Pakaian sukan dan tudung bawal hitam dipakai kemas oleh Nail sebelum dia keluar untuk berjoging setiap pagi. Itulah rutin hariannya sepanjang dia berada di kampus.
Stokin hitam yang diambil dari dalam laci disarungkan sehingga paras buku lali. Jam ditangan dipandang sekilas dan kemudian beralih ke arah roommate yang masih membuta.
Kaki Nail laju menapak ke arah rakan sibiliknya itu.
"Kau kata nak jogging sekali dengan aku tapi daripada tadi aku kejut tak bangun haih lah perempuan.." bebel Nail perlahan.
Dia kemudian menampar perlahan lengan rakan sebiliknya itu.
"Kau nak tidur sampai tak bangun-bangun ke nyah?" ujarnya.
"Hmm... Lima minit lagi."
Geram dengan perangai si Irfah, Nail mengambil bantal yang dipeluknya dan memukul Irfah dengan bantal tersebut.
"Eee tak payahlah!" katanya dan menyambung semula tidurnya.
"Lantak kaulah. Aku pergi seorang. Tidurlah sampai bila-bila. Jangan nak membebel dekat aku bila aku tak nak jogging dengan kau dah." balas Nail.
"Hmmm.."
Tu sahaja dibalasnya.
"Haih.. Sabar je lah aku."
Nail terus ke pintu untuk keluar dari biliknya tetapi idea nakal terlintas di fikiran.
"Hmmmmm~" sambil melihat suis kipas di dinding.
Click!
Suis kipas ditutup lalu ditinggalnya dalam keadaan begitu. Nail ketawa riang sebelum turun ke bawah.
***
Hampir 4 pusingan kampus dia buat pada harini. Jelas nampak puas hati dari raut wajah Naila. Habis bajunya basah dengan peluh.
"Fuhh.. Record..baru." jelasnya dengan tak cukup nafas.
'Penat mat!' ronta hatinya.
Dia kemudian berjalan perlahan ke arah vending machine atau nama lain dia mesin gedegang. Air mineral sejuk tetap menjadi pilihannya tapi..
"Aik? Mana duit aku tadi?"
Hampir seluruh badan dirabanya tapi masih tak kelihatan. Dia dah mula panik. Walaupun hanya RM1 tapi dia baru sedar yang dengan duit RM10 pun hilang.
Tiba-tiba ada satu suara garau menegur.
"Emm.. Duit awak ke ni?" katanya sambil menghulur duit kertas berwarna biru dan merah.
Nail memandang lelaki dihadapannya atas bawah seolah-olah tak percaya.
"Eh mana jumpa?" tanya Nail tak percaya.
'Aku pernah nampak dia ni tapi dekat mana eh? Ah lantaklah yang aku tau dia memang satu batch dengan aku.'
"Tadi awak jalan atas batu bata tu lepastu saya nampak ada duit tercicir dari dalam poket awak. So, saya ikutlah tuan punya duit ni." jelasnya panjang lebar.
'Muka baik, tinggi, soft spoken and nampak macam selalu bersukan. Ah! Takde takde lelaki semua sama.' bisik Nail dalam hati.
YOU ARE READING
BUNGA
RomanceAs the saying goes: Trust take years to build, Seconds to break, and forever to repair. Naila Bunga bukanlah seorang yang membuta tuli mempercayai kata-kata seseorang terutamanya dari mulut seseorang lelaki. "All men ever do is lie. Baik aku atau ka...