ONE

27 3 0
                                    


Hatta diceritakan pada tahun 2123 telah berlakunya peristiwa yang mengemparkan satu negara Gorjan. Peristiwa yang dinamakan bencana covid-18 akibat serangan virus buatan dari negara Burpee dikatakan telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.

7 tahun sudah berlalu, namun virus ini kembali menyerang apabila organisasi jahat iaitu Nasko yang dipimpin oleh Dato' Zain, Presiden negara Virza mengolah virus covid-18 menjadi covid-19.

Sekali lagi negara Gorjan dilanda huru-hara akibat perbuatan hasad dengki manusia.

Tahun 2123, disebuah perkampungan yang terbiar;

"Arghhhh! Sakit, arghhh!"

"Tolong, tolong! Selamatkan Mak saya. Mak! Mak! jangan tinggalkan Along Makkkk!"

"A... along, m... mak... mintak maaf tak dapat... hemm... menyelamatkan ka... kamu", sambil menahan kesakitan, perempuan ini sempat menghadiahkan senyuman buat anaknya...mungkin senyuman terakhir untuk tatapan buah hatinya.

"

Tak mak, bertahan kejap mak. Akan ada bantuan yang tiba. Kejap je, sabar ye mak. Kejap je"

"Ergh! Along... ja... jaga diri... uhuk.. uhukk... hurff.. ergh... kamu... baik-baik... mak... sa... yang... a... huk huk... long..", sejurus selepas mengucapkan ayat tersebut, mata perempuan tua itu terpejam rapat.

"Mak!!!!!!!"

DUMMMMM!!!!!!!!

Dimasa sekarang (2130)

"Hoi Zir! Buat apa sorang-sorang atas ni? hahaha" soal Xin kepada Zirqo sambil melabuhkan punggung di palang bangunan organisasi Al'gela tidak jauh dari kedudukan Zirqo yang sedang mengelamun melihat langit malam.

"Emm". "Kau ingat kejadian dulu ke?" soal Xin lagi walaupun Zirqo hanya membalas acuh tidak acuh. Tetapi Xin tahu bahawa pemuda itu memang susah untuk diajak berbicara namun dalam diam Zirqo selalu mejaga kebajikan semua orang dalam organisasi dengan baik.

"Hahahha, Salah ke aku menanyakan soalan? Eh?! Kau menangis Zir?" tanya Xin lagi apabila pertanyaan keduanya dijawab dengan jelingan Zirqo.

"Ada apa?", tanya Zirqo sambil menggelap air mata yang tersisa di birai mata juga untuk menukar fokus perhatian Xin akan pertanyaannya.

"Oh, Kak Lyn dan Abang Kay cari kau sebab ada kecemasan", jawab Xin tanpa bersalah, namun lain halnya dengan Zirqo yang sudah menajamkan pandangan melihat Xin yang tenang itu.

"Kau! Kenapa tak cakap awal-awal ada kecemasan?! Arghhhhhh kau memang cari pasallah Xingong!", terus Zirqo bangkit dan bergegas melangkah menuruni tangga ke bilik mesyuarat dimana Dr.Alyn dan Dr.Kay sudah menunggu.

"Eii! Aku Xin la bukan Xingong! Nak marah pun, jangan tukar nama aku! Kau memang nak kena dengan aku lah Zir!" balas Xin sambil kaki turut melangkah mengejar Zirqo yang sudah jauh kedepan untuk mendengarkan misi tentang kecemasan yang baru diterima dari Presiden Negara Gorjan.

Di Bilik Mesyuarat

"Kak Lyn, Abang Kay maaf sebab lambat sampai. Kecemasan apa yang Sir Richard sampaikan?" tanya Zirqo sejurus sampai di bilik mesyuarat.

"Masuk dulu Zir, tengok rakaman ni kejap. Kamu ada perasan apa-apa tak?"

"Ini bukan ke--"

"Virus 7 tahun lepas kan? Bukan dah hilang virus ni lepas negara Burpee hancur kena bom dulu?", belum sempat Zirqo menjawab soalan itu, Xin sudah menjawabnya dan akibatnya Xin mendapat tendangan percuma akibat menyampuk percakapan mereka.

"Argh sakitlah Zir! Agak-agak la nak tendang pun. Aku tahu la salah aku. Erghhhh!"

"dah, jangan bergaduh lagi. Betul Xin, ini virus dari 7 tahun lepas tetapi terdapat sedikit keganjilan sebab kita lambat mengesannya. Kalau dulu virus ini menghantar serangga namun kali ini simpton virus ini adalah kesesakkan saluran pernafasan." Kata Dr. Alyn.

"Maknanya, virus ini--"

"Virus baru ke? Siapa yang hantar pula ni?" sampuk Xin lagi sebelum Zirqo menghabiskan ayatnya.

"Tak Xin, ini virus yang sama cuma simpton sahaja lain. Jadi kami telah mengklasifikasikan virus ini sebagai covid-19. Dan kami juga sudah mengesan siapa pelakunya ", jawab Dr. Kay yang berdiam diri dari tadi.

"Siapa?", serentak Xin dan Zirqo menyoal.

"Dato' Zain, kamu kenal? Dia adalah presiden negara Virza tapi dia juga adalah ketua Organisasi Nasko, mesti kamu berdua pernah mendengar nama organisasi ini", pancing Dr. Alyn.

"Pembunuh...", serentak mereka berdua mengucapkan perkataan ini perlahan.

"Pandai, jadi misi kamu adalah untuk menyusup masuk ke pangkalan Nasko dan siasat apa punca dan cari penawar bagi virus ini. Faham?", soal Dr. Alyn.

"Location Nasko?", tanya Zirqo

"Itu kami sudah hantar dekat peranti kamu, oh berhati-hati ya? Nasko sekarang bukan macam dulu. Lagi kejam dan licik.", balas Dr. Kay.

"Peranti? Kami ada barang baru? uwauuuuuuuuu. Zir peluk jom. Muehhehehhehehe aku gumbiraaaaaaaa arrrr", sampuk Xin.

"Blah", kata Zirqo sambil menghalang tangan Xin.

"Sudah-sudah. Akak mahu, misi ini berjalan lancar. Jangan gagal walaupun kamu berdua berjaya dalam misi yang diberikan sebelum ini. Musuh kita bukan sembarangan. Faham?", tanya Dr. Alyn.

"Faham dan jelas Dr."


RAY ICARUS

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now