Prolog

410 18 4
                                    

"Siapa main cuit-cuit pulak ni.. Nak lalu, lalu jelaaa." Dengan muka masam mencuka Raqilla menepis pen yang digunakan untuk mencuit bahu dia.

Lagi sekali empunye pen mencuit bahu Raqilla. Dan sekali lagilah Raqilla menepis pen tersebut.

Berkali-kali kejadian itu berlaku. Sampaikan kesabaran Raqilla mulai menipis.

Dia merampas pen jenama Pilot
tersebut dan melemparnya sekuat hati ke dalam kolam ikan yang mempunyai paras air yang agak dalam juga. Sekaligus harapan untuk mendapatkan kembali pen tersebut amatlah tipis. Ditambah lagi dengan ikan-ikan keli yang berada di dalam kolam tersebut menjadikan pen Pilot itu memang tidak dapat diambil semula.

"Kau baling pen Pilot aku?!!"

"Yess.. Aku baling pen Pilot kau yang kau guna untuk cuit-cuit aku tadi. Apesal? Ada masalah?" Selamba je Raqilla menjawab pertanyaan bodoh Irvan sebentar tadi.

"Kau tau tak pen Pilot tu kakak aku yang bagi? Dahlah kakak aku tak ade kat Malaysia sekarang ni!! Irvan menjadi geram melihat muke selamba tanpa rasa bersalah Raqilla.

"Aku tak tau dan taknak tau pon. Lagipun bukan salah aku pun. Aku dah tepis dah pen Pilot kau tu. Tapi kau sibuk nak cuit-cuit aku lagi. Kawan-kawan kau okay je lalu terus naik atas. Yang kau tetiba nak stop sini apehal. So bukan masalah aku. Okay lah aku nak pergi musolla ni. Bye..assalamualaikum." Panjang lebar Raqilla menjawab kata-kata Irvan sebentar tadi dan terus mahu berlalu pergi ke musolla semula.

"Wait." Irvan menarik hujung telekung yang dipakai oleh Raqilla.

"Hishh. Ape lagi kau ni?! Tertarik-tarik telekung aku?!"

"Aku cuit kau tadi aku nak terangkan pasal ni."

"Apedia?"

"Tadi aku ngan kawan-kawan aku ponteng solat kat musollaa sebab kitorang main truth or dare and aku terpilih untuk pilih antara truth or dare tu... "

"And ape kaitan ngan aku?"
Tanya Raqilla tidak sabar.

'Ape kaitan dengan aku pula. Nak main, main jelah. Takkan nak ajak aku join sekaki pula. Eee, taknak aku. Aku sorang perempuan dengan 4 orang lelaki. Orang gila pun taknak lah.' Monolog Raqilla dalam hati.

...sabar lahh!" Bulat biji mata milik Irvan dengan perangai tidak sabar Raqilla itu.

"Yelaa..yelaa. Haa, sambung."

Irvan menarik nafas dan menghembus semula. Dilakukannya berkali-kali untuk menenteramkan dirinya yang mungkin akan dikawal oleh 'aura' itu jika dia tidak mengawal nya.

"Okey. Then aku pilih dare. So, kawan aku pun bagi dare untuk couple ngan kau selama sebulan dan tinggalkan kau selepas itu. And aku cuit kau tadi untuk beritahu pasal ni. Aku taknak mainkan perasaan orang yang tak cari masalah dengan aku pun. Dan aku nak suruh kita berlakon je selama sebulan ni." Terang Irvan panjang lebar untuk memahamkan Raqilla.

"And itu sahaja?...

..sorry tapi aku taknak tolong kau. Pandai-pandai kau lah. Kau yang main bukan aku. So, excuse me." Angkuh Raqilla membalas percakapan panjang lebar Irvan sambil sesekali meniup hujung kuku.

Sombong!!

Raqilla yang sudah berura-ura mahu meninggalkan tempat perbincangan itu ditarik oleh Irvan.

Irvan yang sudah tidak dapat menahan marah terus mencapai pergelangan tangan Raqilla dan menengkingnya.

"Engkau ni memanglah! Betullah khabar angin yang cakap kau ni sombong! Dan ternyata baru aku tau engkau ni memang betul-betul sombong!! For your information, kawan aku, Farid tu ada bagi lagi satu dare iaitu untuk culik dan kurung kau dalam rumah penthouse aku! Aku rasa lagi seronok buat dare yang kedua tu kot. Dapat seksa kau pon best ape. Bagi sedar sikit yang kita semua, manusia ni berpijak kat bumi yang sama, tanah yang sama. Dah tu buat ape engkau nak sombong lebih-lebih pula. Nak kata engkau ni cantik, takde lah cantik mana, biasa je aku tengok. Kau tunggu je nanti. Aku rasa balik rumah nanti kau salam and peluk lah mak ngan bapak kau tu. Takut kempunan pula nanti lepas aku kurung kau." Selesai berkata-kata Irvan menyeringai di hujung ayat.

Hiii.. Seram betul. Kau rasa selepas je lelaki serupa psycho kata nak culik kau dan kurung dekat rumah dia. Apa kau rasa?

Seram sejuk jugalah Raqilla selepas mendengar kata-kata Irvan itu. Ditambah lagi dengan Irvan yang gelak tiba-tiba itu. Bukan gelak biasa-biasa tau, gelak orang psycho tu.

Cepat-cepat Raqilla mengatur langkah berlari ke arah musolla semula. Duduk lama-lama seram sejuk lah pulak tengok gaya Si Irvan tu.

Irvan hanya tersenyum sinis memerhati perlakuan Raqilla yang berlari macam tak cukup tanah je.

Wait for me, dear

Getus hati Irvan

◦•●◉✿ ✿◉●•◦

Okay.. Ni first time tau saya buat novel.. So kalau ada kesalahan tegur-tegur lah yea.🦀


TRAP OF PSYCHO LOVEWhere stories live. Discover now