Jihyo pov.Dahi aku berkerut kerut apabila membaca soalan yang ada di dalam buku latihan math aku ini. Wajah saem jk aku pandang sekilas kemudian beralih pada buku itu kembali. Logik ke soalan ni ? Apa ke benda la soalan ni nak sebenarnya .. menyusahkan otak aku saja la soalan ni.
Itulah kau jihyo, yang kau tertidur time dia mengajar tu apahal ? Kan dah kena bawak ke pejabat dia, belajar lebih masa pulak harini. Sudahlah kejap lagi kelas PE .. hmm apa la nasib aku ni..
" jihyo.. dari tadi lagi kamu tenung soalan tu, dapat jawap ke tidak ? " tanya saem jk pada aku. Aku memandangnya lalu menggeleng.
" gunakan formula yang saya ajar tadi, soalan tu senang saja jadi jangan fikir soalan tu susah paham ? Dah cuba buat " saem jk mengujar.
Aku mengangguk saja. Haduh !! naik pening kepala aku nak fikir jalan penyelesaian ni.. lisa ! Rose ! Help mehh !!
•
•
•" amacam seronok ke belajar berdua je dengan saem jungkook tu .. untunglah kau .. " lisa mengujar. Aku yang duduk di tepinya lalu menjelingnya menyampah.
Kami semua sedang berkumpul di dewan besar. Katanya ada pengumuman penting. Rose pula dipanggil oleh saem hwasa ke pejabat. Biasalah rose ni rajin bab tolong cikgu ni.
" best apa nya.. naik mereput aku situ, dah lah soalan susah nak matey! Ergh! Buat sakit otak saja aku fikirkan balik.. " balasku tidak puas hati. Kalau nak diikutkan hati yang menyetan ni. Dah lama aku lari daripada kelas extra dia tu, tapi difikirkan balik.. tak sampai hati pula nak buat.
" eleh tak nak mengaku ! Cakap ajelah kau suka.. apa salahnya kan ! Kan ! " balas lisa lagi tidak mahu kalah. Aku menarik telinganya. Geram !
" aduh ! Sakitlaaaa !! " lisa mengusap telinganya yang sudah merah itu lalu mencebik. Siapa suruh mulut tu tak jaga, buat aku sakit hati saja la.
End pov.
" takde maknanya la aku nak suka saem jk tulah ! Kau ni cuba jangan banyak sangat tengok drama kau tu.. " balas jihyo sambil menjeling kawannya itu. Lisa terus saja menampar lengan kanan jihyo. Salahkan dia pula ? Aik minah ni melampau
Geram pula lisa rasakan dengan perangai kawannya ini. Kalau jihyo dah menjawap. Ha ! Takde harapan dah kau nak lawan dia.. asyik nak menang saja ! Haih payah ..
Pengetua Seo sudah siap bersedia memberikan ucapan sebagai pembuka kata. Manakala cikgu-cikgu sudah duduk di kerusi yang disediakan. Para pelajar ada yang memberi perhatian dan ada juga yang membuat hal sendiri.
" Baiklah tanpa membuang masa kamu, yelah kamu semua ni bukan nak dengar saya ni bebel kan ! Baiklah tujuan saya panggil pelajar tahun akhir dan pelajar kedua akhir akan menjalani kem tentera sementara untuk menguatkan mental dan fizikal pelajar kita.. "
Kecoh saja apabila pengetua sudah berucap itu. Kebanyakkan para pelajar perempuan merungut tentang itu. Manakala pelajar lelaki hanya diam saja. Tidak tahu mahu gembira ke apa tentang hal ini. Jihyo saja nampaknya seperti berminat apa yang diucapkan pengetua tadi.
" baiklah saem yoongi akan memberikan info selanjutnya.. saem silakan.. "
" baiklah memandangkan kita akan menjalani kem pra tentera selama 3 hari 2 malam di sana. Jadi saya ingatkan kamu, kem tentera mereka yang bertanggungjawab terhadap kamu dan bukannya kami. Kami di situ hanya sebagai pemerhati saja. Tolong jaga nama baik sekolah kita ya, jika ada yang mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat menjalani latihan fizikal nanti sila maklum kan kepada guru kelas masing masing. Latihan ini adalah wajib kepada yang sihat walafiat jadi jangan nak mengelak ya. Surat akan diedarkan nanti "
YOU ARE READING
SOLO
RandomSong Jihyo seorang gadis yang tidak mempunyai keinginan bercinta dan berkaitan dengan nya Setiap orang pasti mempunyai 'crush' bukan ? Tapi bukan gadis ini Malah ramai jejaka inginkan gadis ini kerana mempunyai perwatakan yang menarik dan disukai ra...