Part 6💓

253 33 1
                                    

Sejak tiga hari berlalu setelah mereka semua balik daripada kem tersebut. jihyo menerima pelbagai panggilan telefon daripada akademi tentera itu. Serta ibu bapanya juga segera pulang dari jepun apabila mendengar tentang khabar berita mengejut mengenai anak gadisnya itu.

Setiap panggilan telefon diangkat oleh appanya. Bukannya apa, dia malas nak jawap banyak sangat soalan ni. Appa jihyo sepertinya gembira saja apabila mendengar berita anaknya yang menjadi bualan para pegawai di kem tentera itu. Rasa bangga tuan song kepada anaknya itu.

Sudahlah jihyo itu anak tunggal mereka. Tidak sangka pula anak gadis mereka ini minat dalam bidang seperti ini. Sungguh mereka terkejut. Bila ditanya apa perasaannya ke kem latihan itu. Jihyo hanya membalas dengan anggukan saja. Haih.. susah ada anak dara yang susah diramal ini. Bukannya dapat dibaca riak wajah mereka itu. Sungguh complicated !!

Langkah kakinya dibawa ke taman berdekatan dengan kawasan perumahannya. Angin malam yang sejuk itu sedikit sejuk itu tidak menghalang dirinya ke taman itu. Kini sudah hampir pukul 7.00 malam tetapi dia memilih untuk keluar dari rumahnya untuk bersiar-siar sekejap.

Topinya dibetulkan sedikit sebelum duduk dibangku berdekatan dengan taman itu. Kemudian dia mengeluh kasar sepertinya ada sesuatu sedang mengganggu fikirannya sekarang. Dirinya menyandar pada bangku sambil mendongak ke atas menikmati langit malam itu.

" apa yang aku buat ni betul ke ? Kenapa terasa beban saja aku sekarang ?? Ah payahnya nak puaskan hati semua orang ni " luah jihyo didalam hatinya yang sekarang tidak menentu perasaannya.

Deringan daripada telefon ditangannya menyentakkan lamunan gadis itu. Sebaik saja melihat nama pemanggil tersebut terus saja dia menjawap.

" em, hello nak apa ? " soal jihyo

" amboi ! Hello nak apa kau cakap dekat aku ya, kau ni pelupa ke ataupun dah nyanyuk ? Sekarang kau dekat mana ? " lisa menyoalnya ditalian, kedengaran serius saja

" apa benda pula yang aku lupa ni ? Aku tengah lepak dekat taman depan rumah aku ni haa "  jawabnya acuh tidak acuh

" WHAT ?!! YAH !! SONG JIHYO!! kau lupa ke yang kita ada kelas malam harini sengal?!! Nasib baiklah naluri keibuan aku teringat dekat kau tahu ! Baik kau siap cepat. Aku dengan rose baru nak gerak ke sekolah ni, kau ada lebih kurang 15 minit sebelum kelas mula.PPALIWA !!! " jeritan lisa ditelefon ini membuatkan dirinya menjauhkan sedikit telefon ditelinga, tak padan dengan badan kecil molek.. jerit macam bekas komando sajalah !

" oh ye, oklah aku siap dulu. Apa cover aku kalau aku lambat. Ok chaw "

" Yah !! Jangan lambat !! " sempat lagi lisa menjerit dihujung talian sebelum dirinya menamatkan panggilan.

Jihyo bingkas bangun lalu berlari ke rumahnya untuk bergerak ke sekolah sekejap lagi. Kenapalah dia boleh lupa pula pasal kelas malam harini. Haih, nasib baiklah ada kawan yang boleh diharap !

Sampai saja dirumah dirinya terus berlari ke bilik tidurnya untuk mengambil buku serta alat tulisnya yang lain. Nasib baiknya dirinya memakai baju yang sopan untuk kelas malam itu jadi tak payah la nak tukar pula. Lagipun lawa-lawa nak pergi mana ? Sekolah je pun. Tapi hakikatnya boleh tahan lawa juga ..

 Tapi hakikatnya boleh tahan lawa juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SOLOWhere stories live. Discover now