³

172 6 3
                                    

Sekarang keadaan Soobin sudah stabil selepas penyakitnya menyerang. Nasal cannula yang dipakai oleh Soobin pada mulanya diganti dengan topeng oksigen yang hampir menutupi mukanya. Doktor yang merawat Soobin hanya memandang Soobin dengan tatapan kesian. Sebenarnya selepas Soobin dah stabil tadi, dia berniat nak beritahu keadaan Soobin kepada manager Soobin tapi dia urungkan apabila mengingat perkataan Soobin sebelum pengsan.

“Hyung tahu Soobin boleh sembuh” kata doktor itu sambil mengusap kepala Soobin lalu keluar dari wad Soobin.

Sementara di dorm, member txt sedang merehatkan diri selepas pulang dari show. Mereka masih memikirkan keadaan sang leader yang berada di hospital. Walaupun begitu, tidak ada satu pun yang mengingat bahawa hasil ujian Soobin keluar malam ini.

“Kenapa aku rasa tak sedap hati bila fikir pasal Soobin hyung. Aku harap keadaan Soobin hyung okay” batin Beomgyu.

------------------------------------------------------------

Keesokan paginya, Yeonjun bangun dan pergi ke dapur untuk membuat sarapan kepada member seperti kebiasaannya. Tapi apabila sampai di dapur, dia terkejut melihat member yang lain sudah bangun dan berpakaian lengkap.

“Awalnya korang bangun. Hyung tak buat sarapan lagi” kata Yeonjun.

“Kami tak sabar nak jumpa Soobin hyung. Hyung buat sarapan lepastu kita makan dekat hospital boleh tak” kata Hueningkai.

“Nae” balas Yeonjun singkat.

Nasib baik manager diorang dah kosongkan jadual mereka selama seminggu.

Setelah Yeonjun selesai membuat sarapan, mereka terus bergegas ke hospital.

---------------------------SKIP---------------------------

Apabila mereka membuka pintu wad Soobin, mereka terkejut melihat keadaan Soobin memakai topeng oksigen berbeza dengan semalam.

“Kenapa keadaan dia lain daripada semalam" batin mereka.

Mereka terus menuju ke arah Soobin.

“Hyung. Kitorang datang ni” kata Beomgyu sambil memegang tangan Soobin.

“Eughhhh...Beomgyuhhh” suara lirih Soobin membuatkan mereka semua mengalihkan pandangan mereka kepada Soobin.

“Soobin-ah kamu dah sedar” tanya Yeonjun dan dibalas dengan anggukan Soobin.

“Kejap ye Tae panggil doktor dulu” kata Taehyun lalu keluar dari wad Soobin untuk memanggil doktor.

“Boleh kamu semua keluar dulu??” tanya doktor apabila masuk ke wad Soobin.

“Nae” balas mereka lalu beranjak keluar dari wad Soobin.

“Kamu jangan risau ye hyung tak bagitahu mereka tentang penyakit kamu” kata doktor itu kepada Soobin.

“Gomawo hyung tak bagitahu diorang” kata Soobin.

“Tapi kamu perlu jalankan rawatan untuk sembuhkan penyakit kamu” kata doktor itu.

“Soobin tak nak buat rawatan. Soobin takut aktiviti grup Soobin terganggu” kata Soobin yang menyebabkan doktor itu menghela nafas.

“Tapi kamu kena janji untuk minum ubat mengikut waktu yang ditetapkan” kata doktor.

“Baiklah hyung” kata Soobin.

Setelah selesai memeriksa keadaan Soobin, doktor itu terus keluar dan memberitahu member tentang keadaan Soobin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(LOST) 잃어버린  Where stories live. Discover now