Sequel

8 0 0
                                    

"Woi! Apa kau buat dekat dia ni?!" tanya Nail dengan penuh kemarahan.

Kaki laju melangkah ke arah tubuh seorang lelaki yang hampir sahaja dijadikan gulai itu. Dia dekelilingi dengan beberapa orang lelaki lain yang memang jauh lebih sasa darinya.

"Eh bunga kau jangan sibuk hal lelaki boleh tak?" jawab seorang lelaki yang sememangnya dibenci oleh Nail iaitu Ridzal.

p/s Nail ni nama panggilan untuk Bunga Naila.

"Jangan panggil aku bunga sebab aku tak nak dengar nama aku dari mulut orang yang macam kau ni!" tempik Nail.

Ridzal hanya diam memerhati tuan badan yang bercakap itu.

"Kau buat apa dekat sini? Spoil je lah!" marah Ridzal.

"Kau rasa kau bagus sangatlah buli orang macam ni? Tiga lawan satu pula tu? Piece of shit!" balas Nail dengan kasar.

"Aku fikir kau perempuan je tau, kalau tak dengan kau kau sekali aku pukul." balas Ridzal pula.

"Tepilah!"

Dia tanpa berfikir panjang menolak Ridzal dengan kekuatan yang ada sehingga hampir terjatuh Ridzal dibuatnya.

"Seriously Nail?" katanya dengan muka yang semakin merah menahan marah.

Nail tidak ambil peduli pun dengan Ridzal malah dia terus ke arah Hakim yang dari tadi berdiri kaku macam orang tak ada jasad. Nail terus menarik hujung baju Hakim untuk pergi dari tempat itu.

"Kau nak bawa dia pergi mana? Aku tak settle lagi dengan budak bodoh tu." marah Ridzal.

Nail memberhentikan langkah dan memandang ke arah Ridzal.

"Aku ada hak and boleh report korang semua tau. Aku ada bukti lagi ni. So, korang pilihlah nak duduk diam diam atau nak kena buang universiti terus? Jangan cabar aku Ridzal." balasnya dengan nada mendatar.

Ridzal dan rakannya yang lain hanya diam tanda mereka semua tak boleh melawan. Nail tahu yang mereka semua tak nak dibuang universiti.

Malas membuang masa, Nail dan Hakim terus meninggalkan tempat itu.

***

"Bunga.." panggil Hakim perlahan.

Hanya Hakim sahaja yang dibenarkan untuk panggil Nail dengan nama Bunga.

Nail perlahan-lahan memandang ke arah pemilik suara yang sekarang ada di depannya. Dia hanya memandang tanpa menyahut panggilan Hakim. Ekspresi muka yang kosong sahaja ditunjukkan.

"Hmm..?" balas Nail.

Dari pandangan Nail, Hakim seperti mahu berkata sesuatu tapi Nail tahu yang dia malu untuk memulakan perbicaraan.

Nail hanya membiarkan sahaja Hakim dan menyambung menyumbat roti di tangan yang dibelinya tadi sambil matanya liar memandang sekeliling kafeteria.

"Thank you.." kata Hakim dengan senyuman.

Tipulah kalau cakap yang senyuman dia tu tak handsome.

Nail menukar pandangan ke arah Hakim dengan laju.

"Kim.. Banyak benda Nai- ehem, Bunga nak cakap dengan Kim ni." suara Nail bertukar serius walaupun dia tersilap tadi.

Kerutan di dahi Hakim semakin jelas dilihat. Dia seakan-akan gementar dan takut dengan apa yang akan ditanya oleh Nail nanti.

"A-apa dia Bunga?"

"Kenapa Kim tak melawan balik si Ridzal tu? Kenapa kau tak bagitahu aku apa jadi? Sejak bila? Macam mana? Berapa lama dah kau kena macam ni?" bertubi-tubi soalan yang Nail tanya tanpa henti.

Hilang dah panggilan Bunga dari Nail.

Hakim hanya diam dan bermain dengan jari-jemarinya. Mungkin takut dengan nada Nail yang tiba-tiba berubah.

"Hakim."

Diam.

"Bagitahu aku apa jadi." tambah Nail lagi yang dah mula hilang sabarnya.

Masih tiada jawapan.

"Bunga tanya elok-elok ni." ujarnya tegas.

Hakim menarik nafas dalam sebelum bersuara.

"Kim bukan tak nak lawan tapi.."

Jeda.

"Tapi apa?? Cuba cakap biar habis." Tambah Nail lagi.

Masih tidak disambung Hakim.

"Kim.. Be a man and tell me." dengan nada yang tidak sabar.

"Kim tak nak besarkan masalah sebab ni masalah kecil je."

Nail berkerut dan menghempas roti di tangannya ke atas meja.

"Kau kata kecil? Dia mesti ada ugut kau dengan something kan? Kim.. Bunga rasa kau lagi ada kuasa daripada dia kan? Dia sebenarnya minta duit dari kau kan?!"

Marah.

Ya, tu yang Nail rasa sekarang.

Ridzal selalu ambil kesempatan dekat orang-orang yang terlampau mampu macam Hakim ni. Nail tahu yang ramai berkawan dengan Hakim atas sebab duit. Hakim pula sejenis yang terlalu baik.

Hakim tahu yang Nail sedang marah jadi dia hanya diam. Dia lali dengan perangai Nail yang macam tu. Tekaannya juga betul.

"Dahlah.. Bunga tak nak cakap dengan Hakim sampai Kim cerita semuanya. Pergi balik bilik and rehat."

Nail bangun dan terus keluar menuju ke pintu kafeteria tersebut sehingga hilang susuk tubuhnya dari pandangan Hakim.

Hakim hanya diam memikirkan tentang Nail tadi.

Keluhan dilepaskan.

----------------------------------

Hai semua! Do tell me if you are enjoying this or not. But if you want to keep on reading dont forget to press the vote button ❣️ Boleh share also to your friends 💜

This will be slowly update sebab i pun student still struggling with online classes but no worries i will try to do my best to continue this work.

I ada tulis previous story but it wass too cringey so i thought maybe la it is better for me to write another story. So here you go 😙

Much appreciated to those who read this and thank you in advance for your continuous support! 👌🏻🙊

- Dumplings Girl 🧡

BUNGAWhere stories live. Discover now