10 ; new rivals

328 84 114
                                    

"Tuanku, surat kepada ibu bapa Cik Shin sudah dihantar. Tuanku mahu apa-apa snek?"

Jyeo mengangkat tangannya tanda dia tidak mahu apa-apa dari pembantu tersebut. Ya, pembantu barunya sudah ditempatkan menggantikan tempat Shin. Klip rambut yang menjadi kegemaran Shin,digenggam kuat.

"Jika di luar sana mati kerana ketiadaan makanan.." Jyeo memandang ke arah klip rambut tersebut yang berada di atas telapak tangannya.

"Di istana, orang mati disebabkan makanan itu sendiri." Jyeo menyambung ayatnya, lalu memasukkan klip itu ke dalam bekas tertutup sebagai memori.

"Tuanku Permaisuri, Cik Asha mahu berjumpa." Dengan segera, Jyeo menampalkan muka sejuk beku dan tangannya pantas mengambil buku sajak lalu berpura-pura membaca satu demi satu helaian.

"Masuk." Katanya ringkas.

Asha duduk dihadapan Jyeo yang sedang ralit 'membaca buku'. Mata setajam helang itu memperhatikan tingkah laku Jyeo kerana sejak dari mula lagi.

Dia curiga.

"Permaisuri, patik mahu mengucapkan takziah atas kehilangan pembantu yang setia dengan tuanku selama ini." Jelas Asha membuatkan Jyeo terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut yang dulu-dulunya asyik minta dicili.

"Perkara ini, agak mengejutkan beta juga. Tapi, Beta harap kamu hati-hati ya?" Kata Jyeo dengan penuh sopan-santun, tidak mahu membuat wanita garang itu mengamuk seperti singa.

Tapi, Asha hanya menampalkan senyuman senget lalu menganggukkan kepalanya.

"Patik akan protect diri patik dan 'bakal putera mahkota Joseon' dalam kandungan patik ini. Terima kasih kerana risau akan patik."

Walaupun Jyeo hanya permaisuri palsu, tapi entah kenapa dia berasa sakit hati yang teramat apabila mendengar kata-kata dari mulut Asha.

Sehari tak buat dia sakit hati, memang bukan asha, munkin itu Ashadahbertaubat?

"Kalau begitu, kamu boleh beredar, Tuanku Raja mahu beta menemaninya sebentar sahaja lagi. Terima kasih kerana sudi datang, Asha."

Jyeo berjalan melepasi Asha yang kelihatan mengetap giginya kuat.

.
.
.

| tcc 2020 |

.
.
.

"TAK GUNA! SIALAN!" Asha yang baru sahaja tiba di istananya menolak segala yang berada dihadapan matanya. Meja solek, meja belajar, almari barang kemas. Semuanya ditolak dan mengakibatkan istana itu bersepah serta tunggang langgang.

Seokjin yang dipanggil oleh pembantu untuk meredakan amukan Asha. Lelaki itu memegang kuat kedua belah tangan adiknya.

"Asha stop!" Jerit Seokjin. Asha yang struggle dalam pegangan lelaki sasa tersebut terus berhenti disaat abangnya bersuara.

"Asha nak bunuh perempuan tu, abang tolonglah adik, please."

"Nak bunuh pesaing bukan senang. Kita slow-slow. Biar abang uruskan Tuanku Raja buat masa ini, arra. Adik sabar dulu."

Pandangan Asha mula kabur lalu perlahan-lahan dia terbaring ke lantai kayu. Seokjin yang tidak sempat menyambut, terus membawa Asha, bridal style menuju ke tabib istana dengan secepat munkin.

Sampai sahaja ke tabib, terus Asha diperiksa dengan bantuan 3 tabib profesional.

"Tuan Kim, boleh saya bercakap dengan tuan diluar?"

TCC : Chapter 2Where stories live. Discover now