ChEM - 03

231 9 0
                                    

Selepas beberapa hari Lucky cuti emergency Lucky balik kerja d cafe seperti biasa. Masuk sahaja Lucky dalam cafe semua kawan2 lelaki secafenya datang mendekat ingin tahu hal sebenar kenapa Lucky cuti tiba2.

Tiga sahabat Lucky sedia tahu apabila di gerodok d hostel beberapa hari yg lalu. Tiga sahabatnya fikir Lucky cuti tiba2 sebab ada kait rapat dengan mafia yang cari Lucky itu hari d cafe tetapi tidak.

Lucky tersenggih dan cepat2 berlari masuk ke bilik locker persalinan dan mengguncikan dirinya di dalam bilik tersebut. Mimi dan Kayla pun menceritakan bagi pihak Lucky so kawan2 lelaki secafe Lucky tidak tertanya2 juga curiga.

.
.
.

Asal sahaja orang2 mafia datang ke cafe untuk mencari Lucky memang bukan takdir mereka berjumpa kerana Lucky memang tiada selalu di cafe. Semakin tertanya2 kawan2 Lucky serta Bos Emir kenapa mereka mahu sangat Lucky ditemukan dengan bos mereka.

Apabila ditanya oleh Bos Emir tidak pernah ada jawapannya. Lucky sendiri pun hairan Kenapa? Mengapa? Semakin takut Lucky mahu ke tempat kerjanya takut2 nanti tu mafia datang mencarinya lagi.

Petang itu Lucky main skate di Winston Park dengan sahabat2nya serta kawan lelaki secafenya. Mereka main dengan penuh keseronokkan. Lucky ke 7e untuk membeli minuman dan sedikit makanan ringan berlaga bahu dengan kuat dengan seorang lelaki yang lengkap berbaju blazer dark blue berkaca mata dan berkasut kulit hitam.

Lucky berlalu pergi ke kaunter untuk membayar manakala lelaki yang bekas berlaga bahu dengan Lucky hanya memandang Lucky dengan pandangan yang kosong dan serius itu.

Selepas membeli Lucky balik direct ke rumah asrama sahabat2nya. Lucky akan membawa sahabat2nya tinggal bersamanya di bungalow yang diwariskan pada Lucky secara rahsia itu.

Mereka akan pindah bulan depan selepas habis bayar sewa asrama bulan ini. Permulaan Kayla, Leysa dan Mimi menolak tetapi dipaksa oleh Lucky tidak akan dia tinggal solo2 di rumah besar gedabak begitu.

Ketiga2 sahabat Lucky terpaksa setuju kerana mereka juga tidak mahu tinggalkan Lucky sendiri2 di rumah bungalow tu.

"Kita sudah janji susah senang sedih gembira bersama2. Kita sahabat sampai mati." Kata Kayla, Leysa dan Mimi serentak sambil memeluk Lucky sambil melompat anak2.

"Aku mahu kamu cari gadis yang bernama Luna Mackenzie kerana tanpa dia aku tidak akan hidup seperti sekarang tanpa dia aku mungkin mati di lorong itu hari. Cari sampai dapat dan jangan pernah apa2kan gadis tersebut." Kata seorang lelaki yang tidak berapa tua itu.

Diego Santoz seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50an yang telah diselamatkan nyawanya semasa cedera parah di lorong itu hari. Diego mahu membalas jasa gadis yang menyelamatkannya iaitu Luna Mackenzie. Bagaimana Diego tahu nama Luna Mackenzie itu kerana Lucky mendaftar di kaunter yang bahawa orang yang dibawanya iti keluarganya kerana takut pihak hospital tidak akan terima kalau bukan ada kaitan keluarga.

Lucky hantar Diego Santoz Ketua Yakuza Mafia yang paling terkenal di dunia di hospital kerajaan bukan swasta jadi pihak hospital kerajaan tidak berapa kenali ketua yakuza mafia tersebut kecuali kalau dibawa ke swasta. Diego mempunyai seorang anak lelaki dan tunggal serta baru kematian isteri tersayang.

Black Arjuna nama yang diberikan oleh papa Black pada masa yang sama mendiang mumy Black suka memanggil Black dengan nama manja iaitu Juna. Juna seorang lelaki yang susah senyum, tegas, segak macho, dada yang bidang, tinggi lampai, ditakuti, digeruni dan ramai yang mahu mendekatinya.

"Papa why papa mahu sangat jumpa dengan budak yang selamatkan papa itu hari?" Tanya Black kepada papanya.

"Kalau tanpa dia Juna tidak akan nampak papa sekarang." Kata Diego sambil menatap Juna seperti menyindir.

"Yes i know but Juna otw ke tempat papa cedera tapi bila Juna sampai papa tiada di tempat tersebut rupanya papa sudah kena hantar oleh budak tu p hospital government. Takkan dia tidak tahu yang papa tu ketua yakuza mafia yang terkenal seluruh dunia kah?" Kata Black binggung.

"Papa pun tidak tahu dia kenal papa atau tidak. Tapi papa tengok dia seorang gadis jenis yang tidak ambil kisah pasal hal2 yang bukan hal dia." Terang Diego lagi.

Black mendiamkan diri saja dengan penerangan dari papanya itu. Pada masa yang sama datang beberapa orang bawahan mereka dan memberitahu bahawa mereka sudah menemui dan tahu keberadaan gadis yang Boss mau jumpa.

"Tolong berikan sampul ini kepada dia tanda terima kasih saya kerana dia telah menyelamatkan saya tempoh hari." Kata Diegi dengan tegasnya pada orang2 bawahannya itu.

"Okay Boss." Serentak menunduk hormat beberapa lelaki dihadapan Diego Santoz itu.

Sampul tersebut di serahkan kepada Bos Emir kerana bukan rezeki mereka untuk berjumpa dengan Lucky kali ini. Bos Emir mengambil sampul tersebut dan menyimpan di dalam locker kerja Lucky.
.
.
.
.
.

Tiga hari selepas itu baru Lucky dan tiga sahabatnya turun kerja kerana mereka mengguruskan perpindahan ke rumah bungalow Lucky yang telah diwasiatkan secara rahsia oleh parents Lucky.

Bukan setakat bungalow saja yang Lucky miliki tetapi lengkap segala2nya di bungalow dan kawasan bungalow itu siap dengan bodyguard keselamatan rumah, driver dan maid.

Walaupun lengkap segala2nya Lucky tetap rasa sunyi kerana dia mahukan parents nya ada bersama dengan nya seperti sebelum2 ini. Lucky akur dengan takdir yang bahawa dia akan hidup sebatang kara tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Lucky membuka locker kerjanya untuk menukarkan pakaian dan terlihat ada sampul surat berwarna hitam di dalam lockernya. Lucky membuka dan terkejut melihat seikat wang sekeping2 rm100 tebal macam jongkong emas itu berserta sepucuk surat warna hitam juga.

Dalam surat tersebut menggatakan 'Terima kasih kerana telah menyelamatkan uncle. Dan sebagai membalas jasa baik dari kamu uncle hadiahkan wang yang tidak seberapa ini sebagai tanda kamu telah bersusah payah dan prihatin kamu terhadap uncle. Terima kasih sekali lagi. Uncle harap kamu boleh terima wang ini.'

Lucky memasukkan semula wang dan surat tersebut. Lucky menyimpankan sampul hitam tersebut dalam kotak kayu berkunci dalam lockernya itu.

Dalam setahun lebih itu banyak orang yang mencari dan berjumpa face to face dengan Lucky atas amanah yang telah di berikan oleh mendiang mumy dan papa Lucky.

Pertama, pegawai insurans di mana mereka merombak semula duit elaun tersebut ke atas nama Lucky. Kedua, pegawai perlesenan senjata api kerana Lucky akan mewarisi syarikat papanya yang membekalkan senjata api ke seluruh negara. Ketiga, pegawai kebajikan iaitu yang manage rumah agam yang telah diwakafkan oleh papa dan mumy Lucky kepada kebajikan dan pihak kebajikan akan jadikan Lucky sebagai orang terpenting setiap apa setiap hal atau aktiviti yang dilangsungkan di rumah agam tersebut. Last, ketua pegawai bank negera yang di mana mengguruskan turun naik saham wang milik keluarga Lucky dan pihak bank negara akan meletakkan nama Lucky sebagai satu2nya waris mendiang papa dan mama Lucky.

Walaupun begitu Lucky tidak pernah gunakan harta kekayaan yang dia warisi dengan sewenang2nya kecuali digunakan untuk rumah agam dan kegunaannya sendiri.

Faye yang mendengar akan perubahan nasib Lucky sepanjang setahun lebih ini membuatkan egonya terhakis. Faye tidak mahu menggaku kalah malah Faye cuba cari seseorang yang bileh membuatkan dirinya kaya dan selalu menjadi perhatian semua orang.

Faye membuat keputusan untuk ada hubungan dengan seorang lelaki yang bergelar Dato' hanya untuk menghakis wang yang dimiliki oleh Dato' tersebut dalam erti kata lain 'sugar daddy'.

Faye selalu di hantar oleh lelaki yang bergelar Dato' itu ke kolej dengan pelbagai kereta yang mewah dan modern style. Lelaki yang bergelar Dato' itu berumur lingkungan 30an.

Faye suka menunjuk2 kemewahan dari lelaki yang dikatakannya itu ialah teman lelakinya. Apa sahaja yang Faye mahukan dituruti oleh lelaki tersebut tanpa syarat kerana lelaki tersebut terlalu menyayangi Faye lebih dari apa pun.

(1206 words)

Cinta hati Encik Mafia (Completed)Where stories live. Discover now