan ditutupnya kembali.

❝ Jihyo, kamu dah balik ? Seorang aja ke dan mana Jungkook ? ❞ soal Puan Song yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.

❝ Jungkook dia ada kerja yang kena selesaikan, mungkin. Hyo naik dulu ya, eomma. ❞ ujar Jihyo. Puan Song hanya mengangguk lalu Jihyo segera berlalu dari situ menuju ke biliknya.

Sebelum dia merehatkan badannya, dia terlebih dahulu memasuki tandas menyegarkan badannya kembali.

+++

Malam

Pintu bilik itu diketuknya. Masih tiada balasan, pintu bilik itu diketuknya lagi sekali dan sedikit kuat.

❝ Sekejap, ❞ ujar Jihyo yang baru terjaga daripada tidurnya itu. Dituju ke arah pintu biliknya itu dan dibuka.

Jelas kelihatan kelibat wajah Jungkook dihadapannya sekarang.

❝ Eomma panggil turun makan, ❞ ujar Jungkook sambil memandang wajah Jihyo yang baru bangun daripada tidur itu. Walaupun muka gadis itu baru bangun daripada tidur, tetapi tetap kelihatan cantik.

Jihyo hanya mengangguk. ❝ Terima kasih, ❞ ucap Jihyo.

Jungkook hanya mendiamkan dirinya. Badannya mula dipusingkan ingin beredar dari situ.

❝ Jungkook, ❞ panggil Jihyo. Jungkook pula mula memusingkan badannya kembali memandang Jihyo.

❝ Awak tahukan yang saya cintakan awak ? Dan jawapan awak masih sama atau- ❞ belum sempat Jihyo ingin menghabiskan ayatnya, Jungkook lantas sahaja memotong.

❝ Masih sama. Tolong sedar diri kau Jihyo yang kau tak setaraf dengan aku. Aku antara pelajar terpandai di sekolah itu dan kau antara pelajar tercorot, ❞ balas Jungkook lansung tidak memikirkan tentang perasaan gadis itu.

Jihyo yang mendengar, mendiamkan dirinya. Sudah agak apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu.

❝ Jadi bagi awak kalau untuk cintakan seseorang itu memang perlu ikut dari segi kepandaian, ya ? ❞ soal Jihyo.

❝ Mungkin. Aku sukakan orang yang setaraf dengan aku, ❞ jawab Jungkook.

❝ Kalau macam itu, ajar saya jadi pandai macam awak. ❞ tutur Jihyo tidak teragak-agak. Mata Jungkook, ditatapnya.

Kali ini Jungkook pula yang terdiam. ❝ K- kau serius nak aku ajar kau jadi pandai macam aku ?  ❞ soal Jungkook inginkan kepastian.

❝ Ya, saya serius. ❞ balas Jihyo yakin.

❝ Kalau macam itu, malam esok kita mula, ❞ ujar Jungkook.

Jihyo pula sudah tersenyum lebar. Dia yakin yang dia akan mendapatkan markah yang terbaik dalam peperiksaan dan akan ditunjukkan pada lelaki itu.

+++

maaf kalau ayat tunggang
langgang hihihi dah pukul
dua pagi and mata pun dah kuyu <3
to be continued .

[ ✔️ ] Accidentally Kisses | JungHyoWhere stories live. Discover now