¹

185 15 0
                                    

BigHit Entertainment
8.30 am

Terlihat lima orang pemuda yang dikenali sebagai TXT sedang berlatih lagu terbaru mereka. Ketika sedang fokus berlatih, Soobin merasakan sakit di dadanya tetapi dia mengendahkannya lalu kembali fokus kepada latihannya.

Setelah selesai latihan, Soobin memegang dadanya yang kembali sakit.

“Yahh Soobin, gwenchana??” tanya Yeonjun ketika melihat Soobin memegang dadanya.

“Gwenchana hyung, Soobin penat je” kata Soobin.

“Betul ke??  Habistu kenapa hyung pegang dada??” kata Taehyun.

Betul. Takde apa ii lah. Hyung penat je. Dah la jom kita balik, practice pun dah habis” kata Soobin yang cuba mengalihkan pembicaraan mereka supaya membernya tidak merasa risau kepadanya.

---------------------------SKIP---------------------------

Setelah sampai di dorm, Soobin merasa mual dan segera berlari ke dapur sambil menutup mulutnya.

Member lain hanya menatap Soobin hairan.Selepas sahaja mereka masuk ke dalam dorm, mereka terkejut apabila melihat Soobin sedang muntah sambil memegang erat sisi singki.Mereka semua terus meluru ke arah Soobin.

“Gwenchana??” tanya Yeonjun sambil mengurut leher Soobin.

Soobin tidak menjawab kerana masih muntah. Bahkan perutnya sudah merasa sakit.

“Hyung, gwenchana??” tanya Heuningkai pula sambil mengusap belakang Soobin.

Tetapi Soobin tidak menjawab kerana masih mengeluarkan cairan keruh dari mulutnya, mereka semua yang melihat itu terus merasa panik bahkan mata Beomgyu sudah berair.

Setelah beberapa minit, akhirnya Soobin berhenti muntah. Dia membuka pili lalu membasuh mulutnya.

“Soobin hyung, gwenchana??” tanya Taehyun.

Soobin hanya mengangguk kerana tekaknya merasa sangat sakit untuk bercakap.

Melihat itu, mereka semua merasa lega tetapi kelegaan mereka terus hilang apabila melihat Soobin jatuh pengsan.

Brukk...

“Yahh, Soobin hyung” jerit Beomgyu sambil mengangkat kepala Soobin lalu diletakkan di pahanya.

“Soobin hyung” panggil Beomgyu sambil menepuk pipi Soobin.

“Hueningkai tolong hyung angkat Soobin ke sofa” perintah Yeonjun kepada maknae mereka.

Hueningkai mengangkat Soobin lalu membaringkannya di sofa. Yeonjun terus menepuk pipi Soobin sambil memanggil namanya.

“Sebenarnya kamu kenapa Soobin??” batin Yeonjun yang menepuk pipi Soobin supaya dia sedar.

“Hyung macam mana ni?? Soobin hyung tak sedar pun” tanya Hueningkai sambil memegang tangan Soobin yang sejuk.

“Kita tunggu dulu. Kalau dah setengah jam tapi Soobin tak bangun jugak, kita bawa dia ke hospital. Sekarang tolong jangan panik” kata Yeonjun.

“Macam mana tak panik kalau Soobin hyung tak sedar lagi” kata Taehyun.

“Sabar la kejap” kata Yeonjun lagi. Yeonjun kena tahan emosi sebab dia tahu member yang lain risaukan Soobin.

“Yeorobun...” suara lirih Soobin menarik perhatian mereka.

“Soobin-ah, gwenchana??” tanya Yeonjun dah dibalas dengan anggukan dari Soobin.

“Beomgyu-ah tolong ambil air” kata Yeonjun kepada Beomgyu.

Beomgyu terus ke dapur tanpa bercakap banyak dan mengambil air. Selepas saja mengambil air, dia memberikan gelas itu kepada Yeonjun.

“Nah Soobin minum dulu. Hyung tahu tekak kamu sakit” kata Yeonjun.

“Gumawo” kata Soobin dan meminum air yang diberikan.

“Mian dah buat korang risau” kata Soobin lagi.

“Gwenchana Soobin-ah. Sekarang korang semua masuk bilik dulu. Pergi mandi lepastu tidur. Esok kita ada jadual. Hyung akan papah Soobin ke bilik ” kata Yeonjun.

“Nae hyung” kata mereka lalu masuk ke dalam bilik masing-masing manakala Yeonjun memapah Soobin untuk ke bilik mereka.

“Mian dah menyusahkan hyung” kata Soobin sambil menundukkan wajahnya.

“Gwenchana. Dah lepas ni kamu rehat tau sebab badan kamu lemah sangat ni” kata Yeonjun.

“Nae hyung. Gumawo” kata Soobin lagi.

Setelah sampai di bilik mereka, Yeonjun segera merebahkan Soobin di katil lalu pergi ke bilik air untuk mandi.

“Kenapa dengan aku sebenarnya?? Kenapa aku selalu sakit dada lepastu kadang ii sesak nafas” batin Soobin.

Tak lama selepas itu, Soobin pun masuk ke alam mimpi.

---------------------------SKIP---------------------------

Cahaya matahari yang terik membuatkan Soobin terbangun dari tidurnya. Apabila dia duduk untuk mengumpulkan kesedarannya, dia merasakan perutnya ingin mengeluarkan sesuatu.

Soobin segera menuju ke tandas lalu mengeluarkan isi perutnya. Selepas selesai dia membasuh mulutnya lalu berjalan keluar dari tandas. Tetapi belum sempat dia keluar dari tandas dia menuju semula ke singki apabila merasa mual lagi.

Soobin terkejut melihat cairan yang berada di singki. Bukan cairan keruh seperti biasanya tetapi...



darah.



Beberapa minit kemudian, Soobin pun berhenti muntah. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat cermin. Dia menghela nafas apabila melihat hidungnya pula mengeluarkan darah. Dia segera membersihkan hidungnya. Kemudian dia turun ke bawah untuk sarapan.

Di dapur terlihat Yeonjun yang fokus menyediakan makanan untuk mereka sarapan. Soobin pun menyapa Yeonjun.

“Morning hyung.” sapa Soobin.

“Morning. Kamu dah okay??” tanya Yeonjun.

“Dah hyung. Biar Soobin tolong hyung siapkan makanan dekat meja” kata Soobin.

“Nae, gomawo soobin-ah. Hyung pergi kejut yang lain dulu ye” kata Yeonjun lalu pergi ke bilik membernya.

Selepas selesai mengejut membernya, Yeonjun terus turun ke dapur bersama mereka untuk sarapan.

-----------------------------------------------------------

Selesai sahaja sarapan, mereka berkumpul di ruang tamu sementara menunggu manager datang menjemput mereka.

“Soobin hyung, kenapa muka hyung pucat??” tanya Hueningkai.

“Haahlah. Hyung sakit ke?? Kalau hyung sakit, kita bagitahu manager untuk tangguhkan dulu jadual kita harini” kata Taehyun.

“Tak payah, hyung sihat je. Dah la jom. Manager hyung dah sampai tu” kata Soobin lalu keluar dari dorm untuk menghindari pertanyaan mereka.

“Hyung, Soobin hyung waeyo??” tanya Beomgyu kepada Yeonjun.

“Molla. Nanti hyung tanya.  Korang jom cepat. Nanti takut kita lambat sampai pulak” kata Yeonjun lalu keluar dari dorm.

“Nae hyung” balas Beomgyu, Taehyun dan Hueningkai lalu mereka turut keluar dari dorm.

tbc

next or not ??

(LOST) 잃어버린  Where stories live. Discover now