4

5 1 0
                                    

"Assalammualaikum! Sarah! Ooo Sarah!" Jerit Jia.

"Waalaikumussalam" Sarah bukak pintu sambil mengosok matanya yang masih lagi mengantuk.

"Patut lahh tido rupenya. Ni Akim kasi" Jia menghulurkan plastik yang mempunyai polistrin didalamnya.

"Ishh. Aku kenyang dah lah." Tolak Sarah walaupun dia lapar yang teramat.

"Sarah. Jangan nak tipu aku. Kau lapar kan. Amik je lah."

"Aku dah kata kan aku tak nak terhutang budi dengan dia."

"Aku tahu. Aku dah bagitahu dia dah yang kau tak nak apa-apa dari dia. Tapi dia kata...yang ni makanan kau, dia bungkus. Dia kata ikhlas bungkuskan. Tak susah pun. Dia kata kat aku"

"Hmmm. Yelah"

Sarah menerima pesanan daripada Akim.

"Sorry awak. Lepasni saya tak tanya dah soalan macam tu. Saya harap sangat awak sudi kawan dengan saya. Tapi, kalau awak tak nak takpe. Awak makan ye makanan tu nanti perut masuk angin pulak. Sorry tau."

Sarah campak telefon dia atas katil.
"Mampus kau" kata Sarah separa berbisik.

Jia hanya lihat sahaja gelagat Sarah tu. Dia sudah masak dengan perangai kawan dia yang sorang tu.

Sarah langsung tak makan makanan yang dibungkus tadi. Dia keluar bilik dan cari kucing yang berkeliaran. Dia bagi kesemua makanannya pada kucing yang ada.

"Makan tau, biar gemok" kata Sarah pada kucing sambil mengusap-usap kucing tersebut.

*****

Beberapa minggu kemudian, Sarah menerima sejambak bunga yang berisi coklat.

"Sape bagi ni Jia?" Soal Sarah.

"Ntah"

Notification Sarah memaparkan pesanan daripada Akim.

"Hai awak. Lama tak berbual. Awak dah dapat ke bunga tu? Anggap tu hadiah persahabatan kita ye. Jaga diri."

"Eh ada lagi makhluk ni. Ingatkan dah  bla. Tak serik ar dia ni." Bebel Sarah.

"Akim lah tu. Weh aku lupa nak bagi kau." Jia membawa satu plastik penuh dengan surat.

"Huyooo banyak gila. Surat cinta starla ke ni. Hahahahaha"

"Aku saja je tak kasi kau. Kang aku kasi mengamuk lagi." Kata Jia.

"Hekk sayang Jia. Sorry susahkan kau. Anyway, mana kau dapat surat-surat ni?"

"Hmm macam ni lah. Actually, kat cafe dia memang ada je duk perhatikan kau. Kat mana-mana pun lah, dia memang ada. Aku tak tau lah yang kau perasan tak. Lepastu, dia ada jumpa aku personal, dia bagi surat-surat ni. Dia macam nak nangis weh. Aku kesian gila tengok. So, aku tolong dia."

"Sorry weh. Aku susahkan kau. Afiq tau tak?"

"Takpelah. Afiq tau. Afiq kata hati- hati, kalau jumpa pun, jumpa kat tempat orang ramai. So aku decide, aku suh Akim letak surat dia tu kat aku punya loker. Haritu surat yang kau nampak tu, surat kau, bukan aku punya"

Sarah peluk Jia. Sungguh dia rasa bersalah dekat kawan dia. Padahal bukan ada apa-apa pun. Dada dia sesak, jiwa dia remuk. Tiba-tiba sahaja dia rasa begitu. Air mata dia turut mengalir, dia rasa begitu lemah.

"Sarah. Kau nangis ke? Jangan lah nangis, takda apa-apa pun." Jia usap belakang Sarah.

"Aku tak tau Jia. Aku rasa sesak sangat ni. Tibe-tibe je." Sarah meleraikan pelukannya.

"Cuba cerita kenapa" pujuk Jia.

"Aku sedar je dia ada. Tapi aku buat bodoh. Aku tak nak serabut sebab dia. Tipulah kalau dia caring pasal aku, aku tak rasa apa. Aku ada je perasaan kat dia. Tapi aku tak nak. Cukup lah laki yang sebelum ni buat aku sakit hati. Cukuplah. Aku tak nak dah." Air mata Sarah semakin laju membasahi pipinya.

Jia peluk Sarah. Dia turut merasakan kesakitan yang Sarah alami. Jia hampir menangis,tetapi ditahannya.

"Shu shu, dah dah." Jia mengelap air mata Sarah.

"Makan askem, jom" ajak Sarah dengan tangisannya yang hampir reda.

"Hahahaha sempat tu"

"Jom lah" rayu Sarah.

"Iyaa cepat lah siap."

Sarah dan Jia keluar. Mereka membeli aiskrim dan makan di tepi taman. Selepas Sarah menghabiskan aiskrimnya, Sarah bersandar pada kerusi dan mendongak ke langit. Dia masih teringat kenangan dulu bersama rakan lelakinya itu selalu lepak sambil pandang langit. Air mata dia sekali lagi memunculkan diri dan mengalir membasahi pipinya.

"Lahh nangis lagi" tegur Jia.

"Ish jangan kacau" kata Sarah.

Bintang :)Where stories live. Discover now