Bab 4

65 10 6
                                    

"Maharaja Min!"

Pintu istana dibuka lantas pengawal istana masuk dengan keadaan cedera parah.Pengawal istana terjatuh lemah di depan Maharaja Min.

"Mana pergi yang lain?!Mana gadis-gadis yang sepatutnya kamu bawa untuk beta?!" Jerkah Maharaja Min bengang.Dia bangkit dari singgah sana lantas mencapai pedang kesayangan nya menuju ke arah pengawal istana tersebut.

"Me...mereka....mereka dah mati,tuanku.Ketika kami sampai di sana,ada seorang gadis jelita dan jejaka menyerang kami.Yang lain semua dah mati,tuanku" Pengawal istana tersebut melutut di depan Maharaja Min.

"Siapa nama gadis itu?"

"K....Kim Jina,tuanku.Dia menyampaikan pesanan beliau kepada baginda yang dia langsung tidak gentar pada.......

Shinngggg!!!!

Kepala pengawal istana tersebut dipenggal Yoongi sehingga terputus.Darah yang memercik di mukanya dilap sebelum pedangnya diserahkan kepada pengikutnya.

" Bersihkan pedang beta.Beta mahu menukar pakaian" Pengikutnya hanya mengangguk lantas membawa pedang Yoongi untuk dibersihkan.

Yoongi mengepal penumbuknya geram apabila ada seorang rakyat yang berani ingkar arahannya.

"Johyun!"

"Ye...ye tuanku"

"Sediakan kuda untuk beta.Beta mahu menyamar menjadi penduduk kampung" Ujar Yoongi.Johyun mengangguk lantas keluar dari istana menyediakan kuda untuk Yoongi.

——————————

Yoongi akhirnya sampai di kampung tersebut.Dia turun dari kudanya lantas memakai topi untuk menutupi wajahnya mengelakkan daripada penduduk kampung tahu.

Kuda dibawanya ke tepi pokok yang agak jauh dari kampung tersebut lantas diikatnya.

Langkahnya dibawa masuk ke dalam perkampungan tersebut.Ada yang sedang menawar barang,ada yang sedang menjual daging dan bermacam-macam lagi.

"Siapakah jejaka yang berwajah putih itu?"

"Kacaknya jejaka itu.Tubuh badannya sangat tegap seperti seorang pahlawan"

Yoongi tersenyum sinis mendengar kata-kata pujian dari gadis-gadis yang melaluinya.Topi yang berada di kepalanya diturunkan sedikit menutupi wajahnya.

Nahas kalau rakyat jelatanya mengetahui yang dia adalah Maharaja Min.Rosak rancangannya ingin mencari gadis yang berani menentangnya.Akan dia hukum gadis itu biar gadis itu tahu bahawa dia adalah segala raja yang berkuasa di kota ini dan digeruni oleh semua penduduk.

Secara tiba-tiba,tubuhnya terlanggar seorang gadis.Segera Yoongi merangkul pinggang gadis tersebut supaya tidak jatuh.

Gadis tersebut terkejut begitu juga dengan Yoongi.Yoongi terpaku melihat wajah gadis yang dirangkulnya.Cantik dan berwajah ayu.Anak mata coklat perang milik gadis tersebut mampu membuatkan Yoongi tidak henti merenung wajah gadis tersebut.

"Err,maaf.Boleh lepaskan dinda?"

Yoongi yang baru tersedar dari melihat wajah gadis tersebut segera melepaskan gadis tersebut lalu berdehem kecil.Topi diturunkan menutupi wajahnya.

"Err,terima kasih sebab selamatkan dinda" Ujar gadis tersebut. Yoongi mengangguk sebelum berlalu meninggalkan gadis tersebut.Namun langkahnya terhenti apabila ada seseorang memanggil gadis tersebut.

"Yah!Kim Jina!Di sini pun dinda!Puas kanda mencari dinda di sekitar kota ini!" Yoongi menoleh melihat seorang jejaka berlari menuju ke arah gadis yang bernama Jina.

"Maafkan dinda,kanda Seokjin.Jom kita pulang.Tentu kanda Jungkook menunggu kita di rumah"

"Ayuh!"

Yoongi tersenyum sinis.Baru dia tahu,gadis jelita yang dijumpainya tadi adalah Jina yang berani menentangnya.Ini kali pertama dia melihat seorang gadis yang sangat berani menentangnya.

Yoongi segera beredar dari kampung tersebut ingin pulang ke istananya.Dia sudah merancang dia akan menculik abang Jina,Seokjin sebagai umpannya.Dia akan menyeksa gadis tersebut sehingga gadis tersebut berlutut di depannya.

[OG] King •MYG•Where stories live. Discover now