SIX

4 2 0
                                    

Selepas merawat mereka dengan mengurangkan dos ubatan dan mendapatkan rehat yang secukupnya, pekerja di bahagian reseption telah memaklumkan akan ketibaan Sir Richard dan telah pun dibawa ke bilik mesyuarat. Mendengarkan hal tersebut, mereka berempat telah bergegas ke ruangan tersebut untuk berjumpa Sir Richard.

Sepanjang perjalanan ke bilik mesyuarat, mereka sempat bertanyakan kepada Dr. Alyn dan Dr.Kay tentang kedatangan Sir Richard ke Al'gela, namun persoalan mereka hanya dibiarkan tergantung sahaja. Apabila sampai di depan pintu bilik mesyuarat, mereka mendengar suara Sir Richard sedang berbual namun mereka tidak dapat mengecam suara misteri tersebut.

"Patutkah kita meminta pertolongan mereka?", soal suara misteri tersebut.

"Belum cuba belum tahu, kita cuba usaha dahulu", tenang jawapan Sir Richard, namun disudut hatinya dia bimbangkan reaksi pewira Gorjan iaitu Zirqo dan Xin.

Habis sahaja Sir Richard bercakap, pintu bilik tersebut ditolak dari luar dan muncullah empat susuk manusia memasuki bilik tersebut. Melihatkan susuk tersebut, Sir Richard terus bangun dan menegur mereka manakala suara misteri yang didengari mereka adalah milik sesusuk lelaki muda yang berwajah dingin sedang memerhatikan mereka.

"Hai Alyn, Kay, Xin dan Zirqo. Maaf jika kedatangan saya kesini telah menganggu kerja kalian", kata pemanis Sir Richard.

"Hai Sir, tak menganggu pun Sir. Kami tahu kedatangan Sir ke sini bukan saja-saja. mesti ada maksud tersendiri.", balas Dr.Kay.

Mendengarkan balasan Dr.Kay. Lelaki misteri yang datang dengan Sir Richard terus bangun dan mencelah.

"Saya Drake. Orang yang bertanggungjawab membantu Zain dalam penyebaran dan pembuatan virus ini.", jelas lelaki misteri tersebut atau Drake dan berjaya menyentakkan Xir dan Zirqo.

"Sial! Kau datang sini sebab nak musnahkan kami ke?!", tengking Zirqo sambil mencengkam kolar baju Drake.

"Lepas budak mentah", balas Drake dengan dingin sambil menepis cengakaman Zirqo.

"Uncle Drake?", tanya Xin dengan nada perlahan.

"Hai anak saudaraku? Apa khabar dirimu?", soal Drake atau Drake Lee iaitu pakcik kepada Xin.

"Uncle yang subahat dengan atuk? Uncle yang bunuh mama papa Xin?", soal Xin kembali tanpa membalas soalan Drake.

"Ya uncle bersubahat, tapi itu dulu. Sekarang atuk kamu semakin melampau. Jadi uncle khianat atuk dan here I am my sweet nephew", terang Drake. "Uncle khianat atuk kamu sebabkan hal itulah. Satu-satunya kakak yang uncle ada telah dibunuh. Kamu tahu? Uncle baru tahu pasal pembunuh mama papa kamu awal tahun ini?" soal Drake kepada Xin dengan senyuman segaris.

"Tipu, uncle tipu. Uncle mesti ada muslihat lain datang kesini", ragu Xin.

"Uncle tak ada kuasa nak bagi kamu mempercayai uncle", putus Drake.

"Xin, apa yang Drake bagitahu kamu adalah benar. Kerana kami menjumpai dia di hutan larangan berdekatan dengan gerbang kota. Dan masa itu, dia telah nyawa-nyawa ikan dan koma selama 3 bulan.", celah Sir Richard.

Xin yang mendengarkan itu terus tersentak dan memandang Drake. Drake yang perasan akan pendangan Xin hanya membalas dengan senyuman.

"Jadi apa yang uncle cakapkan adalah benar? Tapi siapa yang cederakan uncle?", soal Xin.

"Ayah uncle, atuk kamu sendiri Xin. Well, dia tahu uncle memberontak dan rancangan uncle lari ke Gorjan telah dihidu oleh atuk kamu. Maka, dia arahkan konco-konconya ikut uncle malam tu. Teruk gak ah kena.", jelas Drake tapi masih dengan dingin dan selepas itu, Drake terus meyambung cerita apabila Sir Richard memintanya untuk menjelaskan keadaan sekarang.

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now