Sekolah 1

8 5 0
                                    

Jam locengku berbunyi bingit. Aku menggapai perlahan lahan jam itu Lalu mematikan penggeranya. Ditekan pada belakang jam itu, lalu bunyi yang memekik itu turut behenti. Aku melihat hadapan jam itu, sudah menunjukkan jam 5:30 pagi. 

Sudah tiba waktuku untuk membersihkan diri.

Aku bangkit dari katilku, berjalan menuju ke belakang pintu, lalu mengambil sehelai kain yang dijadikan sebagai pengelap badan selepas mandi, dan turut dijadikan sebagai kain berkemban keluar. Disebabkan aku manusia yang mempunyai sperma, lalu tualaku tidaklah terlampau labuh.

Aku meniliti diriku pada cermin yang ada pada kamar mandi ku. Badanku kembali susut. Sebelum tidur semalam seingat aku tubuhku mengembang kerana berlaku pertelingkahan antara aku dan rakan memalui alam maya. 

Aku memaki hamunnya, akan tetapi si dia hanya berdiam diri sahaja. Aku tahu itu salahku dan aku berjaya meminta maaf darinya sebelum tidur dan mematikan suis diriku.

Sebatang plastik yang mempunyai berus pada hujungnya aku ambil. Diletakkan kluorida pada berus itu. Lalu terus dibawa pada gigi ku dan diberus semolek mungkin agar pemegang gigiku tidak terluka dan berdarah (gusi).

SKIP BAHAGIAN MANDI...............

Usai mandi aku terus mencapai baju sekolahku yang berwarna biru laut. Aku menyandang jawatan pengawas sekolah. Tugasan yang sangat membebankan. Disebabkan itu juga tubuhku banyak berkembang tika di sekolah.

Aku keliru.

Aku mengambil tas hitam ku dan di letak molek pemegangnya pada kedua dua bahuku.

Aku berjalan lesu,  kebiasaan pelajar memang sungguh malas ke sekolah....


VOTE 





The SinsWhere stories live. Discover now