Tuan

17 1 0
                                    

Kepada kalian yang membaca tulisan ini, jujur aku katakan yang aku masih dalam keadaan yang tidak stabil. 

Lima bulan yang lalu, aku sangkakan keadaan aku sudah kembali stabil tetapi malangnya jiwa yang ada di dalam ini sebenarnya sedang bersembunyi di sebalik wajah yang kelihatan tersenyum manis apabila dilihat orang.

Jiwa ini sebenarnya sedang memberontak secara senyap-senyap sehingga aku sendiri tidak menyedarinya bahkan aku rasa seperti lebih tidak bernyawa meskipun ada keluarga dan kawan-kawan di sekeliling aku.

Tidak bernyawa ini maksudnya diri aku seakan-akan mati di dalamnya tetapi berpura-pura bahagia apabila minum dan berbual di kedai kopi sambil meghisap rokok.

Kopi sudah tidak kerap aku minum kerana ia membuatkan aku berjaga sepanjang malam maka aku tukarkan minuman aku kepada milo yang dikatakan mampu memberikan tenaga untuk aku kekal aktif sepanjang hari.

Sebulan yang lalu, aku dihampiri seorang gadis yang menyatakan hasrat hatinya untuk mempunyai hubungan bersama aku.

"To be honest, I think I like you. I know its sound like how fast is it to have this kind of feeling with someone you know"

Terkesima, itu yang mampu aku katakan kerana siapa sangka ada orang yang mahu mendekati aku yang tidak seberapa ini.

"Aku selalu tanya tuhan kau dekat mana? It tooks three years for me to meet you dan sekarang aku percaya tuhan tu wujud."

Yura Hamzah ialah orang yang membawa sinaran cahaya yang membuatkan aku terbangun dari sebuah tidur yang panjang selepas malam berlabuh dari siang.

"Done spam my pics."

Siapa saja yang sudi menghantar gambar mereka kepada aku selain Yura Hamzah. 

"Sayang.", itu ialah panggilan aku kepada Yura Hamzah.

Kami cuma mampu berhubung melalui aplikasi WhatsApp, Intagram dan Twitter memandangkan jarak antara kami berdua begitu jauh kerana dia tinggal di Sibu, Sarawak manakala aku di Kulim, Kedah.

Setiap kali kami berdua menelefon antara satu sama lain, Yura akan ke balkoni rumah sewa kakaknya manakala aku akan berada di ruang tamu rumah sewa.

Seperti mana Yura Hamzah suka bercerita tentang bintang dan bulan pada waktu malam, seperti itulah beruntungnya aku mempunyai dia di sisi. 

Yura begitu menyayangi aku walaupun dia belum pernah bertemu dengan aku walaupun aku sering mengatakan yang aku tidak sempurna apa lagi kacak seperti orang lain di luar sana.

Setiap hari Yura akan mengucapkan terima kasih kepada aku kerana dapat menerima segala kekurangannya.

Pada puisi aku menemui titik,

Tuan malah datang tanpa bisik.

Iyaa, benar tentang bermain api,

Terlalu bahaya dengan cepat menyakiti,

Kamu tuan definisi api,

Kecil menghangati besar menyakiti.

Puisi ini ditulis dengan tulisan tangannya bersama kiriman rindunya kepada aku.

Tuan, itu gelaran yang diberikan oleh Yura Hamzah di dalam puisi yang ditulis olehnya apabila dia teringat akan aku.

Bunga matahari, itu bunga kesukaan Yura Hamzah. Dia juga sukakan makanan pedas walaupun katanya makanan itu menyakiti dirinya.

"I nak bagitau ni yang i sayangkan you sayang. Rasa nak bagitau dekat orang je yang i dah ada you."

Yura memendam hasratnya kerana baginya dia tidak akan mendedahkan tentang orang yang dia sayang di media sosial. 

Cinta kan selalu abadi walau takdir tak pasti,

Kau selalu di hati cinta matiku.

Seraya aku berdoa merayakan cinta,

Kau selalu ku jaga.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HilanWhere stories live. Discover now