Berjalan Tanpa Tujuan - Part 1

30 0 0
                                    

Part 1..

Alhamdulillah..

Selesai aku mendaftar untuk hari pertama di Kolej selepas 2 tahun aku mengambil sijil kini aku terus mengambil peluang untuk melanjutkan Diploma.

Seperti budak budak hostel lain.. Aku mempunyai rakan rakan satu bilik untuk melepaskan stress di kala tugasan yang sangat banyak di awal semester..

"wei muaz, ko pernah tengok tak cerita paranormal tu? tengok macam best je wei.. " kata adha sambil matanya tak lari dari memandang laptop..

"pernah tengok tapi tak berapa trill la.. Lagipon kan benda tu filem.."balas aku

"kalau ko rasa benda tu x trill.. Ko ingat tak hari tu kita masa orientasi.. Kita lalu belakang hostel.. Nampak tak ada 1 macam bangunan tinggal.." balas adha

"ak ah la.. Aku tengok banyak flat la.. Seram gak tengok sebab nampak macam lama sgt la.."

"camni.. Ape kata kalau kita pergi bangunan tu.. Esok malam.. Esok malam kan malam jumaat.. Kelas pon tak ada.. Kau nak paranormal kan.. Situ la tempat die..".. adha memberi cadangan..

Aku termenung panjang.. Aku sebenarnye tak berapa berani dengan benda benda macam ni.. Tapi darah muda yang membuak buak untuk aku mengetahui sendiri sebab ape bangunan tu tiada penghuni..

" woii..!! Termenung ape.. Nak ke tak nak?.." adha meninggikan suaranya..

"kira on la.. Tp kalau ada awek sebarang dua.. Ape salahnya kan.." balas aku..

"pak hg.. Kalau kene rasuk ke.. Cmne nak buat.. Aku mandi wajib pon jarang jarang.. Ha.. Masa nak pergi nanti jgn lupa mandi wajib.. Dah la aku nak tidor.." balas adha sambil menutup pintu almari..

"cis nak layan america pie la tu.." getus hati aku..

Esoknya aku cuba cari 1 2 orang join aku malam tu.. Kalau berdua dengan adha je mungkin kami tak berani.. Teringat kat kawan aku si pokmey.. Orang kelantan.. Mybe kuat agama..

Wasap pagi tu setel.. Die nak join.. So kami berempat malam tu termasuk sorg kawan pokmey.. Paiz.. Sebenarnya malam tu aku tak sedap hati..

Mulut si adha celupar..

"wei muaz.. Kalau jumpa ape ape panggil aku ye.. Aku nak mintak selfie dengan hantu tu..kot 4 flat aku sem ni.."

Aku rasa nak cili cili mulut adha ni.. Belajar tak nak.. Mintak dengan hantu jadah ape..

So malam tu lepas roll call lebih kurang 11 malam.. Kami berempat panjat pagar belakang hostel dan terus berjalan menuju ke bangunan tinggal lama tu..

Aku nampak adha laju di depan..

"woii..!! Slow sikit la.."

Adha tak berhenti atau memandang.. Kami masing masing senyap dan hanya kedengaran bunyi cengkerik dan cahaya dari bulan..

Lepas berjalan hampir 10min...kami sampai di pintu pagar bangunan lama tu.. Tertulis di hadapan nama bangunan, Sibertel.. Nampak macam kolej atau asrama lama..

Perlahan perlahan pokmey menolak pagar untuk masuk sambil mata pokmey tak lari perhati tiap sudut flat lama tu.. Mengomel pok mey sendirian..

"panas kawe raso malam ni.. Angin tak molek ni.."sambung pokmey..

"ah tak ape lah mey.. Jangan pikir bukan2.. Ni adha la.. Jom masuk blok pertama tu.."

Kami berempat masuk ke dalam 1 kelas yang agak usang... Meja dan almari semua bertaburan.. Rasa dah macam sarang penagih ni..

Adha seperti tak sabar untuk pergi ke kelas lain.. Cari ape pon tak tau.. Kami bertiga hanya mengikut langkahnya..

Sedang leka melihat sekeliling, tiba tiba adha hilang di mata kami..

"wei pokmey.. Mana si adha pergi.. Tadi jalan laju sgt.. Tak sempat aku nak panggil.. Da hilang masuk kelas lain.."

"ARRGHHHHHHH..!!!!!"

Tiba tiba kami bertiga dengar satu jeritan yang kuat.. Blok yang di tinggal lama dan tidak berpenghuni membuat jeritan itu menjadi bergema dan menyeramkan..

"shh diam.. Mu dengan paiz g alik sano.. Kawe g depe nu.. Kito kene keluar doh ni.. Tempat ni panas.."

Aku dgn paiz hanya menurut.. Berlari kami masuk setiap kelas nak cari adha..

Akhirnya kami jumpa adha di kelas paling hujung..

"muaz.. muaz.. Adha kenapa tu..??

Aku nampak adha berdiri sambil membelakangkan kami berdua.. Tangan adha seperti memegang 1 gambar lama..

Sesekali kepalanya ke atas dan kebawah..

Aku cuba memanggil..

"adha.. Adha.. Ko ok tak ni?"

Panggilan aku tak di jawab..

"paiz.. Ko pergi cari pokmey.. Cakap kita da jumpa adha.. Sekarang..!!"

Paiz menurut dan terus keluar..

Adha yang membelakang kan aku berpusing sambil kepala nya tertunduk..

"kau cari kawan kau ke??"

"Dia kata die berani kan.. Nak jumpa aku kan.."

"aku nak die.."

Suara adha seperti seorang wanita muda.. Sesekali die tertawa tapi tawanya seakan mengilai..

Aku perasan ada 1 frame gambar di dinding tiba tiba senget ke tepi dan tingkap terbuka sendiri seolah ada sesuatu menolak..

Ketika itu juga adha mengomel seorang diri dan berkata..

"ITU AKU.."

Terpandang gambar seorang wanita mungkin lingkungan remaja tersenyum manis..

Ahh sudah.. Mana dua ekor ni tak sampai lagi..

Adha seolah terapung ke arah ku.. Sambil kepala masih lagi memandang ke lantai..

"kau tak nak tolong kawan kau ke??"
"hehehee... Kesian kawan kau ni.."

Tiba tiba...

(bersambung kalau ada idea lagi..)

Berjalan Tanpa TujuanWhere stories live. Discover now