BAB 6

596 16 0
                                    

Farizam sudah memaklumkan pada isterinya Humaira yang dia akan pulang lewat.Dia mengadakan kelas tambahan buat pelajar-pelajarnya.Mereka akan menduduki peperiksaan semester tidak lama lagi.

"Okay kelas..saya nak maklumkan..sepanjang minggu ini saya akan buat kelas tambahan untuk awak semua..jadi sila bagi kerjasama untuk hadir kelas tambahan tu nanti..jangan ada yang nak ponteng kelas".Ujar Farizam kepada semua pelajarnya.

"Mana boleh ponteng uztaz,kelas ustaz paling susah kita orang nak ponteng..sebab ustaz lah".Ujar seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu.

"Yelah tu..pandai je korang semua ehh".Ujar Farizam kembali sambil tersenyum sinis.

"Betul lah ustaz,ustaz punya pasal lah..kami dalam kelas ni tak laku".Gurau seorang pelajar lelakinya.

"Jangan mengarut sangat,saya dah kahwin..tak pandang dekat perempuan lain dah".Terang Farizam kepada semua pelajarnya.

"Ehh..ustaz dah kahwin ? Bila ? Tak jemput pun ?".Ujar seorang pelajar perempuan.

"Saya buat kecil-kecil je..jemput ahli keluarga terdekat".Terang Farizam kepada pelajarnya itu.

"Melepas lahh korang semua...hahahaha".Sakat seorang pelajar lelaki kepada rakan-rakan perempuannya.

"Dah..dah....amboii..korang pulak yang melebih".Ujar Farizam yang menenangkan pelajar di dalam kelas itu yang mula riuh rendah.

Dia memulakan sesi kelas tambahan yang diadakannya.Dia menghabiskan kelas itu,pada lewat petang.

~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu Humaira sedang duduk menonton TV di bilik.Dia hanya membaluti tubuhnya dengan selimut tanpa ada sehelai benang di badannya.Dia terasa panas.Selepas membasahkan badannya,dia hanya duduk di dalam selimut tersebut untuk menutup tubuhnya.

"Assalammualaikum...sayang".Panggil Farizam yang baru pulang dari kerja itu.Dia melihat isterinya tiada di ruang tamu.

"Abang..sayang dekat dalam bilik".Jerit Humaira dari dalam bilik memanggil suaminya.Farizam terus menuju ke bilik tidur mereka.Terkejut Farizam melihat isterinya di atas katil dengan tiada sehelai benang dibadannya.

"Kalau boleh sentuh takpa jugak nak buat macam tu...ni kang aku baru dekat sikit dah pengsan".Ujar Farizam di dalam hati sambil menuju ke meja solek yang berada di dalam bilik itu.Dia meletakkan barang-barangnya di atas meja tersebut tanpa memberi pandangan kepada isterinya.

"Abang ni pelik jee..selalu datang dekat dengan sayang kalau balik kerja..ni buat tak tahu je".Ujar Humaira manja.

"Sayang boleh bagi abang jaminan..kalau abang datang dekat sayang abang boleh dapat something ?".Soal Farizam berlagak.Terdiam Humaira.

"Kenapa abang tanya macam tu ? Mesti abang dah bosan dengan sayang kan ? Sebab sayang tak mampu nak bagi abang kepuasan".Ujar Humaira dalam linangan air mata.

"Sayang...abang takda niat nak buat sayang terasa..tapi kita kena ikhtiar cari penawar untuk sayang..abang suami..abang lelaki..abang juga bernafsu macam orang lain..abang tak mampu nak tipu diri abang lagi".Ujar Farizam sayu kepada isterinya.

"Tapi kita nak cari dekat mana penawar ni ?".Soal Humaira dalam tangisannya.

"Okay..dah..dah..jangan nangis lagi...tak cantik isteri abang ni nangis".Ujar Farizam menenangkan isterinya daripada terus menangis.

"Kita ikhtiar cara kampung..nanti hujung bulan ni abang dapat cuti kita balik kampung..lepastu...kita berubat okay ?".Pujuk Farizam kepada isterinya.

"Okay...tapi kalau tak menjadi macam mana ?".Soal Humaira sayu.

"Insyaallah kita yakin...kita pasti akan jumpa penawarnya okay".Farizam memberi semangat kepada Humaira.

"Pejam mata kejap sayang".Pinta Farizam lembut.

"Kenapa ? Abang nak buat apa ?".Soal Humaira pelik.

"Pejam je lah kejap Zaujah".Ucap Farizam lembut.

"Okay".Ujar Humaira ringkas.Dia memejam mata.Tiba-tiba dia terasa hangat didahinya.

"Okay dah boleh buka mata".Ujar Farizam.

"Abang buat apa tadi ?".Soal Humaira pelik.

"Abang lepas rindu dekat isteri abang..kang buat depan-depan pengsan pulak".Ujar Farizam tersenyum.

Humaira melepaskan tangisannya dengan menekup mukanya.

"Sayang...jangan menangis macam ni sayang".Pinta Farizam lembut dan tersenyum kecil.

"Abang tak pernah rasa menyesal kahwin dengan sayang..walaupun dunia kita berbeza tapi abang sayangkan isteri abang sangat..abang nak didik sayang macam suami orang lain didik isteri mereka..ramai hasut abang cakap sayang ni susah di didik..tapi sayang punya perangai manja..abang rasa tak boleh tahan setiap kali pandang sayang".Luah Farizam.

"Sayang pun nak manja dengan abang..sayang pun nak layan abang macam isteri lain layan suami diorang...tapi..........sayang belum mampu nak buat semua tu".Luah Humaira dalam tangisannya.Farizam mencuit batang hidung Humaira.Humaira mengangkat muka menghadap suaminya.

"Si pipi merah abang ni satu-satunya  lah Zaujah abang".Ucap Farizam romantis.

"I love you Zaujahku".Ucap Farizam lagi penuh romantis.Membuatkan Humaira terbuai.

"I love you too Suamiku".Ucap Humaira kepada suaminya.Dia mencium tangan suaminya.Dia tersenyum bahagia.

Senja petang yang menembusi cermin bilik mereka,menjadi saksi adegan cinta sejati itu.

Zaujahku Humaira [COMPLETE]Where stories live. Discover now