BAB 15

636 13 0
                                    

Sudah dua hari Farizam memulakan tugasnya di UIM.Tetapi fikirannya masih kusut.Dia tidak senang hati pergi kerja kerana teringatkan amarah Zulaikha pada dirinya.

"Fiq..aku nak tanya sikit boleh ?".soal Farizam kepada sahabat dunia akhiratnya itu Afiq Ilham.

"Macam mana kita nak pujuk perempuan".soal Farizam tiba-tiba.

"Alahai kau ni pun..tanya soalan macam orang baru nak belajar bercinta..yang kau tanya ni sebab nak pujuk bini kau ke ?".soal Afiq ingin tahu.

"Tak.......Zulaikha..aku gaduh dengan dia beberapa hari lepas..sejak dari tu..aku rasa bersalah sangat dengan dia".Luah Farizam kepada Afiq.

"Ehh..dia ada dekat sini ke ?".soal Afiq ingin tahu.

"Aah..dia nak sambung belajar dekat Malaysia pulak..dia mohon dekat UIM ni..dah dapat dah pun..tinggal nak tahu bidang apa je dia dapat".jawab Farizam.

"Haaa..baguslah dia ada dekat sini..mana tahu cinta lama boleh bertaut kembali".ujar Afiq menyakat rakannya.

"Aku dah kahwin lah Fiq..kau gila ke ?".soal Farizam kurang suka.

"Habis..kalau kau dah tahu kau laki orang..yang kau nak cari hadiah untuk pujuk hati dia tu buat apa pulak ?".soal Afiq ingin memerangkap sahabatnya.

"Entahhh..hati aku berdebar setiap kali jumpa dia..aku pun tak pasti dengan apa yang aku rasa ni".luah Farizam lagi.

"Itu namanya sudah jatuh cinta buat kali kedua".ujar Afiq selamba menyakat rakannya itu.

"Malas nak layan kau ni..tak habis-habis nak sakat orang..dah lah aku ada kelas..aku pergi dulu".ujar Farizam terus beredar dari situ.

Dalam perjalanan dia ke kelas.Dia ditegur seseorang dari belakang.Farizam terkejut melihat Zulaikha yang berada di belakangnya.

"Hai abang..".sapa Zulaikha gedik.

"Ehh Zu buat apa dekat sini ?".soal Farizam.

"Zu bawa makan untuk abang..Zu masakan untuk abang".ujar Zulaikha gedik.

"Ohh..Zu ni buat susah-susah je...tapi abang dah janji dengan isteri abang..macam mana ekk ?".Farizam buntu.

"Alaa..abang ni..penat Zu masak untuk abang..kita dah lama tak keluar lunch sama-sama tau..takpa lah kalau abang tak boleh..mungkin harini bukan rezeki Zu".ujar Zulaikha yang memuncung di hadapan Farizam.Farizam tersenyum melihat perangai manja Zulaikha itu.

"Okaylah..tapi bagi abang beritahu isteri abang kejap boleh ?".soal Farizam lembut.Zulaikha mengangguk laju.Kemudian Farizam berdiri jauh sedikit daripada Zulaikha untuk membuat panggilan dengan Humaira.

"Hmm..boleh ke model hidup dengan ustaz ? Ntah-ntah anak ikan keliling pinggang belakang ustaz".ujar Zulaikha tertawa sinis.Selepas beberapa minit Farizam datang kembali ke arah Zulaikha.

"Okay dah jom..abang dah bagitau isteri abang".Zulaikha dan Farizam jalan beriringan.

~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu Farizam pulang lewat kerana kerjanya agak banyak dan masanya terganggu kerana meluangkan masa bersama Zulaikha.

"Sayang..abang balik ni".panggil Farizam mesra.

"Yeayyy abang balik".jerit Humaira manja dan terus peluk suaminya.

"Sayang dah makan ke ?".soal Farizam sambil membelai rambut isterinya.

"Dahh..abang tu lah taknak pun makan sama-sama dengan sayang".ujar Humaira memuncung.

"Sorry tadi abang janji dengan kawan abang..tapi sayang kan dah hari-hari makan dengan abang..so satu hari takda masalah lah kan ?".ujar Farizam menyakat isterinya.

"Ishh..sayang nak makan dengan abang hari-hari..sebab kalau dengan abang..takyah makan pun dah kenyang tengok muka abang yang handsome tu".puji Humaira kepada suaminya.

Tidak sampai beberapa saat bibir mereka bertaut.
Humaira tersenyum dalam kucupan itu.Dia terbuai dengan kelembutan daripada suaminya.

"Abang nak mandi lah..nanti kita manja-manja lagi okay ?".ujar Farizam terus membuka bajunya dan diletakkan ke dalam bakul pakaian kotor.

"Okay abang..".balas Humaira manja.Kemudian dia mengangkat bakul kain kotor di bawah ke dapur untuk dibasuh.Dia memasukkan sehelai demi sehelai ke dalam mesin basuh.Tiba-tiba dia terbau satu wangian di baju suaminya.Dia mencium bau tersebut.Wangian itu bukanlah kepunyaan Farizam.Akhirnya satu tompokan gincu melekat di kolar baju Farizam.Jatuh airmata Humaira di baju tersebut.

"Sayang tak tahu apa yang abang buat dekat luar..tapi naluri seorang isteri tak pernah salah..sayang tak nampak kebenaran dia..tapi allah dah janjikan untuk tunjuk kebenarannya pada sayang".ucap Humaira seorang diri.Dia menangis teresak-esak kerana hatinya terluka.

Zaujahku Humaira [COMPLETE]Where stories live. Discover now