Mata yang aku katup, yang sudah lama digoda ngantuk.
Ku buka kelopak ,tersembul ainku berputih dan hitam di pusat.
Aku sedar aku masih selamat. Masih selamat di atas tilam yang di beli bapaku.
Aku hairan semalam tubuhku membesar. Tetapi hari ini tubuhku kembali normal sediakala.
Adakah ini dilema? Adakah ini dejavu?
Aku menggerakkan enjin diriku, membawa kakiku bergerak maju. Bergerak ke arah salah satu jalan untuk keluar.
Pintu.
Dipulas tombol itu, ditarik kerana memang begitu lumrah pintu bilikku.
Ada mereka yang perlu menolak. Tetapi bukan pintuku.Mataku tertancap pada tubuh ibu, tubuh ibuku tidaklah besar, namun kelihatan sihat dan bersinar.
Tidaklah sinarnya seperti mentol yang elektriknya sudah dialir.Ku kehairanan, ku kepelikkan. Perasaan itu sudah berada pada takuk yang dikira maksimum, bagi diriku yang masih baru dalam dunia baru dan asing ini.
Ku melihat pada hari semalam, sebelum ku merebahkan tubuh dan memejamkan mata. Ku melihat rakan rakanku ada di kalangan mereka yang membesar. Tetapi tidak pula bersinar seperti ibuku. Ada pula yang teruk dihujani kecaman mulut mulut jahanam, badannya tidaklah besar, namun bersinar. Sinarnya tidaklah menyakitkan sang pelihat, tidaklah menganggu kehidupan. Sinarnya amat menenangkan. Seperti tenangnya kita melihat mereka yang mendapat cahaya dari Tuhan.
Tetapi mengapa beliau di perlakukan begitu. Apa yang menyebabkan dia diperlakukan sebegitu. Sudahkan mempunyai cahaya yang menenangkan, tetapi tidak kelihatan sebagai cahaya penenangkepada mereka yang berbuat keji padanya.
Aku mengambil sebotol air kosong sejuk. Aku berjalan menuju ke kerusi meja dimana tempat kami sekeluarga memenuhkan perut yang dikurnia Tuhan.
Aku mengubah posisi kerusi itu agar aku dapat duduk di atasnya. Aku meneguk air yang kosong jumlah kalorinya, tetapi amat diperlukan untuk seantero lapisan dunia.
Air yang digunakan juga untuk membersihkan diri.
Pelbagai rencaman(pelbagai) kehidupan yang aku saksikan. Sedangkan aku merasakan diriku baru sahaja hidup pada hari semalam. Bukanlah aku mengalami amnesia. tetapi aku pelik.
Aku biarkan sahaja sebotol air itu di atas meja makan, berpeluh, sangat menggiurkan.
Aku berjalan menuju ke ruang tamu, melihat kakakku yang sedang menonton televisyen. Aku hairan, tubuh kakaku yang sulu ini kelihatan mengembang sedikit dei sedikit. Serupa rakan rakanku yang lain, yang mana memperlakukan hna kepada insan lain.
Aku mengalih pada kaca televisyen, adegan 18 sx iaitu berkucupan sedang disiarkan. Kakakku menonton adegan itu tanpa malu di dirinya.
Aku terus beredar daripada situ.
Dalam perjalanan kembali ke kamar, aku terlihat isu semasa yang sudah dicoret pada kertas. Aku mebelek coretan itu helai demi helai.
' Seorang Ustaz berdakwah Kepada orang awam '
Aku membaca setiap bait kata yang dicoret cecair hitam, yakinnya datang dari sebatang alat yang dicipta dan direka manusia untuk menulis. Tetapi sudah dinaik taraf menjadi sebuah skrin bersama sebuah papan kekunci dan dituruti dengan sebiji alat yang menyerupai tikus.
Aku melihat ilustrasi Ustaz tersebut. Keadaannya sama seperti rakan rakanku yang menghina insan lain. Menggempal tetapi tidak pula bersinar.
Aku keliru, bukankah berdakwah itu adalah satu pekerjaan yang mulia?. Bukankah mengajar ke arah kebaikkan itu satu pekerjaan yang diangkat Tuhan?
' Seorang peragut berjaya dikejar, warga emas wanita diseret'
Air liurku ditelan aku, melihat perkataan 'diseret' agak menggerunkan aku.
Tetapi yang hairannya tubuh si pemangsa tidak pula membesar, malah bersinar tetapi tidak seterang rakanku.
Aku menjadi hairan, apakah aku perlu melakukan perbuatan seperti rakanku yang dihina itu, ataupun seperti peragut ini? Apakah yang dimaskudkan dengan cahaya itu? Apakah pula yang dimaksudkan dengan badan yang menggempal sikit demi sikit?
Teruskan membaca dan follow this story from this beginning. Anda jangan lupa untuk vote and follow okay. Nanti akan ada notification muncul pada telefon kalian, apabila saya memproduksikan episod baharu, atau mengumumkan apa apa berita ya. keep voting sweet!!!!!!
YOU ARE READING
The Sins
General FictionAku melihat. Aku mendengar. Semakin Hari, Tubuhku Semakin MEMBESAR. Ku Lihat Juga Mereka, Yang dulu melakukan jahat, bertambah besar. bertaubat atau melakukan sehhingga mengecil. kecil besar keanpunan dosa aku.