Kakiku membawa tubuh berjalan menuju bangunan yang banyak di mana tempat insan yang berumur 13 hingga 18 menuntut ilmu.
Tiba di pagar aku melambai tangan kepada pengawal keselamatan yang setia memastikan kawasan sekolah berada di dalam keadaan tenteram serta selamat.
Aku membawa jasadku yang nyata ini masuk ke perkarangan sekolah. Mata dapat menangkap kelibat rakan rakanku yang berjalan ke arahku. Senyuman manis, tidaklah semanis ikhlas dihadiahkan buat mereka. Memorabilia (kenangan manis ) yang dicipta bersama mereka sukar dilupakan dek ingatan.
"Hai" sapa aku kepada mereka. Sedangkan kami semua beragama islam, namun tidak diutamakan ucapan Assalamuaikum sebagai sapaan. Agak mengecewakan.
"Wei jom ahh masuk kelas, harini takde perhimpunan!" riang salah serang rakannya di situ.
"Ye doh, macam pelik kenapa takde perhimpunan? Baguslah gitu, takyah spotcheck rambut, rambt aku panjang doh" kata kata lega dilontar Ahmad.
"Eh kenapa.......?" Soal ku terhenti. Rakan ku yang tiga orang itu memandangku hairan. Ahmad, Luke dan Wako.
Kenapa badan kau mengebang ahmad? monolog ku sendiri.
"Kenapa apa kau ni? Jangan cakap perhimpunan jadi lah." Sampuk wako.
"Oh takde pape jomlah masuk kelas" aku bersama rakan rakanku melekap tapak kaki pada tanah lain ke tanah lain berlapikkan sepasang ciptaan manusia yang diilhamkan tuhan supaya tidak terluka kulit tuannya.
Tiba sahaja di kelas keriuhan menyapa gegendang telingaku. Aku hairan adakah disebabkan perhimpunan Isnin dibatalkan, membuatkan mereka semua membuat kuar di dalam kelas.
Aku masuk perlahan lahan ingin meihat apa yang berlaku, mungkin mereka hanya bergurau senda antara satu sama lain. Disebabkan rakan kelasku yang ramai itu sangatlah akrab, sehingga batas pun tidak dijaga, tidak peliklah riuh sebegitu.
Aku melihat seorang insan sedang bercakap di hadapan. Namun langsung tidak dihiraukan sama sekali kawan kelasku.
"Korang dengarlah apa yang aku nak share ni. Hari ini aku nak share pasal rukun Iman. Korang tau tak........." belum sempat sudah dipotong kata murni itu oleh si pengeji.
"Seres ahh kau ni? Rukun iman? Kau buat lawak apa bodoh.." terhambur tawa si pengeji bersama rakan rakan sekelas. Aku tidak tahu apa yang terjadi secara izharnya. Aku terus mengambil tempat dudukku di sebelah rakanku wako. Manakala Ahmad dan Luke dibelakangku sama juga berpasang dua.
Aku hairan,
Tubuhku mengembang sedikit.
Tubuh luke tidak pula.
Tubuh wako dan ahmad mengembang secara maksima.
Manakala tubuh si mangsa di hadapan bersinar dan tidak mengembang.
Luke bangkit dan terus menasihati si pengeji. Namun sama......juga digelakkan.
Tubuh luke turut bersinar.
Tetapi hari semalam aku terbaca akhbar.
' Seorang Ustaz berdakwah Kepada orang awam '
Tetapi kenapa tubuh rakanku yang berada dihadapan itu tidak pula mengembang? Malah semakin bersinar?
Rakanku yang lain juga turut mengembang?
Mengapa?
Aku melihat kembali rakanku yang dihadapan itu sudah tiada.
Aku melihat sekeliling.......... Kosong.
Hanya aku dan bilik kosong pekat gelapnya.
Mereka tak tunjuk Am...
"Siapa tu?" soalku sedikit gugup.
vote
YOU ARE READING
The Sins
General FictionAku melihat. Aku mendengar. Semakin Hari, Tubuhku Semakin MEMBESAR. Ku Lihat Juga Mereka, Yang dulu melakukan jahat, bertambah besar. bertaubat atau melakukan sehhingga mengecil. kecil besar keanpunan dosa aku.