ChEM - 01

648 14 0
                                    

"Aku mau semua orang yang sailang kawasan kita bunuh dan bakar jasad dorang." Kata Black dengan mukanya yang kencang itu.

"Baik bos!" Kata serentak orang2 bawahannya.

"Kau fikir kau hidup di rumah ini free! Kau kerja kau kena bagi separuh duit kau dengan kami!" Kata Aunty Maria kepada Lucky.

Lucky hanya membatu dan hanya menahan sakit hatinya dengan perlakuan keluarga mendiang mumynya itu.

Lucky ke kolej dengan menaiki bas awam manakala Faye menaiki kereta ferarinya yang baru di belikan oleh dadynya dengan duit insurans keluarga Lucky.

Sesampai di kolej Lucky terus ke kelas muzik berjumpa dengan band groupnya.

"Lucky kau memang kuat! Aku tabik spring dekat kau!" Kata Owen pemain guitarist electric band group mereka.

Lucky hanya senyum gembira. Tiba2 datang Faye dengan geng gediknya ke room band group Lucky.

"Woii tomboi bagi aku duit!" Pekik Faye dari pintu masuk room band Lucky.

"Aku tiada duit kau p minta dengan uncle sama aunty baru saja aku bagi duit sama diorang." Kata Lucky pula.

"Kau bagi dorang tapi kau kena bagi aku juga! Kau ingat sikit kau tu menumpang di rumah aku!" Kata Faye marah.

Semua kawan2 Lucky memandang Faye kegeraman. Lucky berjalan ke arah Faye dengan mukanya yang tenang itu.

Lucky terus menampar Faye dengan kuat sehingga Faye terduduk di lantai.

"Kau fikir aku bodoh macam dulu? Kau fikir aku akan bagi duit aku sama kau! Kalau kau mahu kau pergi minta dengan mak bapa kau sana!!" Bentak Lucky bercampur panas hatinya.

Faye memegang pipinya yang kesakitan itu. Geng gedik Faye pun mendekat dengan Faye mencuba membangunkan Faye tapi di tolak kasar oleh Lucky kerana kegeramannya.

"Aku beritahu dengan mama dan dady kau tampar aku!" Ugut Faye sambil menanggis kepada Lucky.

"Aku rela tinggal di jalanan dari aku tinggal dengan kamu sekeluarga! Aku tahan2 saja hati aku tapi kali ini aku tidak kisah dan aku tidak ambil kisah pun kalau uncle dan aunty halau aku!" Marah Lucky sambil duduk separuh mencangkung di hadapan Faye dengan matanya yang marak marah itu.

Faye dan geng gediknya terus berlari pergi dengan ketakutan itu. Kawan2 band group Lucky terkejut memandang Lucky sahabat mereka itu yang buat pertama kalinya meradang sebegitu rupa. Pertama kali mereka melihat amarah Lucky bagaimana.

Mereka pun sambung berlatih untuk tournament akan datang. Tepat jam 5:30 petang Lucky balik dan sampai depan rumah dan melihat bagasi kelabunya sudah berada di luar pintu rumah.

"Jangan kembali ke sini lagi! Kau lagi suka duduk di jalanan dari di rumah kami kan! Nahh kau tinggal lah sana di jalanan!" Teriak Uncle Jo kepada anak saudaranya Lucky.

Lucky mengambil bagasinya dan berlalu tanpa melihat ke belakang sikit pun dekat uncle dan auntynya. Pada masa yang sama hati Lucky retak dan berkecai. Walaupun dia biasa berdikari tapi dia tidak pernah lagi tinggal di jalanan atau lorong2.

Lucky berjalan di tepi jalan besar dengan bagasinya dengan air mata yang menitis laju. Tuhan itu maha mendengar sahabat2 lelaki Lucky datang tepat pada masanya kepada Lucky.

"Kami memang sudah agak kau akan dihalau dibuang dari rumah oleh uncle aunty dan Faye sebab kejadian d kolej tadi." Kata Owen kepada Lucky.

Lucky mendiamkan dirinya dan laju menggesat air matanya yang jatuh di pipi.

"Kami tidak akan biarkan sahabat terbaik kami begini susah sendiri. Menanggis saja Lucky jangan kau sembunyikan air mata mu dengan kami." Kata Roby sambil memeluk Lucky penuh kasih sayang.

Cinta hati Encik Mafia (Completed)Where stories live. Discover now