Tiba saja dirumah,Iman dan Iz sangat terkejut dengan keadaan yang berlaku didepan mata mereka kelihatan bapanya iaitu Pak Harun yang sudah lemah tidak bermaya kerana kehilangan banyak darah,manakala ibunya iaitu Puan Aini sedang memangku kepala Pak Harun yang mengalami pendarahan yang teruk itu.Tanpa disedari air mata sudah mengalir di pipi di saat melihat keadaan bapanya iaitu Pak Harun ,lelaki yang selama ini membesarkan nya,menyokong diri nya dan yang selalu berada di samping nya didalam saat duka dan lara.Kelihatan kevin iaitu along sedang tersenyum sinis melihat kearah Pak Harun yang tidak menyedarkan diri.Kemudian Kevin pun terus memberi arahan kepada salah seorang konco nya iaitu Bob lelaki yang berbangsa india untuk meneruskan perbuatan mereka iaitu memukul Pak Harun.Tetapi sebelum sahaja dia sempat melakukan perkara yang diarah kan oleh Kevin pergerakkan nya terhenti apabila terdengar jeritan iman.
"Ayah!Ibu!" jerit Iman seraya berlari kearah ibu nya yang sedang menangis teresak-esak sambil membangku kepala bapanya itu.
Luke iaitu salah seorang daripada konco Kevin yang lain cuba untuk menghalang dia daripada mendekati ibu dan ayah nya tetapi perbuatannya dihalang oleh Kevin kerana Kevin ingin melihat perbuatan Iman yang selanjut nya.Sesampai saja Iman di samping ibu nya,dia terus memeluk ibu nya agar ibu nya tenang.setelah ibu nya mula tenang ,Iman pun menghalakan pandangan nya kearah Kevin dan berkata
"kenapa kau buat macam ni dekat kitorang ha!kenapa kau buat ayah aku sampai macam ni?apa salah dia?"kata Iman dengan nada yang keras
Kevin tersenyum sumbing apabila mendengar soalan yang di lemparkan oleh Iman tadi lalu berkata"kau tanya aku apa salah dia?" soal Kevin dengan slang cina nya."salah dia ,dia lambat bayar dia punya hutang ma" sambung nya lagi.
"tapi kenapa sampai macam ni sekali kau buat kat kitorang,kau boleh bagi kitorang masa lagi kan?"kata Iman dengan sebak apabila melihat keadaan bapanya yang tidak bermaya itu.
"haih.. tak boleh ma,aku dah bagi bapak kau terlalu banyak masa tapi dia tak bayar juga so dia kena tanggung akibatnya lah"kata Kevin selamba
"tapi ni dah melampau sangat!!berapa sangat yang dia hutang kau sampai macam ni sekali kau buat dekat dia?"soal Iman dengan bengang
"tak banyak pon RM20,000 je" kata Kevin tenang
selepas mendengar angka yang disebut oleh Kevin tadi terus terbuntang mata Iman.kemudian setelah beberapa minit dia berfikir,dia terus berlari ke dalam rumah dan terus masuk ke biliknya.Kevin dan konco-konco nya hanya melihat tindak tanduknya ,manakala Puan Aini dan Iz hanya mendiam kan diri kerana takut diri mereka akan di apa-apakan.selepas setengah jam menunggu,Iman pun turun semula dengan membawa sekeping sampul yang agak tebal lalu dihulurkan kepada Kevin.Kevin menyambut sampul itu dengan muka yang terpinga lalu melihat isi sampul tersebut.Apabila Kevin sudah habis meneliti isi sampul tersebut,dia terus berkata
"kau kalau nak bayar pon make sure cukup lah,ni mana cukup.Ini baru RM8,000,bapak kau hutang aku RM20,000 ni tak cukup lagi RM12,000!"kata Kevin dengan nada yang agak tegas.
"Buat masa ni tu je yang aku ada,kau ambik yang tu dulu"kata Iman dengan agak tenang.
"habistu lagi RM12,000 tu bila kau mau bayar"soal Kevin
"kau bagi aku masa lagi 2bulan nanti aku bayar yang RM12,000 tu.......double"kata Iman tanpa teragak-agak.
"Haih kau ni kan ,kan aku dah cakap dah banyak masa aku bagi dekat bap......."belum sempat Kevin habis kan kata pantas di potong oleh Iman.
"Itu bapak aku, bukan aku!"kata Iman agak keras bunyinya.
"Baik lah aku akan bagi masa dekat kau,tapi make sure kau bayar tepat pada masanya.kau tak nak jadi macam bapak kau jugak kan?"soal Kevin."Aku cau dulu lah,jangan lupa eh lagi 2bulan aku datang sini lagi honey"kata Kevin lagi sambil jari runcing nya memegang dagu Iman ,namun di tepis kasar oleh nya.
Sebaik sahaja Kevin hilang dari pandangan ,siren ambulan kedengaran.Ketika Iman berada didalam rumah tadi ,dia sempat membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan buat ayahnya.kemudian setelah ayahnya selamat masuk ke dalam ambulan dan bergerak untuk ke hospital mereka sekeluarga mengambil teksi untuk ke hospital bagi memasti kan keadaan ayahnya.
Sebaik sahaja mereka sampai ke hospital,mereka diberitahu bahawa pak Harun berada di dalam emergency room.Mereka dengan sabarnya menunggu diluar bilik tersebut lalu mereka terdengar bunyi pintu dibuka lalu mereka pun terus berdiri apabila terlihat doktor yang keluar dari bilik tersebut.Iman dengan gelabahnya terus menyerbu jearah doktor tersebut dan bertanya
"Macam mana dengan keadaan ayah saya doktor?dia okay kan?"soalan Iman tadi dibalas dengan keluhan yang agak panjang oleh doktor tersebut.Lalu doktor tersebut berkata
"maaf kan saya puan cik kami tak dapat nak selamat kan Encik Harun,hentakkan di kepala nya terlalu kuat dan pendarahan di kepalanya terlalu banyak,maaf kan kami sekali lagi"kata doktor tersebut dengan sayu
Setelah mendengar perkara yang dikatakan oleh dokto tadi,Puan Aini terus menangis terduduk.Semakin lama tangisan nya semaki deras.Iman dengan perlahan-lahan menapak kearah ibunya lalu memeluk ibunya lalu berkata
"Maafkan Iman ibu,kalau lah Iman datang lebih awal tadi semua benda ni mesti tak kan jadi"kata Iman dengan teresak-esak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love???
Ficción GeneralSorry ah xtau nk buat sinopsis mcm mane.aku sendiri pon pening dgn cerita ni🤦 Baca lah cite aku ni Hope korang suke😆