TWO

7 3 0
                                    


Selepas perbincangan mengejut sebentar tadi, Xin dan Zirqo diselubung suasana sepi kerana misi yang diterima tersebut amat sukar.setelah mereka sampai di bilik Xin terus menyatakan kegusaran di hatinya kepada Zirqo.

"Zir, kau yakin misi kita ini tidak susah?", soal Xin apabila melihat Zirqo merenung gambar lama di loker.

"Kita dah dapat arahan, hendak atau tidak kita kena laksanakan juga. Lagipula, kau sanggup melihat ramai yang terkorban akibat virus durjana ini?", terang Zirqo panjang lebar dan merenung tajam Xin akibat dendam lalu yang tersimpan kemas di ingatan.

"Tak, bukan. Aku cuma... tak sedap hati. Kau kenalkan macam mana Nasko bekerja? Tambah lagi pengaruh si tua tu dalam HO? (pertubuhan kesihatan)", jelas Xin memecahkan angan-angan Zirqo. Kerana dia cukup kenal siapa Dato' Zain.

"Yang itu, kita fikir kemudian. Sekarang, kau kemas apa yang patut. Esok kita akan memulakan misi kita.", terang Zirqo sekaligus menenangkan perasaan gemuruh Xir akan misi yang baru diterima.

"Mak, along akan tebus kesalahan along dengan menolong penduduk negara Gorjan..", tekad hati Zirqo selepas melihat Xin lena dijemput mimpi indah.

Maka, keesokkan harinya. Berangkatlah kedua-dua pemuda untuk melaksanakan misi yang diamanahkan kepada mereka. Dalam perjalanan ke negara Virza, secara tidak sengaja Xin melihat satu kemalangan. Namun yang membuatkan Xin bingung adalah susuk tubuh manusia yang terbaring di atas jalan tetapi di sisinya terdapat sebilangan manusia yang tiba-tiba terbaring dan ada juga berbuih mulutnya, Xin terus mengarahkan Zirqo untuk memberhentikan kereta serta merta.

"Berhenti Zir!"

"Kenapa Xin? Kita sudah dekat dengan sempadan negara ni", soal Zirqo kebingungan.

"Ada yang pelik dengan kejadian ini. Cuba kau lihat, manusia manusia ini secara tiba-tiba jatuh, walhal mereka melakukan aktiviti harian yang menyegarkan tubuh", jawab Xin sambil menunjuk kearah satu susuk tubuh manusia yang terbaring ketika berlari.

"Serangan jantung mungkin?", balas Zirqo bila melihatkan Xin sudah melangkah kearah tersebut untuk memeriksa.

"Tak, tak. Ni lain. Ada yang ganjil tentang mereka. Aku rasa kita kena laporkan kepada organisasi untuk menyiasat perkara ini", usai Xin bercakap Zirqo terus memaklumkan kepada Dr. Alyn akan perkara ini.

Selang beberapa minit kemudian, datang beberapa trak kesihatan untuk mengangkut mangsa-mangsa ini ke markas organisasi Al'gela. Disana, Dr. Alyn, Dr. Kay dan pasukannya merawat mangsa-mangsa bagi mendapatkan data tentang kejadian yang ganjil ini.

"Keputusan ujian sudah dapat, betul kata Xin. Ini hal yang ganjil. Terima kasih kerana cepat bertindak kamu berdua", ucap Dr. Alyn seusai duduk di kerusi dalam bilik mesyuarat organisai tersebut.

"Kak Lyn, simpton yang dihadapi mangsa-mangsa ini sama macam arwah Prof. Ali dulu", kata Xin yang membuatkan mata Zirqo memandang tepat kearahnya.

"Betul Xin, simpton ini sama dengan arwah papa. Cuma kak Lyn baru perasan", balas Dr. Alyn sambil tersenyum

Belum sempat perbincangan dilanjutkan, layar di dalam bilik mesyuarat itu terbuka sendiri dimana terdapat video dari Dato' Zain.

"Macam mana sistem boleh kena godam?!", jerit Dr.Kay kepada anak buahnya

"Maaf Dr. Kami akan siasat hal ini", sesudah itu kumpulan yang menjaga sistem keselamatan organisasi bergegas keluar untuk membaiki sistem yang dicerobohi musuh.

"Hahahahaha, macam mana semua? Suka dengan hadiah dari aku? Itu baru sikit, kalau kau masih berdegil Richard. Aku akan hapuskan bandar dan negara kau sekali dengan keluarga kau akan aku hancurkan", terdengar suara Dato' Zain jelas dalam bilik mesyuarat itu.

"Apa yang kau tidak berpuas hati lagi Zain? Aku sudah berikan segalanya. Apa yang tidak cukup lagi?", balas Sir Richard yang kebetulan berada dalam bilik mesyuarat itu sekali.

"Aku mahukan negara kau hancur, macam kau hancurkan negara abang aku. Kau lupa Richard?", memerah muka Dato' Zain menahan marah.

"Bukan aku yang lakukan Zain, bukan aku. Itu perbuatan negara P."

"Ye, itu kerana kau yang arahkan!", jerkah Dato' Zain

"Aku tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menghancurkan negara orang Zain!", balas Sir Richard sambil mengepal penumpuk

"Hahhaha kau marah Richard? Oh sebelum aku lupa, dah besar rupanya anak Ali. Hai Alyn, ingat pakcik lagi? Macam mana pengakhiran hidup ayah kamu setelah pakcik suntik virus pemula di badannya? Hahahah, eh? kau... Zirqo si budak pemulung bukan? Dan kau... Xin? Anak terbuang? Hahhaha hidup lagi kamu berdua? Ingatkan lepas aku hantar orang aku bunuh mak ayah kamu berdua, sekali dengan kau orang mati. Tak sangka masih Panjang umur.", sindir Dato' Richard.

"Kau!! Kau rupanya dalang selama ini? Apa kau tak puas hati lagi hah?! " jerkah Zirqo dikuasai api kemarahan manakala Dr. Alyn sudah memerah mata menahan air mata dari gugur sambil mengepal tangan

"Bodoh. Tak guna.", bisik Dr. Alyn perlahan

"Tenang anak muda, aku cuma menolong mempercepatkan ajal sahaja. Hahahha kau tahu Richard? Virus yang aku hantar untuk menyerang negara kau sebenarnya sudah ada penawar. Aku boleh bagi tapi aku nak kau bayar dengan kemusnahan negara kau", jelas Dato' Zain lagi sambil mengejek.

"Itu sama sahaja dengan kau tak mahu menolong rakyat negara aku Zain! Kau memang licik dari dulu, sama macam abang kau yang sudah mampus itu!", tempik Sir Richard

"Kau! Tapi tak apa Richard, aku senang melihat kau begini. Sekurang-kurangnya hilang sakit hati aku mengingatkan kematian abang aku. Hahahhaha semoga Berjaya mendapatkan penawar. Itu pun kalau berhasil. Hahahhahhaha. Akan aku nantikan khabar kemusnahan kau Richard", selesai itu, layar pun terpadam sendiri.

"Dia... penyebab semua ini? Dia yang bunuh mak ayah aku? Arghh!!", amuk Zirqo

"Sabar Zir, kalau kau macam ini, dia lagi suka", Xin menenangkan Zirqo.

"Macam mana Sir?", soal Dr. Kay.

"Saya tak tahu, yang pasti misi ini kita lupakan dulu buat sementara waktu. Sekarang kita kena cari penawar dulu", putus Sir Richard.

Setelah itu, beliau melangkah menuruni lif untuk ke bawah tanah dimana mangsa virus ini ditempatkan dan dirawat dengan peralatan canggih.

"Baik Sir.", dan Dr. Kay terus mendapatkan isterinya Dr. Alyn untuk menenangkannya.

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now