" T.A.M.A.T"
Jari jemari milik Arin dipatah-patahkan. Dia menghembus nafas lega. Akhirnya, cerita blog tentang kehidupan diri sudah ke penghujung. Namun, tujuan dia menulis, masih belum tercapai.
Tiada siapa yang menelefonnya lagi untuk memberitahu perihal Yoongi.
" Cik Kim, bagaimana dengan kisah Ara dengan Jimin. " Soal pembantunya yang sedang menghidangkan segelas air dan ubat-ubatan.
Arin mengambil kesemua jenis ubat mengikut kuantiti lalu memasukkan kedalam mulut. Kemudian dia meneguk segelas air, sehingga habis untuk membantunya menelan kesemua jenis ubat.
" Kisah mereka, kalau ada kesempatan, saya buat. Tapi kalau Ara yang sebenar buat, munkin lagi real. Saya adik sahaja. Selok belok perjalanan tu, saya pun tak tahu. " Jelas Arin membuatkan pembantu itu mengangguk kan kepala tanda faham.
" Bagaimana pula dengan Ah Yoo?"
" Ah Yoo? Dia Raja Joseon selepas Jin. " Balas Arin membuatkan pembantunya membulatkan mata tidak percaya.
" Jadi Jihoon tu Ah Yoo??"
Arin mengangguk.
" Sebenarnya Asha tidak dapat mengandung, jadi Seokjin mengarahkan untuk mencari bayi yang tiada ibu bapa. Tidak sangka pula, mereka jumpa Ah Yoo di dalam kuil... "
" Jungkook pula?"
" Jungkook ya? Dia sudah tidak lari lagi. Malah, makin suka tinggal kat Istana Yuan. Dengar cerita, dia bercinta dengan salah seorang maid. "
Mulut pembantu itu membentuk huruf 'O' tanda faham. Arin memandang di luar tingkap, masih cerah. Arin mengambil handbag miliknya lalu berjalan keluar dari rumah.
Dia mahu ambil angin sebentar. Apabila dia mahu mencari kunci kereta, dia dikejutkan dengan seorang lelaki berpakaian hitam. Serta bercermin mata. Arin melihat wajah namja dihadapannya.
Jatuh rahangnya apabila wajah yang dia rindui,kini berada dihadapan mata. Ya, dia sudah jumpa Min Yoongi. Kedua-dua insan itu hanya berpandangan sebelum seorang daripada mereka memecahkan suasana.
" Hai Jyeo."
.
.
.|Tcc 2020|
.
.
.A
rin memeluk lengan Yoongi kuat, mereka berdua memasuki taman permainan yang dikunjungi ramai kanak-kanak. Pelbagai perkara yang mereka lakukan.
" Yoongi! Tolak saya-" Arah Arin membuatkan Yoongi tergelak dengan sifat keanak-anakkan. Sudah berumur lebih 30-an mahu bermain buaian. Nasib sayang!
Pelik kanak-kanak disitu memandang pasangan of the year, yang mencuba pelbagai permainan. Mereka cuba,jongkang-jongket. Mereka cuba gelongsor pelbagai jenis.
Ibu bapa yang melihat telatah mereka berdua, hanya tersenyum.
" Yoongi pegang tangan saya!" Yoongi membulatkan mata apabila wanita itu berjalan di atas penghadang jambatan. Woi bahaya!
" Turun sayang, jatuh nanti." Wanita itu kemudiannya sengaja menjatuhkan diri dihadapan Yoongi. Automatik, Yoongi mencapai badan kecil Arin.
" Jom ambik gambar!"
" Tapi-
" Jangan kata awak ada alahan dengan kamera, nak saya cubit ke?" Arin mengeluarkan Iphone 11Pro miliknya lalu memberikan kepada strangers untuk mengambil gambar mereka berdua.
YOU ARE READING
TCC : Chapter 2
Fanfiction[SEASON 1 ] COMPLETED THE CROWNED CLOWN [SEASON 2 ] ON GOING THE LUSTFUL THRONE + muka seiras ratu, si badut dipaksa menjadi seorang permaisuri, memerintah bersama sang raja si hati batu. " Its between Love and Lies " Language : MALAY Starring : MIN...